Judi Dalam Talian Di Rumah Sewa Tumpas


JUDI DALAM TALIAN DI RUMAH SEWA TUMPAS
ISKANDAR PUTERI 011120 – Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menyerbu sebuah rumah di Taman Bukit Indah di sini semalam yang dijadikan pusat operasi bagi judi dalam talian.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan pada pukul 1 petang pihaknya menahan tujuh individu berusia 18 hingga 25 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita tempatan.
“Dalam serbuan ini polis berjaya merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam perjudian dalam talian. Antaranya empat set komputer, tujuh unit telefon bimbit, dua buku nota, tiga unit kalkulator, satu unit modem, 13 keping kad bank dan 59 kertas putih tercatat urus niaga judi atas talian.
“Kebiasaannya operasi judi dalam talian dibuat di lot kedai dan premis perniagaan namun mêreka melakukannya di sebuah rumah sewa bagi mengelak kegiatan mêreka đihidu pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri di sini hari ini.
Katanya, hasil siasatan mendapati pusat operasi judi itu sudah beroperasi kira-kira sebulan lalu yang đijadikan tempat pemain judi atas talian membuat tambah nilai bagi meneruskan aktiviti judi mereka.
“Walaupun baru sahaja beroperasi, pusat ini sudah membuat transaksi lebih RM6,000 melibatkan sehingga 30 individu seperti yang dicatatkan dalam buku nota mereka,” katanya.
Dzulkhairi berkata, kesemua yang ditahan tidak mempunyai rekod lampau dan mereka direman dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Katanya, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pemilik rumah sewa juga perlu ambil tahu tentang individu yang menyewa di premis mereka serta aktiviti yang mereka lakukan dan bukannya hanya fikir keuntungan semata-mata.
“Segera laporkan kepada polis sekiranya mendapati mereka berkelakuan mencurigakan. Polis juga akan menyiasat latar belakang pemilik rumah itu sekiranya ada penglibatan dalam kegiatan itu,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini, polis sudah membuat 79 serbuan dan menangkap 158 individu berusia 17 hingga 60 tahun sejak Ops Dadu dijalankan dari awal tahun hingga bulan lalu.
Jelasnya, dalam tempoh tersebut, polis sudah merampas 270 peralatan dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian yang dianggarkan bernilai RM25,388.
“Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan dibuka serta 10 buah premis telah dipotong bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB),” ujarnya. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/11/judi-dalam-talian-di-rumah-sewa-tumpas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Pelajar Terlibat Judi Dalam Talian Ditahan

9 Pelajar Terlibat Judi Dalam Talian Ditahan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 156 hits
SUNGAI PETANI Sembilan pelajar merupakan antara 22 remaja bawah umur yang ditahan dalam Ops Dadu Khas kerana terlibat dengan aktiviti permainan judi dalam talian di daerah Kuala Muda di sini dari 1 Januari hingga 31 Oktober lalu Ketua Polis...
Awak Jomlah Ke Rumah Sewa Saya Tergoda Dengan Rayuan Janda Muda Remaja Lelaki Maut Dikelar Ditikam 42 Kali

Awak Jomlah Ke Rumah Sewa Saya Tergoda Dengan Rayuan Janda Muda Remaja Lelaki Maut Dikelar Ditikam 42 Kali

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 1581 hits
The ReporterPelawaan seorang janda muda berusia 17 tahun untuk pergi ke rumah sewanya tidak dapat ditolak oleh lelaki muda ini yang dipercayai sudah tertarik dengan penampilannya Namun dia tidak menyedari itu sebenarnya adalah perangkap yan...
Hiburan Kikis Apanya Rumah Dan Kereta Pun Saya Tiada Lagi Usop Sedih Teman Wanita Dituduh Kaki Kikis

Hiburan Kikis Apanya Rumah Dan Kereta Pun Saya Tiada Lagi Usop Sedih Teman Wanita Dituduh Kaki Kikis

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 442 hits
Baru sahaja penyanyi Usop mendedahkan identiti kekasihnya selepas lama mendiamkan diri namun wanita itu kini menerima pelbagai kecaman daripada netizen Antara tuduhan yang sering dilemparkan kepada kekasih penyanyi itu ialah kaki kikis Wala...
Dah 40 Tahun Dalam Rumah Keluarga Ini Tak Sedar Cermin Dalam Tandas Rumah Bernilai Lebih Rm54 000

Dah 40 Tahun Dalam Rumah Keluarga Ini Tak Sedar Cermin Dalam Tandas Rumah Bernilai Lebih Rm54 000

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 269 hits
Siapa sangka cermin bilik air yang sebelumnya dianggap cermin antik biasa rupanya dipercayai milik bekas Permaisuri Perancis yang terakhir Marie Antoinette Menurut New York Post sebuah keluarga di Britain menyedari cermin di tandas rumah me...
22 Panduan Selamatkan Rumah Dari Perompak

22 Panduan Selamatkan Rumah Dari Perompak

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 175 hits
Jangan biarkan anak anak tidur di ruang tamu seorang diri Kunci atau sorokkan semua pisau pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur Sekiranya terdengar terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam jangan keluar rumah untuk men...
Kepala Dinas Positif Corona Pegawai Dispora Kota Malang Kerja Dari Rumah

Kepala Dinas Positif Corona Pegawai Dispora Kota Malang Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 212 hits
Para pegawai Kantor Dinas Kepemudaan Olahraga dan Pariwisata Kota Malang bekerja dari rumah atau Work From Home setelah Kepala Dinas dan dua orang lainnya dinyatakan positif Covid 19
5 Tips Mudah Tanam Sayur Sayuran Di Rumah Cubalah

5 Tips Mudah Tanam Sayur Sayuran Di Rumah Cubalah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 587 hits
Kalau dah minat bercucuk tanam selagi boleh semuanya nak ditanam Kali ini kita borak pasal bab tanam sayur sayuran pulak ya ha hahha Percubaan menanam sayur sawi buat pertama kaliMemandangkan harga sayur sayuran kat pasar atau supermarket m...
Teknik Menabung Duit Di Rumah

Teknik Menabung Duit Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 497 hits
Menabung duit di rumah memerlukan disiplin serta motivasi yang tinggi bagi memastikan anda sentiasa bersemangat Teknik menabung secara kreatif adalah pelu bagi memastikan anda sentiasa konsisten Amalan ini juga perlu dipupuk sejak anak anak...
Arab Saudi Hapus Sistem Kafalah Bagi Pekerja Asing Kecuali Pembantu Rumah Tangga

Arab Saudi Hapus Sistem Kafalah Bagi Pekerja Asing Kecuali Pembantu Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 292 hits
Arab Saudi bakal melonggarkan aturan pembatasan utama yang mengikat jutaan pekerja asing di negara itu yakni dengan menghapus sistem kafalah Langkah tersebut sebagai bagian dari rencana reformasi kebijakan tenaga kerja Saudi yang telah lama...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan