Judi Online 7 000 Pelanggan Tumpas Tahniah Polis Johor


Oleh Herman Hamid Ayob Khan Mydin Pitchay menerangkan operasi sindiket judi online yang berjaya ditumpaskan Khamis lalu pada sidang akhbar hari ini./ Gambar Polis Johor. JUDI online memang satu cabaran baharu yang jika tidak ditangani boleh menjadi kanser dalam masyarakat.
Ingat lagi bagaimana sindiket judi online ‘selamba’ sahaja menyiarkan iklan cari duit sempena Aifiltri yang menunjukkan ‘pelanggan’ mereka sudah tidak mengira kaum.
Tanpa perlu ke premis fizikal, seseorang boleh bertaruh permainan judi online semudah hujung jari dengan melayari laman web tertentu.
Mengambil contoh satu sindiket judi online yang berjaya ditumpaskan Polis Johor Khamis lalu, pelanggan sindiket itu berjumlah 7,000 orang dengan kutipan harian mencecah RM20,000.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, sindiket yang telah beroperasi sejak Jun lepas menyasarkan pelanggan tempatan melalui dua laman web www.topup99.com serta www.lagiong.com.
Modus operandi mereka kata beliau dengan menghantar mesej secara rawak dengan ‘ayat pancing’ tawaran keuntungan dan boleh layari laman web sekian untuk mencuba nasib.
Katanya, segala transaksi dalam kegiatan itu dilaksanakan melalui perbankan dalam talian melibatkan beberapa akaun yang dikenal pasti sebagai akaun bank Malaysia.
“Sindiket ini mempunyai pelanggan yang dianggarkan sekitar 7,000 orang dengan kutipan harian antara RM15,000 hingga RM20,000,” katanya dalam sidang akhbar di Johor Bahru hari ini.
Ayob Khan Mydin Pitchay menerangkan operasi sindiket judi online yang berjaya ditumpaskan Khamis lalu pada sidang akhbar hari ini./ Gambar Polis Johor. Kata beliau, sindiket itu ditumpaskan setelah pihaknya telah menahan enam lelaki dan seorang wanita dalam serbuan ke atas sebuah unit pangsapuri di Persiaran Southquay, Johor Bahru Khamis lalu.
Menurutnya, semua mereka yang berumur antara 18 dan 34 tahun ditahan kerana berperanan sebagai operator tambah nilai kredit dan cuci kredit, di samping menjadi perantara dengan pelanggan.
“Turut dirampas dalam serbuan ini ialah enam set komputer, 35 buah telefon bimbit pelbagai jenama, dia buah modem wifi dan serangkai kunci rumah,” katanya.
Siasatan menurut beliau dijalankan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka.
Ayob Khan sekali lagi menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung jenayah judi online kepada pihaknya.
“Dalam tempoh 1 Ogos hingga kelmarin, polis Johor telah menahan 28 suspek hasil lima serbuan menerusi Ops Dadu.
“Dalam serbuan itu juga polis Johor telah membuat pelbagai rampasan termasuk komputer, telefon bombit dan sebagainya.
“Sebanyak lima kertas siasatan sudah dibuka dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik dilengkapkan,” jelasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/judi-online-7000-pelanggan-tumpas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 000 Complaints On Online Transactions This Year

9 000 Complaints On Online Transactions This Year

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 271 hits
The complaints on online transactions include goods or services not arriving the condition of the items and confusing prices KUALA LUMPUR More than 9 000 online transaction complaints have been reported to the domestic trade and consumer af...
Ngaku Anggota Militer Dan Main Judi Online 2 Warga Asing Di Bali Dideportasi

Ngaku Anggota Militer Dan Main Judi Online 2 Warga Asing Di Bali Dideportasi

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 250 hits
Warga asing Ernest Okechukwu Okanya diketahui datang ke Indonesia pada tanggal 17 Desember 2019 dan Souleymane Konate masuk ke Indonesia pada tanggal 15 Maret 2020
Manfaat Bermain Judi Slot Online Yang Harus Anda Tahu

Manfaat Bermain Judi Slot Online Yang Harus Anda Tahu

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 486 hits
Tidak semua bentuk permainan ditujukan sebagai sumber mendapat komisi Akan tetapi seiring berkembangnya metode bermain hingga beberapa peluang tepat dalam bermain dipastikan beri nilai pengalaman baru Maka dari itu ada bentuk manfaat pentin...
Polis Menemui Bot Terbengkalai Dengan 10 000 Kg Kulit Pokok Tangar Bernilai Rm350 000

Polis Menemui Bot Terbengkalai Dengan 10 000 Kg Kulit Pokok Tangar Bernilai Rm350 000

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 320 hits
Dalam operasi jam 2 petang itu Polis menemui bot terbengkalai dengan 10 000 kg kulit pokok tangar Semua kayu berkenaan ditinggalkan di dalam sebuah bot yang dipercayai dari Filipina PGA Sabah Rampas Kulit Kayu Tangar Benilai RM350 000 KOTA ...
Polis Perak Buka Kertas Siasatan Dakwaan Pelajar Mati Akibat Vaksin

Polis Perak Buka Kertas Siasatan Dakwaan Pelajar Mati Akibat Vaksin

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 225 hits
September 29 2021 11 30 PMKetua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata berdasarkan siasatan kematian dua pelajar itu tiada kaitan dengan vaksin Covid 19 kerana kedua duanya belum pun menerima suntikan berkenaan IPOH Polis membuka dua...
Ebit Lew Isteri Sekali Lagi Dipanggil Polis Untuk Bantu Siasatan

Ebit Lew Isteri Sekali Lagi Dipanggil Polis Untuk Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 359 hits
Pendakwah terkenal Ebit Lew sekali lagi dipanggil polis di Bukit Aman untuk dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pendakwah itu had...
Polis Kepung Tokong Untuk Buat Tangkapan Pihak Tokong Serah Diri Mohon Maaf

Polis Kepung Tokong Untuk Buat Tangkapan Pihak Tokong Serah Diri Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 333 hits
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Hj Jaafar hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan kes bersabit kejadian rusuhan bagi menghalang pembinaan jalan bersebelahan tokong yang tular beberapa hari yang lalu Menurutnya pih...
Peguam Negara Ketua Polis Negara Digesa Nyatakan Perincian Kes Adib

Peguam Negara Ketua Polis Negara Digesa Nyatakan Perincian Kes Adib

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 177 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Siasatan kes pembunuhan Allahyarham tidak boleh ditutup walaupun sementara BANGI Pihak yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bu...
Hiburan Cable Cekang Caprice Buat Laporan Polis Kenapa Tu

Hiburan Cable Cekang Caprice Buat Laporan Polis Kenapa Tu

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 216 hits
Penyanyi rap sensasi dan aktivis kemanusiaan Caprice difahamkan telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur malam tadi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar pemilik nama Ariz Ramli itu lagi dia seboleh...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba