Jurutera Berpengalaman Dedah Bukan Anwar Larikan Gas Bachok Ke Songkhla



Jurutera Berpengalaman Dedah Bukan Anwar Larikan Gas Bachok Ke Songkhla | Seorang jurutera berpengalaman dalam bidang petroleum menolak kenyataan Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary bahawa Anwar Ibrahim melarikan pendaratan gas dari kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) ke Songkhla, Thailand hampir 30 tahun lalu

Rahim Kamil Sulaiman, 69, berkata, sebagai menteri kewangan pada 9 Mei 1996 Anwar menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Koperasi Usaha Bersatu Malaysia Bhd (KUB) dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi pembangunan industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok, Kelantan. 

Menurutnya, ia merupakan detik bersejarah bagi KUB dalam transformasinya daripada koperasi yang disokong Umno kepada konglomerat tersenarai

“Menteri kewangan menyokong penuh langkah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan. 
“Semasa majlis menandatangani perjanjian pada 9 Mei 1996, Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan pusat tidak mempunyai sebarang masalah jika kerajaan negeri Kelantan terbuka kepada kerjasama demi kepentingan rakyat Kelantan. 
Jurutera Berpengalaman Dedah Bukan Anwar Larikan Gas Bachok Ke Songkhla“Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan (ketika itu) menyambut baik jaminan ini apabila kami memberi taklimat kepadanya.
“KUB meneruskan rekayasa dengan sebuah syarikat kejuruteraan Jerman bersama dengan Ranhill Bersekutu yang berpangkalan di Malaysia untuk menyediakan laporan interim mengenai kebolehlaksanaan teknikal kompleks petrokimia yang dicadangkan di kawasan seluas 5,000 ekar di Pantai Senok.
“Laporan itu mengenal pasti proses pemisahan gas dan petrokimia dua dekad lebih awal daripada kompleks petrokimia Pengerang sedia ada,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini. 
Bagaimanapun jelasnya dalam tempoh beberapa bulan selepas perdana menteri Mahathir Mohamad dan menteri besar Kelantan berjabat tangan di Kelantan pada tahun 1996, pemimpin PAS dan Umno Kelantan memulakan peranan masing-masing.
Menurut Rahim , “permainan” ini tiada kena mengena dengan kepentingan rakyat Kelantan.
“Rakyat Malaysia tahu bahawa pada pertengahan tahun 1997, hubungan antara Mahathir dan timbalannya Anwar mula muram dan menuju konfrontasi. Pada 2 September 1998, Anwar sudah terkeluar daripada Umno dan kerajaan. 
“Dia ditahan bawah ISA pada 20 September sebelum didakwa atas tuduhan meliwat. Bilakah Anwar Ibrahim mempunyai masa untuk ‘larikan gas JDA’ dari Kelantan ke Songkhla? 
Jurutera Berpengalaman Dedah Bukan Anwar Larikan Gas Bachok Ke Songkhla“Pada awal tahun 1998, KUB (seperti semua korporat Malaysia) telah pun berada di tahap kritikal untuk mengurangkan kesan Krisis Kewangan Asia. Projek Pantai Senok yang bercita-cita tinggi terpaksa ditangguhkan,” jelasnya.
Ahmad Marzuk dalam sesi sidang parlimen 2 Mac lalu mendakwa  Anwar “melarikan” pendaratan gas ini ke Songkhla yang jaraknya 230 kilometer, sedangkan kawasan bertindih itu cuma 140 kilometer dari Pantai Senok.
“Kalau kata nak mengangkat martabat Melayu, Melayu mana ada di Songkhla, Thailand? Kalau kata nak menokhtahkan miskin tegar sepatutnya minyak itu didaratkan di Bachok. 
“Kerana ia boleh memacu industri hiliran, jajaran jalan, kedai-kedai, tanah nilainya akan meningkat apabila adanya pendaratan gas dan petroleum di situ. 
“Tetapi semuanya ini kerana tangan YB Tambun ia didaratkan di Thailand dan hasil lima peratus daripada pengeluaran minyak tahunan berjumlah RM3 bilion setahun tapi satu sen pun tidak diberikan peruntukan seperti mana perjanjian yang ada pada 1975,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2023 baru-baru ini.
Sementara itu tambah Rahim pada awal tahun 1998, KUB (seperti semua korporat Malaysia) telah pun berada di tahap kritikal untuk mengurangkan kesan krisis kewangan Asia. 
Justeru, katanya, projek Pantai Senok yang bercita-cita tinggi terpaksa ditangguhkan.
“Petroleum bukan portfolio Anwar. 
“Dalam semua kebarangkalian, Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand (MTJA) memutuskan mengenai pendaratan di Songkhla sekitar akhir 1999 atau awal 2000.
“Pihak berkuasa bersama ini hanya meluluskan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran pada bulan September 2004. Mampukah Anwar mengarahkan MTJA dari penjara?
”Bagaimanapun, politik Kelantan semasa krisis kewangan Asia dan pemecatan Anwar giat diteruskan dengan ghairah. 
Jurutera Berpengalaman Dedah Bukan Anwar Larikan Gas Bachok Ke Songkhla“Pengerusi BN Kelantan telah mengangkat ‘Deklarasi Semarak’ yang dikemukakan kepada Mahathir yang ‘menyatakan hasrat untuk menakluki kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang’. 
“Dia menegaskan bahawa sesiapa boleh menandatangani MOU dengan Kelantan supaya pada 1999 iaitu apabila BN memerintah Kelantan projek itu dapat dibangunkan,” katanya yang juga bekas profesor pelawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga 1997. - mk




Maklumat lanjut Inisiatif Pendapatan Rakyat
Daftar sekarang Insiatif Pendapatan Rakyat


BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/ http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)

                                                                                Iklan  






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://addindeen2.blogspot.com/2023/04/jurutera-berpengalaman-dedah-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Says 47 Charges Against Zahid Questionable

Anwar Says 47 Charges Against Zahid Questionable

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 434 hits
The prime minister also echoes his deputy s claim that the charges against him stemmed from his refusal to comply with Dr Mahathir Mohamad s request to dissolve Umno Prime Minister Anwar Ibrahim has come to the defence of his deputy over th...
Anwar Perlukan Komunikasi Strategi Lebih Baik Namun Itu Pun Tidak Mencukupi Part 1

Anwar Perlukan Komunikasi Strategi Lebih Baik Namun Itu Pun Tidak Mencukupi Part 1

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 300 hits
Kerajaan perlu memberi tumpuan khusus kepada Agenda Rakyat digerakkan masyarakat sivil dan memenangi kembali sokongan orang ramai melalui tindakan bukan hanya kata kata Kemenangan pilihan raya kecil di kerusi parlimen Pulai dan kerusi dewan...
Malaysia Day To A Resurgence Of Anwar S Reformasi

Malaysia Day To A Resurgence Of Anwar S Reformasi

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 245 hits
It s Malaysia Day tomorrow but it seems like we are undoing our reform agenda backtracking on election promises and worse contributing to a shrinking democratic space in the country How does one recover from the stinging effect of the dropp...
Anwar Chairs Cabinet Meeting In Kuching

Anwar Chairs Cabinet Meeting In Kuching

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 163 hits
Anwar Ibrahim with other ministers after the Cabinet meeting at Wisma Bapa Malaysia in Kuching today KUCHING Prime Minister Anwar Ibrahim chaired a Cabinet meeting at Wisma Bapa Malaysia here today Anwar who is also the finance minister was...
Anwar S Doublespeak On Zahid S Dnaa

Anwar S Doublespeak On Zahid S Dnaa

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 321 hits
It would be correct to describe the course of events words and deeds spoken and done after the High Court granted a discharge not amounting to an acquittal Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi on Sept 4 as misleading To say they have be...
Gps Will Back Anwar Unity Govt Till Ge16 Says Abang Jo

Gps Will Back Anwar Unity Govt Till Ge16 Says Abang Jo

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 391 hits
Sarawak premier Abang Johari Openg said the people in the state are only seeking to safeguard and preserve the rights of their home PETALING JAYA Gabungan Parti Sarawak will back Prime Minister Anwar Ibrahim and his unity government until t...
Yoursay Anwar S Twists And Turns Over Zahid S Dnaa

Yoursay Anwar S Twists And Turns Over Zahid S Dnaa

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 398 hits
YOURSAY Claims that Zahid s charges not professionally carried out have no basis in law Constitutional Supremacy Prime Minister Anwar Ibrahim s that charges against his deputy Ahmad Zahid Hamidi were not professionally carried out will have...
Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 279 hits
Wakil rakyat Pakatan desak Anwar jelaskan isu Zahid di Parlimen Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Sep 2023
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep