Peguam Negara Ketua Polis Negara Digesa Nyatakan Perincian Kes Adib


 Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Siasatan kes pembunuhan Allahyarham tidak boleh ditutup walaupun sementara
BANGI – Pihak yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bukanlah menteri, tetapi Peguam Negara atau Ketua Polis Negara.
Menegaskan perkara itu, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kenyataan bahawa kes itu ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu, oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sama sekali tidak wajar.
Beliau menegaskan, kenyataan sebegini tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang menteri apatah lagi yang tidak berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang jenayah. 
“Sewajarnya Peguam Negara atau Ketua Polis Negara yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pendakwaan dan siasatan jenayah. Jika siasatan ditutup bagaimanakah bukti baharu akan diperolehi?
“Sehingga kini rakyat masih terpinga-pinga kedudukan kes ini walaupun dulu pernah ada beberapa orang yang direman oleh pihak polis berkaitan dengan pembunuhan arwah Muhammad Adib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 
Sehubungan itu, Zainul Rijal berkata, PPMM mendesak Peguam Negara serta Ketua Polis Negara menzahirkan kedudukan terperinci mengenai siasatan tersebut dan tidak hanya berdiam diri. 
Beliau menegaskan, bukti baharu tidak akan datang bergolek begitu sahaja jika siasatan ditutup sementara. 
“Adalah menjadi tugas pihak polis mencari bukti-bukti tersebut sehingga ke tahap melampaui keraguan yang munasabah bagi membela arwah Muhammad Adib. 
“Persoalan timbul kini adakah pihak polis sudah buntu, tidak menemui jalan dan sudah letih menyiasat kes pembunuhan Muhammad Adib dan mengumpul buktinya?
“Begitu juga berkaitan dengan permohonan komital yang dibawa oleh keluarga arwah Muhammad Adib perlu diselesaikan dengan segera dan adil terutamanya kerajaan perlu jelaskan pendirian.
“Mengapa Tan Sri Tommy Thomas masih lagi dibela oleh kerajaan dalam prosiding komital di Mahkamah Rayuan sedangkan ketika masih menjadi pembangkang mereka sangat lantang mengecam tindak tanduk Tommy Thomas dalam menangani inkues arwah Adib,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, banyak laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk keluarga Allahyarham Muhammad Adib, mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali dan ramai lagi yang masih lagi tidak ketahuan tindakan yang diambil oleh pihak polis.
Keputusan Mahkamah Koroner perlu dihormati
Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, Mahkamah Koroner pada 27 September 2019 memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Koroner Rofiah Mohamad turut merumuskan kegagalan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam mengawal keadaan rusuhan itu menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.
“Keputusan Mahkamah Koroner tersebut perlu dihormati kerana tiada sebarang proses perundangan yang dibawa oleh pihak kerajaan bagi merayu atau menyemak keputusan tersebut. 
“Ini bermakna pihak kerajaan telah berpuas hati dengan keputusan koroner itu. Oleh itu, jika sekarang ada yang cuba mempertikaikan keputusan koroner tersebut, ia bukan berpaksi kepada aspek perundangan negara,” katanya.
Justeru, PPMM mendesak siasatan kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib tidak ditutup walaupun sementara dan usaha perlu dilipat ganda bagi membawa pembunuh ke muka pengadilan. 
Beliau menegaskan, di dalam undang-undang jenayah tiada had batasan waktu ditetapkan bagi memulakan prosiding jenayah terhadap mana-mana pihak.
“PPMM menegaskan kepada rakyat Malaysia yang prihatin bahawa pembelaan kepada arwah Muhammad Adib masih perlu diteruskan. 
“Seorang penjawat awam yang bertugas dengan kerajaan perlu dibela kematiannya oleh kerajaan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/peguam-negara-ketua-polis-negara-digesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Berkaitan Kes Ahmad Maslan

Ph Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Berkaitan Kes Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 228 hits
puteradaily comMajlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Peguam Negara memberi penjelasan terhadap kes yang melibatkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan Menurutnya keputusan untuk mendakwa atau menarik pendakwaan terhadap seseora...
Persatuan Peguam Muslim Malaysia Berkata Patut Ketua Polis Yang Cakap

Persatuan Peguam Muslim Malaysia Berkata Patut Ketua Polis Yang Cakap

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 236 hits
TAPI SIAPA PULAK YANG LANTIK MAK LAMPIR BERCAKAP GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN BERITA SEKDAR HIASAN SEMATATutup kes kematian Adib NGO kecam ZuraidaSeptember 29 2021 1 PEMBELA menzahirkan rasa marah terkejut dan kecewa di atas kenyataan Menteri...
Suspek Kes Curi Ditangkap Polis Ketika Menyorok Dalam Selimut Dengan Kakinya Terkeluar

Suspek Kes Curi Ditangkap Polis Ketika Menyorok Dalam Selimut Dengan Kakinya Terkeluar

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 175 hits
Seorang suspek disyaki terlibat dalam kes kecurian menjadi bahan jenaka apabila dilapor ditemui dalam keadaan berselubung selimut dipercayai untuk bersembunyi dari pihak polis Menurut Mirror UK polis Derbyshire berjaya menahan suspek berusi...
Laporan Polis Dan Butir Butir Rampasan Kes Sprm

Laporan Polis Dan Butir Butir Rampasan Kes Sprm

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 323 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraYDH Tuan KJSJYDH Tuan Tim KJSJ YDH Tuan Tim KJSJ YDH Tuan PT D5Update Rampasan Senjatapi Dan Amunisi Oleh Pegawai SPRM PutrajayaButiran Repot BBST 5294 21Tarikh 21 09 2021 1923hrsSek Seksyen 8 Seksyen 36 ...
Polis Didakwa Terima Suapan Daripada Suspek Kes Miliki Air Ketum

Polis Didakwa Terima Suapan Daripada Suspek Kes Miliki Air Ketum

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 255 hits
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 tengahari hingga 2petang di Balai Polis Kuantan pada 25 Dis 2020 KUANTAN Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan menerima suapan berjum...
Polis Nafi Ketua Balai Minta Main Golf Percuma

Polis Nafi Ketua Balai Minta Main Golf Percuma

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 240 hits
SHAH ALAM Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menaflkan dakwaan tular dalam media sosial mengenai sebuah kelab golf di sini diserbu akibat ketua balai tidak dapat main Dakwaan tular itu dikatakan cuba menfltnah Ketua Balai Polis Bukit Jeluto...
Pengasuh Beritahu Bapa Bayi 7 Bulan Terjatuh Dari Baby Walker Ketua Polis Perak Dedahkan Apa Sebenar Yang Berlaku

Pengasuh Beritahu Bapa Bayi 7 Bulan Terjatuh Dari Baby Walker Ketua Polis Perak Dedahkan Apa Sebenar Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 258 hits
Polis menahan seorang pengasuh selepas disyaki mende ra dan cuba membu nuh bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan di sini hari ini
Salah Guna Lesen Ap Berleluasa Kenderaan Tanpa Ap Diiimport Ke Malaysia Kata Ketua Audit Negara

Salah Guna Lesen Ap Berleluasa Kenderaan Tanpa Ap Diiimport Ke Malaysia Kata Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 237 hits
Oktober 1 2021 Aktiviti import kenderaan terpakai atau lebih dikenali sebagai kereta recond terdedah kepada penyalahgunaan yang berleluasa Penyalahgunaan terjadi apabila tiada koordinasi antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Indus...
Susulan Kecurian Barang Kes Yang Memalukan Sprm Perlu Wajah Baru Ketua Baru

Susulan Kecurian Barang Kes Yang Memalukan Sprm Perlu Wajah Baru Ketua Baru

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 196 hits
Berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh sebuah portal berita salah seorang daripada tiga pegawai SPRM yang ditahan susulan kehilangan wang tunai berjumlah RM25 juta yang merupakan barang bukti siasatan adalah dikenali sebagai seorang yang...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal