Kelemahan Kita Punca Ramai Pekerja Asing


SAYA ingin mengulas tentang isu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berjumlah 260,000 orang yang gagal menyambung pelajaran dan tidak diketahui kedudukan mereka.
Pada masa yang sama kerajaan mengalami kekurangan tenaga kerja kira-kira 200,000 pekerja iaitu di sektor peruncitan, perhotelan dan restoran

Isunya ialah kita kekurangan pekerja di beberapa bidang tetapi pada masa sama kita ada sumber tenaga iaitu lepasan SPM yang pada dasarnya boleh mengisi kekosongan beberapa sektor pekerjaan yang masih kosong tersebut

Pada ketika ini, kerajaan sedang menunggu kemasukan pekerja asing baharu atau pekerja asing lama yang balik ke negara asal sepanjang pandemik Covid-19

Kalau melihat kepada permintaan pekerjaan di Malaysia yang banyak bergantung kepada buruh asing ini, kerajaan disaran mengubal satu dasar pekerjaan baharu bagi menggalakkan lepasan SPM atau pelajar yang masih menganggur diterima masuk ke alam pekerjaan menggantikan pekerja asing ini dalam sektor pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran tinggi

Kerajaan juga disaran melatih pelajar lepasan sekolah menengah supaya menjadi pekerja mahir dalam pelbagai sektor agar dapat menggantikan tempat pekerja asing

Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada tenaga kerja dari luar khususnya dari Indonesia dan Bangladesh ini kerana kesan ekonomi dan sosial telah pun dirasai sekarang seperti pengaliran keluar wang ringgit dan penguasaan sesetengah sektor perniagaan oleh warga asing sehingga mengetepikan hak warga tempatan untuk bekerja

Di samping itu, kadar pengangguran terus meningkat saban tahun dalam negara melibatkan pencari kerja yang sedia ada, lepasan sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang sama-sama bersaing dengan warga asing terbabit

Justeru, amat malang sekali pelajar lepasan sekolah ini dibiarkan terumbang-ambing tanpa tujuan dan adalah lebih baik pihak kerajaan menyediakan satu program yang besar dan komprehensif kepada pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan pekerjaan

Ia penting bagi membolehkan mereka dilatih terutama di sektor kotor, bahaya dan sukar (3D) untuk membangunkan negara daripada mengambil tenaga kerja luar

Saya melihat kita ada jalan penyelesaian terhadap kekurangan pekerja ini seperti sektor perhotelan yang boleh mendapatkan bantuan daripada pelajar dalam bidang perhotelan untuk bekerja secara sementara waktu

Untuk jangka masa panjang, kerajaan patut menggalakkan pelajar lepasan SPM untuk mengikuti kursus kemahiran dan mengambil mereka bekerja dengan menawarkan gaji setimpal

Kita harus mencontohi Jerman yang menitikberatkan kemahiran pekerjaan dengan memberi peluang pelajar tempatan menjalani latihan amali di sektor industri dan terus mengambil pelatih itu bekerja di kilang sama ada dalam industri ringan atau berat.

Walaupun kerajaan Malaysia banyak menyediakan pusat latihan kemahiran seperti GiatMara, kolej komuniti dan sekolah vokasional untuk bekerja dalam pelbagai bidang seperti pembinaan dan perladangan tetapi jumlah pelajar perlu ditambah bagi memenuhi keperluan industri

Pada akhirnya nanti negara tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja dari luar. Juga, kita tidak mahu pelajar lepasan kolej kemahiran ini tidak diberi perhatian dan kemahiran yang mereka pelajari menjadi sia-sia serta tidak digunakan untuk membangunkan negara

Akhir kata, Malaysia bukan tiada pusat latihan kemahiran, pelajar mahupun tenaga pengajar, tetapi kesilapan dan kelemahan dari segi perancangan membuatkan kita tidak dapat menggunakan sumber tenaga tempatan secara optimum.

Oleh:  ABDUL HAMID
Temerloh

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/04/kelemahan-kita-punca-ramai-pekerja-asing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Di Shanghai Dipaksa Kuarantin Dan Tidur 12 Hari Di Pejabat Video

Pekerja Di Shanghai Dipaksa Kuarantin Dan Tidur 12 Hari Di Pejabat Video

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 148 hits
Pekerja Di Shanghai Dipaksa Kuarantin Dan Tidur 12 Hari Di Pejabat VIDEO BEIJING China dilaporkan mengenakan langkah terbaharu untuk mengekang penularan Covid 19 di Shanghai dengan mengarahkan pekerja tidur di pejabat selama berhari hari la...
Pekerja Mee Tonggek Tidak Mengambil Suntikan Anti Tifiod

Pekerja Mee Tonggek Tidak Mengambil Suntikan Anti Tifiod

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Sebuah gerai yang menjual mee goreng berlauk sotong yang tular dengan nama mee tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya diarah tutup setelah didapati tidak bersih Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualit...
Tak Mahu Pekerja Hilang Pendapatan Sherry Ibrahim Guna Duit Simpanan Dan Jual Barang Salon Untuk Pertahan Bisnes

Tak Mahu Pekerja Hilang Pendapatan Sherry Ibrahim Guna Duit Simpanan Dan Jual Barang Salon Untuk Pertahan Bisnes

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 181 hits
MENGURUSKAN perniagaan salon rambut miliknya sendiri pelakon Sherry Ibrahim akui melalui waktu sukar ketika negara berdepan dengan pandemik c0v1d 19 Disebabkan tidak boleh beroperasi Sherry 39 berkata dia terpaksa menggunakan duit simpanann...
Menteri Bumn Sapa Pekerja Pertamina Sebut Integrator Ekonomi Indonesia

Menteri Bumn Sapa Pekerja Pertamina Sebut Integrator Ekonomi Indonesia

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 213 hits
Menteri BUMN Erick Thohir menyambangi para pekerja Pertamina di Gedung Grha Pertamina Jakarta
Rwanda Penjarakan Ahli Perniagaan China Selepas Sebat Pekerja

Rwanda Penjarakan Ahli Perniagaan China Selepas Sebat Pekerja

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 255 hits
Rwanda penjarakan ahli perniagaan China selepas sebat pekerja SEORANG ahli perniagaan warga China dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Rwanda semalam selepas memukul pekerjanya dalam satu kejadian Ogos tahun lepas Memetik laporan...
Daging Segar Naik Harga Ini Punca Yang Perlu Diketahui Ramai

Daging Segar Naik Harga Ini Punca Yang Perlu Diketahui Ramai

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 182 hits
Kenaikan harga daging segar ketika Ramadan berlaku kerana penternak sedang berhadapan dengan kos bahan mentah makanan yang tinggi di samping peningkatan permintaan daripada pembeli Pengerusi Koperasi Generasi Transformasi Ruminan Nordin Mat...
Pemerintah Harap Pengusaha Beri Keleluasaan Waktu Cuti Mudik Lebaran Bagi Pekerja

Pemerintah Harap Pengusaha Beri Keleluasaan Waktu Cuti Mudik Lebaran Bagi Pekerja

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 160 hits
Pemerintah berharap para pengusaha memberikan kesempatan bagi pekerja untuk menentukan pelaksanaan cutinya pada Hari Raya Idulfitri tahun 2022
Kemnaker Tak Bayar Thr Pekerja Sanksi Menanti Pengusaha

Kemnaker Tak Bayar Thr Pekerja Sanksi Menanti Pengusaha

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 160 hits
Pengenaan sanksi ini diberikan secara bertahap dalam kurun waktu tertentu yang diberikan kepada pengusaha atas ketidakpatuhan membayar THR ujar Haiyani Rumondang dalam konferensi pers secara virtual pada Jumat
Ketua Dpr Tidak Ada Alasan Pengusaha Tunda Atau Potong Thr Pekerja

Ketua Dpr Tidak Ada Alasan Pengusaha Tunda Atau Potong Thr Pekerja

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 192 hits
Puan mengingatkan ada aturan sanksi bagi pengusaha yang tidak memberikan hak THR pekerjanya
The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Find Your Unique Selling Point

Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Hiburan Lebih 200 Mayat Dijumpai Lelaki Duduk Seat 11a Mangsa Tunggal Terselamat Dalam Nahas Air India


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Orang Banjar Namanya Batil Pisang

Report With Respect Cmcf Urges Ethical Crisis Content

Unreasonable To Tell Public Not To Comment On Yusoff Case Says Law Firm

Mca Youth Govt Must Not Burden Citizens With Chaotic Unjust Expanded Sst Implementation

Why Can T Staff In The Retail And F B Industry Sit Down Netizen Goes Viral For Questioning The Norm

How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India