K Jaan S Gor Akan Tumbang Ini Pertemuan Sulitnya Dibongkar



Kelihatan kenderaan rasmi kerajaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dipercayai dinaiki oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba bersama rombongannya meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor di Shah Alam hari ini.Pertemuan sulit ‘tumbangkan’ kerajaan PH Selangor?

SHAH ALAM – Belum pun seminggu usia Kerajaan Negeri Perikatan Nasional (PN) di Kedah kini timbul pula desas-desus Kerajaan Selangor pula dijangka tumbang tidak lama lagi.

Lebih menggemparkan apabila usaha untuk ‘merampas’ Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) didalangi oleh beberapa pemimpin yang sama di sebalik Langkah Sheraton dahulu.

Menurut sumber MalaysiaGazette, satu pertemuan sulit berlaku di antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Amirudin Shari di kediaman Rasmi Menteri Besar (MB) Selangor di sini hari ini.

Ia mula dihidu apabila penularan gambar menu makanan yang disajikan kepada 30 tetamu di kediaman MB Selangor hari ini di mana 20 daripada adalah individu bertaraf VVIP di kediaman rasmi itu.

Lebih menghairankan apabila pertemuan tertutup itu bermula jam 12 tengahari sehingga 3 petang tadi.

Tinjauan MalaysiaGazette ke kediaman rasmi MB Selangor mendapati, tidak kelihatan kenderaan rasmi yang membawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi mahupun Menteri Dalam Negeri itu.

Sebaliknya, kelihatan kenderaan rasmi kerajaan jenis Proton Perdana berwarna hitam dipercayai dinaiki oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba bersama rombongan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

MalaysiaGazette menganggarkan hampir 10 kenderaan pelbagai jenis daripada KKM meninggalkan kediaman rasmi MB Selangor bermula jam 2.24 petang hingga 3.09 petang tadi.

Sementara itu, MalaysiaGazette juga dimaklumkan pertemuan sulit itu sebenarnya sudah dirancang lebih awal sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Memandangkan hubungan Mohamed Azmin dan Amirudin dikatakan tegang sebelum ini, rundingan berhubung pertukaran pentadbiran Selangor itu tidak dihadiri oleh Ahli Parlimen Gombak itu.

Sebaliknya Mohamed Azmin hanya menghantar wakilnya sahaja namun sumber tidak memberitahu tarikh dan masa pertemuan yang sebenarnya dilakukan oleh bekas Timbalan Presiden PKR dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

MalaysiaGazette cuba mendapatkan pengesahan daripada pejabat MB Selangor berkenaan pertemuan sulit itu dan menurut sumber, perjumpaan itu merupakan kunjungan hormat Menteri Kesihatan Malaysia bersama rombongan KKM kepada MB Selangor dan ia dibuat secara tertutup.

Desas-desus Kerajaan Selangor bakal tumbang selepas tindakan Lembaga Disiplin PKR yang melakukan pembersihan parti itu termasuk memecat dan menggantung keahlian beberapa Ahli Dewan Undangan (ADUN) PKR di Selangor.

Antara yang dipecat daripada PKR ialah Mohamed Azmin sendiri yang juga ADUN Bukit Antarabangsa dan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham.

Bagi ADUN di Selangor yang digantung keahliannya ialah Haniza Talha (ADUN Seri Setia) yang juga Ketua Wanita Keadilan kerana menghadiri pertemuan dengan bekas pemimpin PKR itu, Mohamed Azmin dan Zuraida Kamarudin pada Februari lalu.

Selain itu, lima ADUN Bersatu juga kini menjadi pembangkang di Selangor, iaitu Harumaini Omar (Batang Kali); Mohd Shaid Rosli (Jeram); Sallehudin Amiruddin (Kuang); Adhif Syan Abdullah (Dengkil) dan EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang).

Kedudukan PH di Selangor semakin goyah apabila beberapa ADUN PKR di Selangor yang sebelum ini didakwa menyokong Mohamed Azmin mungkin akan menyokong kerajaan PN.

Malah sumber memberitahu ADUN-ADUN PKR itu telah dihubungi Mohamed Azmin sebelum ini dan mereka didakwa bersetuju membentuk Kerajaan PN di Selangor. 

– MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/kjaan-sgor-akan-tumbang-ini-pertemuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istri Posting Semoga Rezim Tumbang Anggota Tni Ad Ditahan 14 Hari

Istri Posting Semoga Rezim Tumbang Anggota Tni Ad Ditahan 14 Hari

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 240 hits
Anggota TNI Rindam Jaya yang berada di bawah komando Kodam Jaya Sersan Mayor T dijatuhi hukuman disiplin berupa penahanan ringan selama 14 hari T dihukum lantaran istrinya SD melakukan penghinaan terhadap pemerintah Menjatuhkan hukuman disi...
Sabah Pula Akan Tumbang Kepada Pn

Sabah Pula Akan Tumbang Kepada Pn

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 143 hits
Susulan munculnya beberapa kenyataan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sejak kebelakangan ini timbul spekulasi bahawa kerajaannya pula akan jatuh berikutan tumbangnya sekutu beliau di Putrajaya Februari lepas Ini berikut...
Dua Kali Tumbang Di Kedah Layakkah Mukhriz Cabar Presiden Ppbm Untuk Jadi Pm

Dua Kali Tumbang Di Kedah Layakkah Mukhriz Cabar Presiden Ppbm Untuk Jadi Pm

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 401 hits
17 Mei 2020 ADUN Jeneri Muhamad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Kedah Sultan Salehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Alor Setar Kedah Dengan sempurnanya majlis tersebut maka secara rasminya unt...
Rentasan 682 Panas Mukhriz Mahathir Dedah Punca Ph Tumbang Di Kedah

Rentasan 682 Panas Mukhriz Mahathir Dedah Punca Ph Tumbang Di Kedah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 343 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 682 1 UNTUK APA MOU PERIKATAN NASIONAL TANPA IKATAN UNDANG UNDANG 2 HARGA BARANGAN BASAH NAIK MENJELANG PERAYAAN BUKAN FENOMENA BAHARU 3 APA CERITA DI SEBALIK TABIR PENGERUSI BURSA MALAYSIA 4 MENTERI BESAR SELANGOR ME...
Pemimpin Dap Salahkan Dr M Punca Kerajaan Ph Tumbang

Pemimpin Dap Salahkan Dr M Punca Kerajaan Ph Tumbang

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 328 hits
PH nak kembalikan sokongan rakyat hanya satu cara iaitu Mahathir kena disingkirkan Anwar menjadi pemimpin yang utama tanpa campurtangan sesiapa Kajian yang dikemukan oleh DAP kepada PKR dalam pertemuan beberapa pimpinan utama DAP dengan Anw...
Apa Apa Pun Boleh Jadi Kata Bung Moktar Berhubung Desas Desus Kerajaan Sabah Tumbang

Apa Apa Pun Boleh Jadi Kata Bung Moktar Berhubung Desas Desus Kerajaan Sabah Tumbang

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 296 hits
KOTA KINABALU Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri yang diketuai parti tempatan Warisan tumpas kepada Perikatan Nasional berikutan tersebarnya desas desus mengenai penjajaran semula kerjasama dala...
Bolehkah Undi Tidak Percaya Dr Mahathir Berjaya Bila Boboi Pun Tumbang Kali Kedua Di Negeri Sendiri

Bolehkah Undi Tidak Percaya Dr Mahathir Berjaya Bila Boboi Pun Tumbang Kali Kedua Di Negeri Sendiri

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 472 hits
Manusia merancang tapi hanya Allah SWT yang layak menentukan Itulah yang berlaku pada mantan Perdana Menteri ke 4 ke 7 dan Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Dalam beberapa siri kejayaan beliau jatuhkan beberapa orang Perdana Menteri yang ...
Tidak Mustahil Kerajaan Ph Selangor Tumbang

Tidak Mustahil Kerajaan Ph Selangor Tumbang

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 527 hits
Rizam menziarahi seorang penduduk di DUN Sungai Air Tawar di sini hari ini SABAK BERNAM Kerajaan Pakatan Harapan Selangor tidak mustahil tumbang sekiranya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri PH hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi...
Sumbangan Rm1 Juta Pertemuan Zuraida Dengan Syarikat Eck Development Berlaku Lebih Dari Sekali

Sumbangan Rm1 Juta Pertemuan Zuraida Dengan Syarikat Eck Development Berlaku Lebih Dari Sekali

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 312 hits
Isu penerimaan sumbangan RM1 juta daripada Syarikat ECK Development Sdn Bhd kepada NGO Penggerak Komuniti Nasional yang mesra Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menimbulkan lebih banyak persoalan Menurut Ketua Angkat...
Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

Orang Ramai Terbalikkan Kereta Untuk Menyelamatkan Murid Yang Dilanggar Kereta Tersebut

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

How Online Platforms Set Pricing Standards In The Digital Age

Sambal Telur Puyuh Campur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Mtuc S Disputing Parties Agree To Hold Polls Within 90 Days

Sila Ulangkaji Asas Penubuhan Bersatu Ahli Mpt Beritahu Hilman

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Online Presence Is Critical For Business