Kabinet Pn Membazir Duit Rakyat Ibrahim Ali Kata



KUALA LUMPUR – Secara prinsipnya, Kabinet Perikatan Nasional (PN) dilihat membazir kerana mempunyai seramai 70 barisan Jemaah Menteri termasuk timbalannya, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Ini, katanya, berbanding 55 menteri Kabinet termasuk timbalan menteri pada era kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad antara April 2018 hingga 23 Februari 2020.

Beliau berkata, bayangkan gaji dan elaun yang perlu dibayar kepada barisan kepimpinan PN ini yang mungkin mencecah antara RM50,000 hingga RM70,000 seorang sebulan.

“Itu belum masuk percutian dan sebagainya,” kata beliau dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dr. Ibrahim berkata, cara terbaik bagi mengelakkan cemuhan rakyat dan pembaziran wang negara dengan pelantikan begitu ramai pemimpin dalam Kabinet PN, Dewan Rakyat mesti dibubarkan.

“Dewan Rakyat mesti dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum supaya rakyat dapat membuat keputusan dan mandat baru.

“Cara ini juga merupakan prinsip moral demokrasi agar mana-mana pihak tidak boleh pertikaikan integriti kerajaan yang dibentuk, sekali gus membantu ke arah kestabilan politik negara dan menongkah persepsi geopolitik antarabangsa,” katanya.

Kata beliau, tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menteri, tetapi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diketepikan juga menjadi tanda tanya.

Katanya, Mohamad juga seorang profesional berkelulusan akauntan dan bekas anak Melayu pertama Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage dan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Boleh saja Mohamad dilantik Senator, tetapi masih wujud politiking dalam UMNO dan usaha menghalang ADUN Rantau itu atas sebab tertentu yang sudah terang lagi bersuluh.

“Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Ianya membawa erti imej UMNO sebagai parti Melayu yang bersih dan berintegriti tidak akan pulih di kaca mata golongan elit dan generasi muda.

“Patut juga dilantik wakil lain-lain kaum kerana masing-masing satu menteri dari MCA dan MIC tidak dapat meredakan perpaduan kaum,” katanya.

Beliau menyatakan, ada dalam kalangan tokoh akademik Cina dan India yang jelas pro Fasal 153 dan mengakui sejarah Malaysia adalah negara Ketuanan Melayu yang boleh dilantik.

Dr. Ibrahim menjelaskan, jika dilihat dari jumlah Ahli Parlimen PN melibatkan blok PPBM, UMNO, Pas, kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, GPS Sarawak serta MCA dan MIC jumlahnya hanya 113 sahaja.

“Kelebihan PN hanya dua majoriti sahaja. Sudah tentu mereka berdepan risiko untuk tumbang pada bila-bila masa agak tinggi kerana terdapat Ahli Parlimen tegar UMNO yang kecewa kerana tidak terlantik.

“Mengenali Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tentu politik akan terus bergelora dan tidak stabil, bahkan masalah ekonomi juga merupakan ancaman kerana harga minyak jatuh dan wabak Covid-19 mengancam ekonomi dunia,” katanya.

Mengenai soal integriti, kata beliau, setiap individu dalam Kabinet Muhyiddin jelas ada yang boleh dipertikaikan, namun tidak wajar menyentuh nama peribadinya.

“Anggota Kabinet lompat sana lompat sini juga dikira kurang integriti dan tidak bermoral. Ia umpama Kabinet pasang siap, bukan dari kayu jati yang dibuat secara manual atau secara tradisional,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/03/kabinet-pn-membazir-duit-rakyat-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Mahu Kabinet Bersih Jujur Mufti Perlis

Rakyat Mahu Kabinet Bersih Jujur Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 312 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu pertemuan di kediaman Muhyiddin semalam NSTP Facebook DRMAZAKUALA LUMPUR Rakyat mahu kerajaan dianggotai menteri yang jujur cekap dan ...
Senarai Kabinet Petang Ini Kata Sumber

Senarai Kabinet Petang Ini Kata Sumber

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 244 hits
Penantian untuk melihat susunan kabinet Muhyiddin Yassin dijangka berakhir beberapa jam saja lagi Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Muhyiddin dijadual mengadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 11 pagi ini Istiadat itu...
Lantikan Kabinet Berkaliber Boleh Atasi Tentangan Terhadap Kerajaan Baru Kata Penganalisis

Lantikan Kabinet Berkaliber Boleh Atasi Tentangan Terhadap Kerajaan Baru Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 236 hits
PETALING JAYA Penganalisis percaya tentangan terhadap pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baru boleh diatasi dengan melantik menteri yang berkaliber dan berkebolehan Pakar geostrategik dari Universiti Teknologi Malaysia Azmi...
Azmin Adalah Mereka Yang Tidak Hormat Mandat Rakyat Kata Naib Presiden Umno

Azmin Adalah Mereka Yang Tidak Hormat Mandat Rakyat Kata Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 410 hits
Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin UMNO mewakili kepentingan terbesar bangsa Melayu dan bukan blok Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bukan sesiapa Jangan lupa bahawa hampir 35 peratus ahli Parlimen Bersatu menang ata...
Utamakan Jaga Kesusahan Rakyat Tak Ada Masalah Bincang Dengan Tun M Kata Anwar

Utamakan Jaga Kesusahan Rakyat Tak Ada Masalah Bincang Dengan Tun M Kata Anwar

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 314 hits
Mari kita utamakan untuk menjaga kesusahan rakyat Saya tidak ada masalah untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untu...
Tim Azmin Ali Hebat Terus Masuk Barisan Kabinet

Tim Azmin Ali Hebat Terus Masuk Barisan Kabinet

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 361 hits
Umumnya rakyat Malaysia patut ulang tonton dan dengar perutusan khas pertama Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin Rasanya tidak perlu penulis jalanan seperti saya tulis satu persatu apa yang diucapkan Muhyiddin kerana masih boleh didap...
Abah Kj Mohon Sokongan Rakyat Malaysia Galas Tugas Baharu Dalam Barisan Kabinet

Abah Kj Mohon Sokongan Rakyat Malaysia Galas Tugas Baharu Dalam Barisan Kabinet

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 455 hits
Istiadat mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang DiPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di Putrajaya pada hari ini berjalan dengan lancar Susulan daripada itu YB Khairy Jamaluddin ber...
Tuan Ibrahim Tuan Man Dari Ulama Dihormati Ke Kabinet

Tuan Ibrahim Tuan Man Dari Ulama Dihormati Ke Kabinet

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 546 hits
KOTA BHARU Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air Timbalan Presiden PAS yang dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai Jerantut Pah...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Kompang Warisan Johor

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium