Jurugambar Terkejvt Sepasang Pengantin Tapi Ada 3 Pelamin Dalam Rumah Mungkin Pengalaman Sekali Seumur Hidup
BERGAMBAR di pelamin bersama keluarga, saudara-mara dan teman-teman yang hadir sebagai tetamu menjadi sesi ‘wajib’ buat pasangan pengantin.
Jurugambar perkahwinan semestinya merupakan individu paling sibuk merakamkan foto sebagai tanda kenang-kenangan.
Bagaimanapun, sesuatu yang luar biasa apabila seorang jurugambar bertuah merakamkan foto pasangan pengantin bersama tetamu di pelamin, sambil duduk di satu lagi pelamin lain. Memang rare!
Pelamin pertama untuk acara membatalkan air sembahyang. foto instagram @vlcs.wed
Berkongsi pengalaman, jurugambar yang mahu dikenali sebagai Farhan tidak menyangka berdepan dengan suasana yang berbeza sejak tiga tahun merakamkan foto perkahwinan.
Pemuda berusia 26 tahun itu berkata, pengalaman yang mungkin berlaku sekali seumur hidup itu terjadi di satu majlis perkahwinan di Sungai Petani, Kedah pada Sabtu.
“Saya ditugaskan mengambil gambar di rumah keluarga pengantin. Memang ada dua pelamin yang didirikan di ruang tamu dan kedua-duanya berfungsi.
“Pelamin yang menempatkan pengantin sebenarnya untuk majlis sanding, manakala pelamin yang saya duduk untuk mengambil gambar tu digunakan bagi acara membatalkan air sembahyang yang diadakan sebelum itu,” katanya kepada mStar.
Video:
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Susulan perkongsian videonya menjadi tvlar, dia menjelaskan dua pelamin itu dipasang mungkin disebabkan kakak kepada pengantin perempuan merupakan perancang perkahwinan.
“Sebenarnya kakak pengantin adalah wedding planner, malah ada butik pengantin di Alor Setar. Jadi, bisnes mereka antaranya menghasilkan pelamin.
Mengambil gambar orang di pelamin adalah perkara biasa, tapi sangat rare bila sendiri duduk di pelamin ketika bertugasFARHAN“Mungkin sebab itulah ada lebih daripada satu pelamin yang didirikan di rumah dua setengah tingkat tu. Nampak cantik dan meriah,” ujarnya yang berasal dari Sungkai, Perak.
Selain dua pelamin tersebut, Farhan turut memberitahu terdapat satu lagi pelamin bersaiz mini dipasang berdekatan, yang dihias cantik bagi acara memotong kek.
“Pelamin ketiga ada dua kerusi seperti props pelamin mini. Mula-mulanya ingatkan ada dua pelamin je, tapi ada lagi satu pelamin,” tambahnya.
Wajah ceria pasangan pengantin di majlis sanding di pelamin kedua. foto instagram @vlcs.wed
Jurugambar itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia duduk di salah satu pelamin ketika mengambil gambar bukan sekadar suka-suka tetapi demi mendapatkan sudut terbaik.
“Jarak antara kedua-dua pelamin antara empat hingga lima meter. Jadi, bagi merakamkan gambar yang ideal, saya perlu berada di pelamin yang satu lagi.
“Mengambil gambar orang di pelamin adalah perkara biasa, tapi sangat rare bila sendiri duduk di pelamin ketika bertugas. Biasanya masa kerja, kita berdiri rakam foto,” tambahnya.
Namun kata Farhan, dia hanya duduk di pelamin ketika merakamkan foto pengantin di satu lagi pelamin.
“Pernah duduk lama di pelamin pun masa November tahun lalu, sewaktu saya sendiri bergelar pengantin,” katanya.
Sesi bergambar di pelamin ketiga termasuk acara memotong kek. foto instagram @vlcs.wed
Dalam pada itu, Farhan turut mengakui pelamin ekstra tersebut memudahkan tugasnya mengambil gambar pengantin dan sepanjang majlis berlangsung.
“Sangat membantu, menyenangkan jurugambar yang selalu ambil gambar berdiri. Kalau berdiri pun okay sebab yang penting adalah menjalankan tugas.
“Tapi saya enjoy semasa bertugas. Pengantin sekeluarga pun sporting. Syukur apabila kerja saya dipermudahkan,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/12/jurugambar-terkejvt-sepasang-pengantin.html