Jumpa Kawan Yang Dijangkiti Covid 19 Tanpa Sedar Wanita Ini Kongsi Apa Perlu Buat
Setiap orang perlu peka dan bertanggung jawab terhadap kesihatan diri sendiri. Juga, jangalah pentingkan diri jika mulai terasa seperti ada simptom dijangkiti COVID-19. Usah mengelak dari melakukan saringan dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Pengasas jenama tudung terkenal, Hanis Arif ada berkongsi tentang pengalamannya membuat ujian saringan COVID-19. Dia mengambil langkah untuk membuat ujian ini kerana kawannya disahkan positif virus tersebut.
Jumpa Kawan Sehari Sebelum PKP
Menurut Hanis, dia ada berjumpa dengan kawannya yang dikenali sebagai Dira pada 17 Mac. Mereka tidak bersentuhan tetapi duduk di satu tempat yang sama selama satu jam.
Pada hari esoknya, Dira menghantar pesanan Whatsapp memberitahu yang dia ada kontak rapat dengan pengantin (bersalam, berpeluk dan cium pipi) pada 6 Mac. Dira memberitahu pada semua untuk bersedia kerana dia ada merasai simptom dan perlu menjalani ujian saringan.
Pada 22 Mac, Dira beritahu yang dia positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Sg Buloh. Dira turut memberitahu yang dia telah memberikan senarai orang yang dia jumpa sepanjang tempoh itu.
KKM Call & Suruh Buat Ujian Saringan
Pada hari yang sama, Hanis dihubungi oleh KKM untuk memintanya membuat ujian saringan di mana-mana klinik kesihatan berhampiran.
Memandangkan pada 23 Mac Hanis perlu membawa anaknya ke klinik, dia meminta untuk membuat ujian saringan. Malangnya di klinik tersebut tidak ada tempat untuk membuat ujian tersebut, Hanis diminta untuk ke klinik yang lain. Dia juga tidak dibenarkan masuk ke klinik itu.
Perlu Monitor Sekiranya Ada Simptom Dalam 14 Hari
Hanis diminta untuk monitor sekiranya ada simptom selama 14 hari. Memandangkan bayi Hanis ada kuning dan perlu kerap ke klinik untuk pemeriksaan, KKM mempertimbangkan untuk mengadakan satu slot ujian saringan buat Hanis. Doktor memintanya untuk balik dahulu dan monitor simptom sebelum dihubungi KKM.
Saringan Secara Drive Thru
Pada 27 Mac, Hanis dihubungi sekali lagi untuk membuat ujian swab. Ujian ini mudah kerana dibuat secara drive thru dan tidak perlu turun dari kereta.
Ada 2 stesen, untuk mengisi borang dan melakukan ujian swab tersebut. Tambah Hanis, swab dilakukan dalam mulut sahaja.
Sepanjang dari 23-27 Mac, setiap hari KKM akan hubungi untuk tanyakan keadaan kita. Kata Hanis, dari pemahamannya selagi tidak bersentuhan dan duduk jarak dengan pesakit COVID-19, risiko untuk dijangkiti rendah.
Hanis turut berkongsi simptom yang dialami oleh kawannya itu, sebelum disahkan menghidap COVID-19:
The post Jumpa Kawan Yang Dijangkiti COVID-19 Tanpa Sedar, Wanita Ini Kongsi Apa Perlu Buat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/jumpa-kawan-yang-dijangkiti-covid-19-tanpa-sedar-wanita-ini-kongsi-apa-perlu-buat/