Jupem Diiktiraf Atas Penggunaan Inovatif Teknologi Geospatial Bagi Menguruskan Pandemik Covid 19




Teknologi geospatial dan data dikongsi bersama untuk memainkan peranan penting dalam pengurusan COVID-19 di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 11 Mac 2021 – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) meraih Anugerah GeoInnovation yang berprestij berikutan pendekatan maju mereka dalam menggunakan teknologi geospatial bagi membantu negara menguruskan pandemik COVID-19. 
Anugerah berkenaan, yang diberikan hanya kepada organisasi terpilih setiap tahun oleh penyedia solusi geospatial terkemuka Esri Malaysia, mengiktiraf organisasi terhadap penggunaan teknologi geospatial mereka dalam menangani cabaran dunia sebenar dalam kalangan industri dan masyarakat.
Menurut Ketua Pengarah JUPEM, Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed, teknologi geospatial sentiasa menjadi nadi pelbagai inisiatif JUPEM. 
Di sebalik fungsi teras agensi dalam bidang ukur kadaster dan pemetaan topografi, teknologi berkenaan telah memperkasakan JUPEM dalam memberi sokongan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara dalam menguruskan krisis dan hal kecemasan negara seperti banjir, tanah runtuh, malah kejadian pencemaran yang membolehkan JUPEM menerima pelbagai pengiktirafan industri sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Pengarah JUPEM, Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed“Apabila setiap saat berharga dan risikonya tinggi, agensi barisan hadapan perlu membuat keputusan yang dipacu oleh data masa nyata berwibawa yang tepat, supaya mereka yakin bahawa mereka telah membuat pilihan sebaik mungkin dalam keadaan yang penuh tekanan,” kata Dr. Azhari.
"Inilah waktunya projek Defence Geospatial Information Management (DGIM) kami memainkan peranan dengan membantu pihak berkepentingan dengan cepat menggabung, menggambarkan dan paling penting menerima pakai data tersebut daripada pelbagai agensi.”
Dr Azhari menjelaskan bahawa DGIM dijana oleh platform ArcGIS, teknologi serupa yang menyokong organisasi seperti WHO, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat dan pihak berkuasa lain seumpamanya yang memantau penyebaran virus berkenaan dan memainkan peranan dalam langkah-langkah pencegahan, pengawasan dan kawalan kritikal.
“Bagi pandemik COVID-19, DGIM digunakan untuk menyediakan Joint Common Operating Picture (JCOP) dalam usaha untuk memudahkan kerjasama yang lancar bersama pasukan pengurusan krisis COVID-19 MKN.”
Platform berkenaan antara lain memaparkan bilangan kes wabak harian dan kumulatif di negara ini, fahaman mengenai pengezonan daerah berdasarkan kod warna, dan mengenal pasti kawasan tercemar yang memerlukan proses sanitasi.
"Menerusi kapasitinya untuk mengumpul dan menggambarkan pelbagai set data daripada pelbagai agensi kepada satu platform pemetaan, pihak berkepentingan disediakan dengan kesedaran situasi masa nyata bagi membantu untuk mengatur usaha tindak balas COVID-19 di lapangan,” kata Dr. Azhari.
Sebagai tambahan, dengan COVID-19 mendorong pelbagai organisasi untuk mengguna pakai transformasi digital dalam tempoh yang singkat, JUPEM pula memperoleh manfaat daripada pendekatan maju pasukan kepimpinan mereka terhadap inovasi.
“JUPEM berupaya untuk memenuhi permintaan krisis dengan pantas kerana agensi tersebut telah merancang dan menyediakan pelan operasi pengurusan kecemasan dan membentuk DGIM sebagai platform yang menyediakan jenis hubungan, ketangkasan dan pengukuran pantas yang diperlukan oleh kedua-dua operasi berdasarkan operasi harian dan kecemasan,” kata Dr. Azhari.
Beliau menambah, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Brig. Jen. Sr. Dr. Mohd Zambri, dan beliau percaya bahawa keupayaan teknologi sedemikian yang sedia ada telah membantu JUPEM dan agensi lain menguruskan krisis negara dengan berkesan.
Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia C.S. Tan mengucapkan tahniah kepada JUPEM atas pencapaian mereka dan mengiktiraf agensi berkenaan atas komitmen berterusan untuk meningkatkan strategi tindak balas kecemasan negara.
 “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada JUPEM atas pencapaian mereka yang memberi inspirasi. Kepimpinan JUPEM yang mampu dilaksanakan telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi tepat yang disesuaikan dengan keperluan khusus mampu menghasilkan perubahan dalam menyelamatkan nyawa ketika waktu kecemasan negara seperti pandemik,” kata Encik Tan.
Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia, C.S. Tan“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan JUPEM dalam inisiatif utama negara dan kami teruja untuk melihat mereka memperkasakan lebih ramai pembuat keputusan dengan aplikasi inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat yang lebih meluas.”
Pada tahun 2018, JUPEM merangkul Anugerah Geoinnovation Esri Malaysia bagi Projek Exemplary GIS dan BGSPnya meraih anugerah Pencapaian Khas dalam GIS (SAG) pada tahun 2019. BGSP menerima pengiktirafan terhadap platform gabungan kerjasama – Pengurusan Bencana GeoCentric Berpusat  – yang dibina untuk membantu membuat jangkaan dan melakukan tindak balas yang lebih baik kepada bencana alam.
"Kami berbangga sebagai pemenang anugerah berkenaan kerana ia membuktikan bagaimana teknologi geospatial membantu untuk mengumpul dan berkongsi data masa nyata dengan tepat, dan sehubungan itu membolehkan agensi-agensi berkaitan untuk menyelaras penyelesaian terbaik, terutama ketika krisis melanda,” kata Dr. Azhari said.
-TAMAT-
Mengenai Esri MalaysiaEsri Malaysia merupakan pihak berkuasa utama negara dalam teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan lebih khusus sebagai platform ArcGIS terkemuka di dunia.
Esri Malaysia telah bekerja keras selama tiga dekad yang lalu untuk membina rekod pencapaian yang kukuh, memperoleh kepercayaan agensi kerajaan dan perusahaan komersil yang paling progresif.
Reputasi dan komitmen terhadap kualiti menyaksikan syarikat kami telah dianugerahkan beberapa projek penting di negara ini, termasuk pelancaran Infrastruktur Data Geospatial Malaysia, projek pemodenan pemetaan JUPEM dan projek Sistem Maklumat Geospatial Pertahanan.
Melalui hubungan kami dengan kumpulan geospatial Boustead dan komuniti pengedar Esri yang lebih luas, kami telah memainkan peranan utama dalam memajukan penggunaan keupayaan GIS di seluruh negara.
Berbekalkan kepada kualiti produk dan pemahaman unik terhadap platform ArcGIS, kami komited untuk memberikan penyelesaian yang bertanggungjawab secara komersial untuk Malaysia yang lebih hebat.
Untuk pertanyaan media sila hubungi:
Mah Chee Ping (Cik) Manminder Kaur (Cik)
Pegawai Pemasaran Kanan Ketua Pegawai Eksekutif
Esri Malaysia Intelectasia Consultancy
Emel: [email protected] Emel: [email protected]
Tel: +6 03 5022 0122 HP: +6012-652 3868


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.jasduit.com/2021/03/jupem-diiktiraf-atas-penggunaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boss Yakuza Mengadu Perniagaanya Terjejas Disebabkan Pandemik Covid 19

Boss Yakuza Mengadu Perniagaanya Terjejas Disebabkan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 261 hits
The ReporterSalah seorang ketua kumpulan jenayah terancang Jepun secara terbuka mengaku bahawa perniagaannya terjejas semasa pandemik Covid 19 Kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Yakuza terkenal dengan menjana hasil pendapatan melalui k...
Covid 19 Kejayaan Malaysia Atas Usaha Sendiri Ismail Sabri

Covid 19 Kejayaan Malaysia Atas Usaha Sendiri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 265 hits
Fauzi SuhaimiIsmail Sabri berkata kejayaan itu adalah hasil inisiatif kerajaan yang melaksanakan PKP pada 18 Mac tahun lalu Astro AWANI Fauzi Suhaimi KUALA LUMPUR Kejayaan Malaysia melandaikan keluk jangkitan COVID 19 sehingga pernah mencap...
5450 Teknologi Blockchain Halal Dibangunkan Malakat Diiktiraf Menteri Malakat Tribune 05 03 2021

5450 Teknologi Blockchain Halal Dibangunkan Malakat Diiktiraf Menteri Malakat Tribune 05 03 2021

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 393 hits
CYBERJAYA Teknologi Rangkaian Blockchain Halal yang dibangunkan oleh Kumpulan Malakat menjadi bukti kepakaran umat Islam di negara ini dalam mencari penyelesaian kepada setiap permasalahan yang timbul khususnya berkaitan isu halal Timbalan ...
Pasaran Saham As Melonjak Ke Arah Atas Saham Teknologi Bangkit Semula

Pasaran Saham As Melonjak Ke Arah Atas Saham Teknologi Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 314 hits
Saham teknikal ditutup tinggi pada hari Selasa dengan indeks Nasdaq Composite meningkat kembali ke wilayah positif berikutan pembetulan yang membimbangkan Peserta pasaran memberi tumpuan kepada saham syarikat yang mengalami kerugian akibat ...
Dap Mahu Lebih 70 Peratus Rakyat Malaysia Menerima Vaksin Covid 19 Sebelum Pru 15

Dap Mahu Lebih 70 Peratus Rakyat Malaysia Menerima Vaksin Covid 19 Sebelum Pru 15

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Parti Tindakan Demokratik menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke 15 sehingga lebih 70 peratus rakyat Malaysia menerima vaksin COVID 19 Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama oleh Setiausaha Agun...
Ada Cara Baru Daftar Vaksin Covid 19

Ada Cara Baru Daftar Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 317 hits
MALAYSIAKINI Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 telah memperkenalkan dua cara terbaru kepada orang awam untuk mendaftar pengambilan vaksin Covid 19 selain kaedah sedia ada iaitu melalui aplikasi MySejahtera Orang awam k...
Kini Anda Boleh Mendaftar Untuk Suntikan Imunisasi Covid 19 Melalui Laman Web Dan Panggilan Telefon

Kini Anda Boleh Mendaftar Untuk Suntikan Imunisasi Covid 19 Melalui Laman Web Dan Panggilan Telefon

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 231 hits
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini mempunyai dua lagi cara untuk mendaftar slot suntikan imunisasi COVID 19 bermula hari ini Selain daripada pend...
World No Closer To Answer On Covid 19 Origins Despite Who Probe Expert

World No Closer To Answer On Covid 19 Origins Despite Who Probe Expert

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 200 hits
Despite a high profile visit to China by a team of international experts in January the world is no closer to knowing the origins of Covid 19 according to one of the authors of an open letter calling for a new investigation into the pandemi...
New Ways To Register For Covid 19 Vaccination 2m Sign Up So Far

New Ways To Register For Covid 19 Vaccination 2m Sign Up So Far

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 255 hits
The Special Committee on Covid 19 Vaccine Supply has introduced two new ways for members of the public to sign up for Covid 19 vaccination supplementing the existing method of registering via the MySejahtera mobile app People may now regist...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever