Mydin Dan Elly Mazlein Ringankan Beban Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Mydin Dan Elly Mazlein Ringankan Beban, Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Ketika ini, beberapa kawasan di Malaysia dilanda bencana banjir susulan hujan lebat sejak kebelakangan ini.
Ramai yang turun dan tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa. Dalam usaha ini, syarikat pemborong dan peruncit terkemuka, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) juga tidak terkecuali.
Mydin bersama selebriti tanah air, Elly Mazlein dalam misi mulianya untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Taiping, Perak.
Menerusi perkongsian di Instagram Mydin Malaysia, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin sempat bertanyakan mengenai perkembangan misi bantuan banjir terhadap Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi.
“Syukur alhamdulillah. Ini sebenarnya Kak Nina nak ucap ribuan terima kasih dengan Datuk sebab Datuk sudi bersama-sama untuk kita menghantar bantuan ke mangsa banjir yang berlaku di Taiping,” kata Elly
Dalam pertemuan itu, Elly meluahkan rasa syukur kepada Mydin membantunya dalam misi bantuan kepada mangsa banjir.
“Terima kasih banyak-banyak. Semoga murah rezeki Datuk dan juga Mydin terus meletup lepas ini akan menjadi tempat pembeli nombor satu di Malaysia,” katanya lagi.
https://www.instagram.com/p/DQMPvb_Eo_i/?hl=en
Setakat petang tadi, jumlah mangsa banjir di Perak, Kedah dan Pulau Pinang meningkat dengan keseluruhan 4,252 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
BACA: Banjir Jejas Tanah Perkuburan Islam Kuala Trong
Di PERAK, jumlah mangsa meningkat kepada 2,496 orang melibatkan 857 keluarga berbanding 2,171 orang pada 8 pagi tadi, dengan Kerian dan Perak Tengah menjadi daerah terbaru dilanda bencana itu, setakat 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan masing-masing sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Dew di Kerian dan Sekolah Menengah Layang-Layang Kiri Parit di Perak Tengah, menjadikan keseluruhan 24 PPS beroperasi di negeri itu.
Menurut sekretariat, dua PPS berkenaan menempatkan 183 mangsa.
Selain itu, 1,813 mangsa ditempatkan di 19 PPS di daerah Larut Matang dan Selama manakala 500 mangsa lagi berada di tiga PPS di daerah Manjung.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,007 orang setakat 5 petang berbanding 258 orang, pagi tadi.
JPBN Kedah memaklumkan empat PPS baharu dibuka di Kulim, menjadikan tujuh PPS kini beroperasi menempatkan 955 mangsa manakala di Kuala Muda, jumlah mangsa di sebuah PPS kekal 52 sejak dibuka Rabu lepas.
Di PULAU PINANG, sebanyak lapan PPS dibuka menempatkan 749 mangsa yang terjejas di tiga daerah.
Sumber: Instagram Mydin Malaysia
The post Mydin Dan Elly Mazlein Ringankan Beban, Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/10/24/mydin-dan-elly-mazlein-ringankan-beban-salur-bantuan-kepada-mangsa-banjir/