Hampir 6 000 Mangsa Banjir Di Utara Masih Berlindung Di Pps


Hampir 6,000 Mangsa Banjir Di Utara Masih Berlindung Di PPS
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Sebanyak 5,788 mangsa banjir di Kedah, Pulau Pinang dan Perak masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir kembali meningkat dengan Padang Terap dan Sik menjadi antara daerah baharu yang terjejas dengan jumlah keseluruhan 1,708 orang dipindahkan pada 8 malam ini berbanding 1,562 petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan semua mangsa berlindung di 18 PPS melibatkan daerah Padang Terap, Sik, Kulim, Baling, Pokok Sena serta Pendang dengan tertinggi di Kulim sebanyak 1,113 orang di lapan PPS manakala di Baling, sebanyak 343 mangsa berada di lima PPS.
“Di Padang Terap satu PPS dibuka di Dewan Badminton Felda Lubuk Merbau bagi menempatkan 40 mangsa manakala di daerah Sik, 79 orang berlindung di dua PPS masing-masing di Sekolah Kebangaan (SK) Danglau dan SK Kampung Betong.
“Di Pendang, PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah menempatkan 45 mangsa manakala di Pokok Sena, 88 orang berlindung di PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena,” menurut kenyataan itu.
Berdasarkan portal Public Infobanjir, enam sungai di Kedah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Pendang di Pendang dengan 3.42 meter (m), Sungai Perik di Padang Terap (14.43m), Sungai Ketil, Kampung Bongor di Baling (60.27m), Sungai Laka di Kubang Pasu (22.47m), Sungai Titi Kerbau di Pendang (7m) dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar (2.69m).
Di PULAU PINANG, mangsa banjir terus merekodkan peningkatan malam ini, terutama di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) susulan hujan berterusan sejak petang tadi.
BACA: Presiden Indonesia, PM Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Esok Berdasarkan kemas kini data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 7.21 malam ini, jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 1,187 orang di tiga daerah SPU, SPT dan Barat Daya di bahagian pulau, berbanding 1,052 orang petang tadi.
Di SPU, 386 mangsa ditempatkan di PPS SK Lahar Yooi, diikuti PPS Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang (151 mangsa), PPS SK Padang Menora (128 mangsa) dan 119 mangsa lagi berada di PPS Labuh Banting.
Di SPT pula, jumlah mangsa merekodkan peningkatan kepada 369 berbanding 220 orang petang tadi, dengan majoriti berlindung di SK Guar Perahu (313 mangsa), manakala 56 lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir. Satu-satunya PPS di daerah Barat Daya, iaitu PPS SK Tan Sri Awang Had Salleh pula kekal 34 orang mangsa.
Susulan insiden tanah menggelongsor berhampiran Blok 39 Taman Terubong Jaya dekat George Town, semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong Wong Hon Wai memaklumkan kerja pembersihan di lokasi selesai sepenuhnya hari ini.
Beliau berkata tiada sebarang pembangunan dijalankan di bahagian atas cerun bukit tersebut dan runtuhan berlaku ekoran hujan lebat menyebabkan tanah menggelongsor ke bawah dengan membawa bersama selut
Di PERAK jumlah mangsa banjir di empat daerah iaitu Larut Matang Selama (LMS), Manjung, Kerian dan Perak Tengah menurun sedikit malam ini kepada 2,893 orang berbanding 2,963 orang petang tadi yang berlindung di 28 PPS.
Menurut Sekretariat JPBN Perak, LMS merekodkan penurunan jumlah mangsa kepada 1,899 berbanding 2,042 orang di 19 PPS, manakala di Manjung terdapat peningkatan jumlah mangsa kepada 606 berbanding 597 orang di lima PPS.
Bagi daerah Kerian, 278 mangsa berlindung di tiga PPS manakala 110 mangsa kekal ditempatkan di sebuah PPS di Perak Tengah.
Sekretariat itu turut memaklumkan paras di Kolam Air Bukit Merah dan Sungai Slim berada pada paras bahaya.
Sumber: Bernama
The post Hampir 6,000 Mangsa Banjir Di Utara Masih Berlindung Di PPS appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/26/hampir-6000-mangsa-banjir-di-utara-masih-berlindung-di-pps/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Tiga Negeri Meningkat Lebih 4 000 Ditempatkan Di Pps

Banjir Jumlah Mangsa Di Tiga Negeri Meningkat Lebih 4 000 Ditempatkan Di Pps

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 184 hits
Banjir Jumlah Mangsa Di Tiga Negeri Meningkat Lebih 4 000 Ditempatkan Di PPS KUALA LUMPUR 24 Okt Jumlah mangsa banjir di Perak Kedah dan Pulau Pinang meningkat dengan keseluruhan 4 252 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara petang ...
Lebih 900 Mangsa Banjir Perak Kedah Masih Di Pps

Lebih 900 Mangsa Banjir Perak Kedah Masih Di Pps

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 163 hits
Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 139 orang daripada 38 keluarga manakala Kedah dengan 770 orang mangsa daripada 216 keluarga Seramai 909 mangsa banjir di Perak dan Kedah masih lagi berlindung di pusat pemindahan sementara KUALA LUMPUR Se...
Hiburan Banjir Di Perak Semakin Buruk 1 776 Mangsa Dipindahkan Ke 23 Pps

Hiburan Banjir Di Perak Semakin Buruk 1 776 Mangsa Dipindahkan Ke 23 Pps

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 119 hits
Keadaan banjir di Perak terus memburuk apabila seramai 1 776 mangsa daripada 609 keluarga di daerah Larut Matang dan Selama serta Manjung telah dipindahkan ke 23 Pusat Pemindahan Sementara setakat jam 4 pagi Jumaat Menurut Sekretariat Jawat...
Kopi Termahal Di Dunia Secawan Cecah Hampir Rm3 000

Kopi Termahal Di Dunia Secawan Cecah Hampir Rm3 000

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 250 hits
Kopi Termahal Di Dunia Secawan Cecah Hampir RM3 000 Secawan kopi yang dijual pada harga AS 680 di kedai minuman Roasters Specialty Coffee House di Dubai Emiriyah Arab Bersatu telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai yang termahal...
Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Pulau Pinang Meningkat Kedah Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Pulau Pinang Meningkat Kedah Menurun Petang Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 193 hits
Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Pulau Pinang Meningkat Kedah Menurun Petang Ini KUALA LUMPUR 25 Okt Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara di Perak dan Pulau Pinang terus meningkat manakala di Kedah mencatatkan pen...
Mydin Dan Elly Mazlein Ringankan Beban Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Mydin Dan Elly Mazlein Ringankan Beban Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 132 hits
Mydin Dan Elly Mazlein Ringankan Beban Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Ketika ini beberapa kawasan di Malaysia dilanda bencana banjir susulan hujan lebat sejak kebelakangan ini Ramai yang turun dan tampil menghulurkan bantuan bagi mering...
Hujan Lebat Berterusan Selama Hampir Sejam Akibatkan Beberapa Kawasan Di Daerah Lipis Dilanda Banjir Kilat

Hujan Lebat Berterusan Selama Hampir Sejam Akibatkan Beberapa Kawasan Di Daerah Lipis Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 187 hits
LIPIS Hujan lebat berterusan selama hampir sejam sejak pukul 2 pagi hingga 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat memaksa puluhan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Menurut aplikasi Inf...
Mangsa Kereta Terjunam Dalam Sungai Panchor Ditemukan Lemas

Mangsa Kereta Terjunam Dalam Sungai Panchor Ditemukan Lemas

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 130 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myKENDERAAN mangsa jatuh ke dalam Sungai Panchor berjaya dinaikkan menggunakan kren FOTO ihsan BOMBAMuar Selepas hampir 12 jam operasi mencari dan menyelamat mangsa kereta terjunam ke dalam Sungai Panchor di sini...
Efisiensi Anggaran 2026 Tokoh Muda Kayong Utara Dukung Langkah Bupati Aktif Menjaring Anggaran Ke Pemerintah Pusat

Efisiensi Anggaran 2026 Tokoh Muda Kayong Utara Dukung Langkah Bupati Aktif Menjaring Anggaran Ke Pemerintah Pusat

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 152 hits
BloggerBorneo com Dalam menghadapi kebijakan efisiensi anggaran tahun 2026 Sabirin salah satu tokoh muda di Kabupaten Kayong Utara menyatakan dukungannya terhadap langkah Bupati yang dinilai aktif menjalin komunikasi dengan Pemerintah Pusat...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar