Rumah Tenggelam Banjir Pengantin Tak Jadi Sanding


 
Khemah untuk majlis pernikahan dan persandingan terpaksa dibuka semula.KLANG: Pasangan pengantin baharu terpaksa melupakan hasrat bersanding selepas rumah mereka dinaiki air di Taman Klang Perdana, Sementa, di sini.
Ammar Imran Abdol Aziz, 26, berkata pelamin dan khemah makan beradab yang siap dipasang semalam, terpaksa dibuka semula selepas banjir kilat melanda taman perumahan mereka.
“Sepatutnya saya nikah hari ini, tapi rumah dah naik air. Dewan tempat majlis pun banjir. Kami kena nikah dekat Masjid Sementa.
“Majlis batal, tapi nikah tetap jalan. Pelamin semua kena buka balik. Khemah sudah siap pasang tapi memang tak boleh pakai. Tak sangka air naik sebegini cepat. Ini kali pertama kawasan perumahan kami dinaiki air tinggi macam ini,” katanya kepada FMT.
Pasangannya Nurul Ain, 26, turut terperangkap dalam banjir kilat di taman perumahan itu.
Pasangan pengantin ini reda majlis persandingan mereka terpaksa ditunda.“Saya datang semalam (rumah pengantin lelaki), nak berinai. Tiba-tiba hujan lebat dan air naik. Sudah cabut pelamin, saya terperangkap, tidak boleh balik ke rumah, ” kata bakal doktor itu.
Media melaporkan kawasan Klang dilanda banjir kilat selepas hujan sepanjang hari di daerah itu.
Pengerusi Taman Perumahan Klang Perdana, Abdol Aziz Sahat, memberitahu ini kali pertama banjir seperti itu berlaku, sehingga ada penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Katanya, hampir 2,000 orang terjejas melibatkan 500 keluarga.
“Dijangkakan jam 12 malam semalam hingga 2 pagi air akan surut. Tapi ia tak surut. Jabatan kaji cuaca meramalkan hujan akan turun dalam dua tiga hari lagi. Ramai yang pertama kali, selepas 30 tahun hadapi benda ni, jadi akan paniklah,” katanya.
Sementara itu, Osman Abu Hassan, 62, berkata taman perumahan berkenaan pernah dua kali dinaiki air akibat air pasang namun ia kembali surut.
Penduduk perumahan mula meninggalkan rumah dan pergi ke PPS di Sekolah Agama Sementa, Klang.“Rumah saya turut dimasuki air. Alhamdulillah, barang perabot sempat saya alihkan ke tempat lebih tinggi,” katanya.
Seorang lagi penduduk taman berkenaan, Syukri Ali memberitahu Taman Klang Perdana berada berdekatan laut yang memburukkan lagi banjir di perumahan itu.
“Taman Klang Perdana berada di bawah paras air laut. Tapi inilah kali pertama dalam 26 tahun banjir begini berlaku,” katanya.
Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memberi amaran fenomena air pasang besar berlaku di Pelabuhan Klang yang akan menyebabkan banjir di Klang bertambah buruk.
Semalam, sebanyak 20 kawasan di Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan dan Telok Gong antara paling terkesan dengan kenaikan air sehingga ke paras pinggang.
Kawasan lain terjejas adalah Pulau Indah, Pandamaran, Bandar Botanik, Telok Gadong, Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Tinggi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/12/rumah-tenggelam-banjir-pengantin-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Pulihkan Barangan Elekrik Tenggelam Banjir

Tips Pulihkan Barangan Elekrik Tenggelam Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 277 hits
Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir Orang ramai terutamanya mangsa banjir dinasihatkan supaya tidak membuang dahulu peralatan elektrik yang tenggelam akibat banjir Ini kerana peralatan itu mungkin boleh diselamatkan lagi dengan ...
Banjir Timbunan Kayu Pokok Besar Tumbang Memenuhi Halaman Rumah Akibat Arus Deras

Banjir Timbunan Kayu Pokok Besar Tumbang Memenuhi Halaman Rumah Akibat Arus Deras

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 313 hits
SEREMBAN Keluarga Mohd Yusof Hanafi diuji dugaan berat apabila rumah mereka dipenuhi timbunan kayu dan pokok besar yang tumbang akibat dihanyutkan arus deras banjir di Batu 7 Kampung Pantai di sini pada Sabtu malam Menceritakan detik cemas ...
Hiburan Rumah Pekerja Musnah Akibat Banjir Tya Ariffin Dan Asyraf Kalid Turun Padang Hulur Bantuan

Hiburan Rumah Pekerja Musnah Akibat Banjir Tya Ariffin Dan Asyraf Kalid Turun Padang Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 274 hits
Umum mengetahui sejak berlakunya bencana banjir kilat di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia beberapa hari lalu banyak pihak yang turun padang bagi membantu sebanyak yang mungkin buat mangsa mangsa yang terkesan Pelakon dan usahawan Ty...
Jimat Tenaga Angkut Air Keluar Ini Cara Mudah Nak Bersihkan Air Banjir Dalam Rumah

Jimat Tenaga Angkut Air Keluar Ini Cara Mudah Nak Bersihkan Air Banjir Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 396 hits
Melihat keadaan rumah yang penuh dengan air ditambah pula dengan kesan lumpur dan kotoran kotoran yang melekat buat hati tak kuat untuk terus membersih Tak tahu hendak mulakan dari mana Pastinya perlukan kudrat yang bukan sedikit untuk memb...
Baru Beli Tak Sampai 24 Jam Kereta Honda Civic Tenggelam Dalam Banjir

Baru Beli Tak Sampai 24 Jam Kereta Honda Civic Tenggelam Dalam Banjir

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 348 hits
Sentiasa menjadi rebutan model Honda Civic FD pastinya masih tetap diminati serta pilihan dalam kalangan peminat kereta Tular kembali di aplikasi TikTok apabila sebuah Honda Civic milik seorang individu yang dipercayai milik sahabatnya tela...
Rumah Staff Musn4h Tya Arifin Asyraf Khalid Randuk Banjir Hulur Bantuan Bergenang Air Mata Kami Hidup Seperti Keluarga

Rumah Staff Musn4h Tya Arifin Asyraf Khalid Randuk Banjir Hulur Bantuan Bergenang Air Mata Kami Hidup Seperti Keluarga

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 433 hits
Seakan tidak pernah mengenal erti lelah pelakon dan usahawan Tya Arifin tidak terkecuali turun padang menghulurkan bantuan kepada m4ngsa yang terjejas akib4t banjir yang berlaku sejak beberapa hari lalu Menurut Tya dia dan suami tercinta As...
Kediaman Di Mentakab Lenyap Tenggelam Air Banjir

Kediaman Di Mentakab Lenyap Tenggelam Air Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 252 hits
Kediaman di Mentakab lenyap tenggelam air banjir Banyak kediaman lenyap ditenggelami air menjadikan situasi banjir yang melanda daerah Mentakab di Temerloh Pahang disifatkan sebagai terburuk pernah dialami menurut penduduk setempat Selain m...
Subhanallah Pilu Hanya Sejam Rumah Tenggelam Penduduk Selamatkan Diri Atas Bumbung

Subhanallah Pilu Hanya Sejam Rumah Tenggelam Penduduk Selamatkan Diri Atas Bumbung

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 290 hits
Hanya sejam rumah tenggelam Penduduk selamatkan diri atas bumbung pilu tengok ibu masih berpantang bersama bayi terpaksa turut serta Ahad 19 Disember 2021 3 30 PMOleh IWAN SHU ASWAD SHUAIBSebahagian penduduk Taman Sri Nanding berada di atas...
Selepas Hujan Ada Pelangi Pasangan Pengantin Selamba Randuk Banjir Tetap Naik Pelamin

Selepas Hujan Ada Pelangi Pasangan Pengantin Selamba Randuk Banjir Tetap Naik Pelamin

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 470 hits
Benc4na banjir tentunya memberi kesan kepada perancangan aktiviti harian mereka yang terkesan Begitu juga kepada pasangan pengantin yang tular di TikTok sejak semalam apabila meneruskan hajat bergaya dengan baju pengantin meskipun terpaksa ...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Sinopsis Filem Mantera

Hiburan Pak Lah Dalam Kenangan Ubah Pekan Koboi Kepala Batas Kepada Bandar Maju


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal