Kalau Anwar Boleh Berpegang Pada Janji Mengapa Kita Tidak




Semua tahu, sewaktu PH mengadakan perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar sekiranya PH menjadi kerajaan, waktu itu Anwar masih di dalam penjara.  Kita semua telah membuat janji dengan manusia yang sedang terpenjara ketika itu.

Bahkan, ketika Tun M mengangkat sumpah menjadi PM iaitu satu jawatan yang diimpikan oleh semua orang politik yang bercita-cita besar, ketika itu jasad tokoh reformasi ini masih di dalam penjara.  Dari sebalik tirai besi penjara, insan ini melakukan sujud syukur kerana negara ini telah berjaya diselamatkan dari rejim kleptokrasi. 

Sebaik sahaja beliau diberi pengampunan penuh oleh Agong, perkataan atau ucapan pertama yang keluar dari mulut beliau adalah bersyukur kepada Allah dan menyeru agar kita semua memberikan sokongan padu kepada PM, Tun M.  Di kala ramai rakan-rakan seperjuangannya yang tersenyum simpul memasukkan kad perakam waktu di pejabat kementerian masing-masing di Putarajaya, Anwar hanya orang biasa sekadar menyaksikan hari penuh bersejarah itu.

Begitulah keadaannya sepanjang tempuh 22 bulan kerajaan PH berkuasa sebelum dikhianati oleh petualang yang tamak dan rakus kuasa.  Sehingga ke saat akhir kerajaan PH, mulut Anwar terus memberikan sokongan kepada Tun M selaku PM.  Beliau menundukkan kepalanya dan merendahkan dirinya untuk terus memberikan masa kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga tarikh yang Tun M tentukan sendiri.  Begitu sekali Anwar berpegang kepada janji sehinggakan beliau lupa janji kedua adalah beliau patut diangkat menjadi PM ke 8 setelah semua proses perundangan membenarkan beliau ke posisi itu.

Malangnya, PH diuji dengan ujian yang berat di mana PH diperlihatkan tentang beberapa wajah para pengkhianat dan munafik.  Ujian ini mungkin mempunyai hikmah yang besar di mana Allah mahu PH dibersihkan dari golongan munafikun. Kita patut bersyukur dengan ujian ini kerana jika tidak berlaku sedemikian, kita masih menyimpan puak-puak ini yang akhirnya nanti membusukkan nama PH.

Anwar telah melaksanaan amanahnya.  Anwar telah menunaikan janjinya sehingga ke penghujung.  Bagaimana yang lain?  Sekarang, kita diberi peluang oleh Allah untuk mengambil semula mandat rakyat yang telah dikhianati itu.  Apakah di dalam keadaan sekarang, di waktu kita telah diberi 'kifarah' dengan kehilangan kerajaan dua bulan yang lalu, kita masih tidak mahu menunaikan janji-janji kita kepada Anwar?  Apakah kita lupa kepada janji-janji kita kepada rakyat yang masih tidak tertunai? 

Rakyat telah merasai baik buruknya berada di bawah PH yang dipimpin oleh Tun M selama hampir dua tahun.  Rakyat sekarang ingin merasai pula bagaimana berada di bawah kerajaan PH yang akan dipimpin oleh Anwar Ibrahim.  Kita pernah melihat Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan yang pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia.  Apakah kita tidak teringin mahu melihat bagaimana Anwar memimpin negara ini sebagai PM?

PH harus memberikan peluang ini kepada Anwar bukan kerana janji-janji yang telah kita meterai dahulu semata-mata, tetapi Anwar adalah tokoh yang tidak pernah wujud sejak merdeka yang mencipta sejarah beraya mengetuai Pembangkang berpuluh tahun dengan penuh gemilang.  Auranya terpancar ke seluruh dunia walaupun jasadnya terpenjara. 

Amat malang sekali jika pimpinan PH melupakan insan ini kerana memikirkan kembali keempukan kerusi di pejabat menteri masing-masing.  Rakyat menanti Anwar sebagai PM bukan kerana Tun M tidak hebat tetapi Tun M telah pun diberi peluang dua kali menjadi PM dan sepatutnya beliau bersyukur kerana rezekinya itu bukannya terus mencuba untuk mencuri rezeki orang lain yang sepatutnya.

WFAUZDIN NS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/kalau-anwar-boleh-berpegang-pada-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Pegang Janji Kenapa Yang Lain Tidak

Anwar Pegang Janji Kenapa Yang Lain Tidak

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 290 hits
WFAUZDIN NS Semua tahu sewaktu PH mengadakan perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar sekiranya PH menjadi kerajaan waktu itu Anwar masih di dalam penjara Kita semua telah membuat janji dengan manusia yang sedang terpenjara keti...
Boleh Jadi Gila Rakyat Malaysia Anwar Mahathir Berebut Jadi Pm Ganti Muhyiddin

Boleh Jadi Gila Rakyat Malaysia Anwar Mahathir Berebut Jadi Pm Ganti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 564 hits
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR hari ini dijangka memberi penjelasan berhubung spekulasi peralihan kuasa Bagaimanapun dalam kenyataan media petang tadi PKR sekadar berkata parti itu akan menyokong Pakatan Harapan dan sekutunya untuk...
Kita Boleh Hidup Bersama Sama Dengan Covid 19

Kita Boleh Hidup Bersama Sama Dengan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 367 hits
Ini adalah sesuatu yg praktikal dan jujur dari Ketua Klinik penyakit berjangkit Universiti Maryland USA 1 Kita perlu teruskan hidup kita bersama sama Covid 19 untuk berbulan bulan
Terdedah Kepada Asap Rokok Boleh Jadi Penyebab Bayi Mudah Kembung Perut

Terdedah Kepada Asap Rokok Boleh Jadi Penyebab Bayi Mudah Kembung Perut

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 377 hits
Masalah anak kembung perut ini selalu berlaku terutama kepada bayi bawah setahun Walaupun ibu bapa dah ada pengalaman mempunyai anak kecil sebelum ini ini antara soalan lazim yang sering ditanya Melalui perkongsian beliau ada mengupas lebih...
Rupanya Fungsi Pada Remote Aicond Boleh Jimatkan Elektrik

Rupanya Fungsi Pada Remote Aicond Boleh Jimatkan Elektrik

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 389 hits
Selama ini kita ingatkan remote aircond hanya berfungsi bagi memudahkan kita menekan butang dari jauh untuk membuatkan ruang rasa sejuk namun ramai yang tidak tahu rupanya seting pada remote aircond boleh menjimatkan elektrik Cuaca di Malay...
Mood Boleh Ke Laut Ketika Syawal

Mood Boleh Ke Laut Ketika Syawal

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 310 hits
Assalammualaikum wbtMOOD BOLEH KE LAUT KETIKA SYAWAL Gosok baju awal awal gantung kemas kemas nak pakai tinggal ambil sahaja jimat masa dan tenaga lebih lebih lagi kalau memerlukan tindakan atau geras segera Lagi satu kaum lelaki atau sesia...
Pakar Bimbang Kehadiran Kemarau Boleh Sebabkan Situasi Covid 19 Di Indonesia Bertambah Buruk

Pakar Bimbang Kehadiran Kemarau Boleh Sebabkan Situasi Covid 19 Di Indonesia Bertambah Buruk

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 282 hits
Musim kemarau di Indonesia sejak April lalu telah menimbulkan kerisauan akan peningkatan jerebu yang boleh memburukan lagi keadaan negara yang sedang melawan pandemik COVID 19 Menurut laporan lebih dari 800 titik panas dan 119 kebarakan hut...
Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula Ini Kenyataan Dari Dg Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 425 hits
Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini mungkin dibenarkan dibuka semula sekiranya k3s baru C0vid 19 kekal rendah sehingga 9 Jun menurut Kementerian Kesihatan Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya perlu menu...
Hiburan 5 Benda Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Dengan Unifi Sepanjang Pkp Ini

Hiburan 5 Benda Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Dengan Unifi Sepanjang Pkp Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 526 hits
Fuh Pejam celik pejam celik dah 3 bulan kita terpaksa duduk di rumah kerana PKP Memang boleh mati kutu dan kebosanan dibuatnya terutama jika tiada talian Internet yang pantas di rumah Ha Abang Nara bersyukur betul kat rumah nie dah lama ada...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi