Justice For Bella
Setiap hari Kjee menangis. Tiap kali teringat atau terbaca berita mengena anak Syurga BELLA, Kjee tak dapat menahan airmata. Macam cerita dalam kisah dongeng masa lalu. Didera dengan kejam oleh ibu tiri. Disimbah air panas mendidih, disapu cili pada luka-luka di badan. Macam-macam lagi lah kisah anak yang diperlakukan ibu tiri yang kejam
Tetapi itu semua kisah dongeng. Cinderella pun tidak didera sedemikian kejam. Sampai ramai anak2 takut sekiranya ayah kahwin lagi setelah ibu pergi mengadap Illahi. Takut meneruskan hidup berinsankan Ibu Tiri. Tetapi ini tahun 2022. Alaf baru. Lagi kejam rasanya kes BELLA diperlakukan penjaganya! Bukan sahaja terhenti setakat disimbah air panas, diaibkan dalam rumah tanpa sehelai benang, dilumur cili TETAPI juga dipaksa makan najisnya
Ini bukan drama tetapi dilalui oleh anak Syurga BELLA sehingga dia diselamatkan oleh seorang pekerja sosial dalam keadaan yang amat memilukan
Apakah hukuman yang harus dikenakan keatas penjaga yang lebih binatang daripada binatang itu? Kerana dia dari keturunan berada, dia berdiri disebalik 7 peguam. Selain sokongan padu daripada famili yang pernah satu ketika dahulu pegang tampuk kepemimpinan negeri paling kaya di Malaysia.
Ramai memohon doa agar haiwan ini dikenakan hukuman paling berat dalam sejarah! Tetapi berbaloikah untuk BELLA, anak Down Syndrome yang pasti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku keatas dirinya? Mengapa dan kenapa dia harus diperlakukan sedemikian rupa? Apa kesalahannya? Hanya Allah swt sahaja yang tahu! Di hari baik dan bulan yang baik ini, marilah kita titipkan doa agar BELLA diberi pembelaan yang sewajarnya! Moga apa yang telah dilaluinya hanya sebuah mimpi yang ngeri walaupun luka dan parut pada tubuhnya akan berada disitu sehingga nafasnya yang terakhir. Percayalah adik BELLA, selepas ini semua yang dilalui bakal indah-indah sahaja. Insya Allah. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2022/04/justice-for-bella.html