Juruterbang Merokok Punca Nahas Egyptair



Juruterbang merokok punca nahas EgyptAir
KAHERAH, MESIR – Nahas pesawat EgyptAir yang terhempas ketika dalam perjalanan ke Kaherah pada 2016 dan menyebabkan 66 orang terbunuh dilaporkan berpunca daripada juruterbang merokok di dalam kokpit, lapor akhbar New York Post semalam.
Perkara itu didedahkan dalam satu laporan baharu setebal 134 muka surat yang disemak oleh akhbar Itali, Corriere della Serra.
Pada 19 Mei 2016, penerbangan EgyptAir MS804 itu berlepas dari Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle di Perancis sebelum terhempas di sebuah lokasi di antara Pulau Crete di Greece dan utara Mesir.
Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) membuat kesimpulan bahawa rokok juruterbang, Mohamed Said Shoukair telah mencetuskan kebakaran dalam pesawat Airbus A320 itu.
Ia berpunca daripada api rokok menyalakan oksigen yang dilaporkan bocor daripada topeng oksigen di dalam kokpit.
Pihak berkuasa Mesir pada awalnya menyatakan bahawa pesawat itu terhempas akibat serangan pengganas serta mendakwa menemui kesan bahan letupan pada mayat-mayat mangsa. Dakwaan itu bagaimanapun diragui ramai pihak.
Pada 2018, BEA yakin pesawat malang itu terhempas disebabkan berlakunya kebakaran berdasarkan analisis perakam kotak hitam. Pasukan penyiasat bagaimanapun tidak menyatakan punca sebenar kebakaran itu.
Namun, pada Mac lalu, BEA mengeluarkan laporan baharu menyatakan bahawa oksigen telah bocor daripada topeng oksigen juruterbang di dalam kokpit sejurus sebelum pesawat terhempas. Penilaian itu dibuat berdasarkan data kotak hitam yang merakam bunyi oksigen bocor.
Pakar-pakar berkata, perbuatan merokok di dalam pesawat dan ditambah dengan kebocoran oksigen telah mencetuskan kebakaran.
Ketika tempoh masa insiden tersebut, semua juruterbang pesawat EgyptAir dibenarkan merokok di dalam kokpit, namun peraturan itu kini diubah.
Nahas pesawat itu kini menjadi subjek kes pembunuhan di bawah Mahkamah Rayuan Paris.
Kerajaan Mesir enggan mengeluarkan laporannya sendiri mengenai nahas tersebut dan pada 2018, Kaherah menolak penemuan awal BEA dan menyifatkannya sebagai ‘tidak berasas’. K Online
Juruterbang merokok punca nahas EgyptAir
Baca Artikel Menarik:
Tujuh beradik yatim piatu enggan pindah, rindu kubur ibu bapa Airmata Nagaenthran mengalir buat kali terakhir Tak Sangka Amerika Syarikat Antara 55 Negara ‘Gilakan’ Mi Segera, Agak Malaysia Ke Berapa? Sakan beraya jangan sampai gadai nyawa Restoran goreng samosa dalam tandas diarah tutup Parti Khianat! Amanah syukur PAS tidak sertai khemah besar LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis Tahanan dadah lolos, 6 polis direman Parti saya pun tak buat apa – Husam Anak Halim Othman Kekal Binti Abdullah Jangan Guna ‘Dummy Buckle’, Undang Maut Di Jalan Raya Dan Pakai Tali Pinggang Keledar-Miros Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/28/juruterbang-merokok-punca-nahas-egyptair/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongsi Password Punca Pendapatan Tahunan Suku Pertama 2022 Netflix Merudum

Kongsi Password Punca Pendapatan Tahunan Suku Pertama 2022 Netflix Merudum

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 188 hits
Netflix mendedahkan yang lebih 100 juta penggunannya telah berkongsi password dan sekaligus menyebabkan pendapatan tahunan bagi suku pertama 2022 merosot dengan begitu banyak Dengan pengguna sah Netflix yang makin merosot Netflix nampaknya ...
Dah Kurang Cerita Best Kerap Promote Filem Lgbt Punca Netflix Hilang 200 000 Pelanggan Di Suku Pertama 2022

Dah Kurang Cerita Best Kerap Promote Filem Lgbt Punca Netflix Hilang 200 000 Pelanggan Di Suku Pertama 2022

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 287 hits
Syarikat penstriman dunia Netflix dilaporkan mengalami kejatuhan saham sebanyak 30 peratus pada Rabu sekali gus menyebabkan nilai pasaran syarikat itu yang berpangkalan di California merundum lebih 45 bilion dolar iaitu merosot hampir 60 pe...
Hiburan Anak Speech Delay Salahkan Kami Viral Guru Tegur Parents Punca Perkembangan Anak Lambat

Hiburan Anak Speech Delay Salahkan Kami Viral Guru Tegur Parents Punca Perkembangan Anak Lambat

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 267 hits
Di media sosial baru baru ini tular satu luahan seorang ibu yang berasa terkilan terhadap sebuah tadika apabila anaknya yang baru saja bermula sekolah selama dua hari di reject akibat terkencing di dalam seluar Berhubung dengan luahan terba...
Allahuakbar Ibu Achey Dikhabarkan Telah Hembvskan Nafas Terakhir Sebentar Tadi Ini Punca Pemergiannya

Allahuakbar Ibu Achey Dikhabarkan Telah Hembvskan Nafas Terakhir Sebentar Tadi Ini Punca Pemergiannya

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 155 hits
Pelawak terkenal tanahair Achey dari kumpulan Bocey memaklumkan ibunya telah kembali kerahmatullah sebentar tadi
Tidak Bantu Ibu Bapa Punca Tidak Kaya

Tidak Bantu Ibu Bapa Punca Tidak Kaya

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 260 hits
Rezeki itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk Kesihatan dan perasaan tenang juga stu rezeki Dikelilingi ahli keluarga dan sahabat yang baik juga satu bentuk rezeki Hati tenang tidak berdengki dan tidak menyakiti orang lain juga satu reze...
Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 139 hits
Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa JUADAH berbuka puasa masyarakat Malaysia pastinya tidak akan lengkap tanpa makanan berminyak seperti ayam goreng popia goreng karipap dan sebagainya Hakikatnya p...
Kelemahan Kita Punca Ramai Pekerja Asing

Kelemahan Kita Punca Ramai Pekerja Asing

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 112 hits
SAYA ingin mengulas tentang isu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berjumlah 260 000 orang yang gagal menyambung pelajaran dan tidak diketahui kedudukan mereka Pada masa yang sama kerajaan mengalami kekurangan tenaga kerja kira kira 200 ...
Tak Puas Hati Bahagi Untung Niaga Punca 7 Lelaki Gaduh

Tak Puas Hati Bahagi Untung Niaga Punca 7 Lelaki Gaduh

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 109 hits
Ketua Polis Padawan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya merampas beberapa senjata tajam di tempat kejadian PETALING JAYA Tujuh lelaki berusia antara 26 hingga 40 tahun ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di premis makanan...
Punca Punca Sakit Kepala

Punca Punca Sakit Kepala

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 257 hits
PUNCA SAKIT KEPALA 1 Tidak makan sehingga menyebabkan perut kosong 2 Tidak mengambil makanan yang mengandung gula 3 Makan dengan gelojoh dan tidak dihadam dengan sempurna 4 Kerap mengambil minuman bergas dan berkafein 5 Tekanan di tempat ke...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik