Kadar Tol Plus Lebih Murah Mulai Tengah Malam Ini


BernamaJanuari 31, 2020 18:57 MYT

Bermula tengah malam ini, jutaan pengguna di semua lebuh raya PLUS akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi penggunaan kenderaan persendirian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bermula tengah malam ini, jutaan pengguna di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi penggunaan kenderaan persendirian.

Langkah mengurangkan kadar tol oleh kerajaan Pakatan Harapan itu akan menyaksikan kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan berkurang daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km, lebih rendah berbanding tahun 1999 iaitu 11.24 sen/km.
Ini bermakna, mulai 12.01 tengah malam ini pengguna lebuh raya dari tol Jalan Duta ke Alor Setar hanya membayar RM45.50 berbanding RM55.50, manakala dari tol Jalan Duta ke Skudai pula, kadar yang ditetapkan sekarang ialah RM38.50 berbanding RM47 sebelum ini.

Usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk manfaat rakyat itu diputuskan Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 Jan, dan Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menyebut bahawa langkah itu selaras dengan pengumuman yang dibuat pada Belanjawan 2020.

Pengguna lebuh raya PLUS juga boleh menarik nafas lega apabila kadar itu tidak akan meningkat sehingga tempoh konsesi tamat pada 2038.

Diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus itu akan diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi (iaitu kelas 1, 4 dan 5) di lebuh raya yang terlibat iaitu:
Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)

Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE)

Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia - Singapura (LINKEDUA)

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)

Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE)Diskaun itu juga akan digunapakai bagi kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 bagi Jambatan Pulau Pinang.

Sejajar dengan keputusan kerajaan itu, tempoh konsesi di semua lebuh raya PLUS dilanjutkan selama 20 tahun dari tahun 2038 ke 2058 dan ini bagi memastikan PLUS mampu meneruskan penyelenggaraan dan operasi lebuh raya mereka tanpa bergantung kepada kerajaan.

Kerajaan yakin keputusan itu akan memberi banyak manfaat melalui pengurangan beban kadar tol dan pada masa sama membolehkan PLUS untuk terus beroperasi dengan kedudukan kewangan yang baik.

Kerajaan juga tidak lagi akan menanggung beban membayar pampasan kepada PLUS yang bakal menjimatkan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi itu sekali gus penjimatan itu boleh digunakan oleh kerajaan untuk inisiatif yang menguntungkan rakyat. 
- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/kadar-tol-plus-lebih-murah-mulai-tengah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulai Tengah Malam Ini Kadar Tol Plus Akan Jadi Lebih Murah

Mulai Tengah Malam Ini Kadar Tol Plus Akan Jadi Lebih Murah

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1325 hits
Berita gembira untuk semua pengguna kenderaan persendirian Menurut sumber yang Ohmedia baca bermula tengah malam ni akan berlaku pengurangan kadar tol sebanyak 18 Jutaan pengguna lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan akan menikmati peng...
Penurunan 18 Kadar Tol Plus Bermula 1 Februari Ini Lebih Murah Berbanding Tahun 1999

Penurunan 18 Kadar Tol Plus Bermula 1 Februari Ini Lebih Murah Berbanding Tahun 1999

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 646 hits
Sebelum ini ada ura ura mengatakan kerajaan bakal menjual Lebuh Raya PLUS dan sekarang keputusan itu ditangguhkan dan akan kekal menjadi milik Khazanah Nasional dan KWSP Kerajaan turut mengumumkan pengurangan kadar tol sebanyak 18 bermula p...
Diskaun 18 Peratus Tol Plus Bermula Tengah Malam Ini

Diskaun 18 Peratus Tol Plus Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 491 hits
Kadar tol PLUS akan dikurangkan sebanyak 18 peratus bermula 12 tengah malam ini pix hiasan KUALA LUMPUR Kadar tol PLUS akan dikurangkan sebanyak 18 peratus bermula 12 tengah malam ini Seperti yang telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menter...
Kadar Tol Plus Selepas Diskaun 18 Peratus Mulai 1 Februari 2020

Kadar Tol Plus Selepas Diskaun 18 Peratus Mulai 1 Februari 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 2037 hits
Kadar tol lebuhraya PLUS baharu selepas diskaun 18 mulai 1 Februari 2020 Rasanya ramai telah sedia maklum akan kesediaan dan keputusan kerajaan untuk menurunkan kadar tol lebuhraya di Malaysia pada kadar 18 peratus Penurunan kadar tol ini a...
Kadar Bayaran Di Semua Tol Kendalian Plus Dikurangkan Sebanyak 18 Bermula Februari 2020

Kadar Bayaran Di Semua Tol Kendalian Plus Dikurangkan Sebanyak 18 Bermula Februari 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1686 hits
PLUS Malaysia Berhad hari ini mengumumkan dimana kadar bayaran di semua tol kendalian PLUS dikurangkan sebanyak 18 bermula Februari 2020 Sedikit sebanyak ia memberikan berita gembira kepada pengguna pengguna yang menggunakan lebuhraya PLUS ...
Penurunan Tol 18 Peratus Di Semua Lebuhraya Kendalian Plus Malaysia Mulai 1hb Februari 2020

Penurunan Tol 18 Peratus Di Semua Lebuhraya Kendalian Plus Malaysia Mulai 1hb Februari 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1407 hits
PENURUNAN TOL 18 PERATUS DI SEMUA LEBUHRAYA KENDALIAN PLUS MALAYSIA MULAI 1HB FEBRUARI 2020Rangkaian lebuh raya terbesar Negara terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan lebuh raya yang berkualitiuntuk keselesaaan pela...
Pengurangan Kadar Tol Plus 18 Bermula 1 Februari 2020 Syukurlah

Pengurangan Kadar Tol Plus 18 Bermula 1 Februari 2020 Syukurlah

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 1114 hits
Pengurangan kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd sebanyak 18 peratus telah pun berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam 1 Februari 2020 Kadar Tol Turun 18 Diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus tersebut diberikan kepada kenderaan penumpang...
Helmy Yahya Soal Tvri Program Asing Cuma 10 Persen Liga Inggris Lebih Murah

Helmy Yahya Soal Tvri Program Asing Cuma 10 Persen Liga Inggris Lebih Murah

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 235 hits
Terkait Liga Inggris Helmy mengingatkan bahwa hiburan yang sangat digemari di Indonesia adalah bulu tangkis dan sepak bola
Mulai Jumat Ini Tarif Tol Bintaro Serpong Naik

Mulai Jumat Ini Tarif Tol Bintaro Serpong Naik

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 246 hits
Adapun penyesuaian tarif baru ini terjadi kenaikan pada kendaraan golongan I dan II sementara pada kendaraan golongan III IV dan V mengalami penurunan dari tarif saat ini
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Doa Dipermudahkan Urusan

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Dior188

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas