5 Tips Mudah Tanam Sayur Sayuran Di Rumah Cubalah
Kalau dah minat bercucuk tanam, selagi boleh semuanya nak ditanam! Kali ini kita borak pasal bab tanam sayur-sayuran pulak ya ha… hahha…
Percubaan menanam sayur sawi buat pertama kali
Memandangkan harga sayur-sayuran kat pasar atau supermarket meningkat naik, jadi sis ambik keputusan untuk tanam sayur-sayuran. Menjadi atau tidak, lain ceritanya. Yang penting, ada keinginan untuk berani mencuba dan gigih! Ahh.. gitewww
Lagipun tanam sayur nie tak lah payah mana sangat, tetapi kita perlukan tips supaya tidak tersalah langkah dan tanaman cepat membuahkan hasil.
Mudahnya tanam halia. Elok korang cuba!!
Apa yang buat sis semakin bersemangat nak tanam sayur-sayuran sebab nak menikmati makanan sihat, sayuran ogranik, bebas bahan kimia. Bila nak masak atau makan ulam-ulaman pun senang, tinggal petik jurr giteww.
Ada beberapa step yang perlu korang titik beratkan sebelum nak mulakan projek menanam sayur-sayuran atau tanaman herba ini. Antaranya:-
Semai bendi/okra. Cahaya matahari kena cukup!
1. Pastikan Tempat Yang Cukup Cahaya Matahari
Kalau nak tanam sayur, korang kena pastikan ‘port’ atau kawasan tersebut terdedah cahaya matahari selama 8 jam sehari
Ini adalah kerana sebahagian besar sayur-sayuran organik lebih suka tumbuh pada tempat yang terkena cahaya matahari
Kalau boleh semua pokok sis nak tanam!
2. Pilih Sayur-Sayuran Yang Tepat
Bila kita nak tanam sesuatu, sama ada pokok bunga, pokok buah ataupun sayur-sayuran, penting jika kita buat research sikit.
Sedikit sebanyak, kita kena tahu jumlah matahari yang diperlukan, cara nak jaga tanaman tersebut, sampailah proses pertumbuhannya. Dari situ kita akan tahu, jenis tanaman apa yang sesuai ditanam.
Kalau main belasah jer, alamatlah tanaman korang tu tak kekal lama. Silap haribulan tetiba mati! Hahhaa…
3. Guna Tanah Yang Elok
Biasanya tanaman akan tumbuh dengan subur jika ditanam dengan menggunakan tanah yang elok.
Tanah pun ada mcam-macam jenis tau… antaranya, tanah hitam, tanah bakar, tanah pasir dan tanam kompos. Nak senang, beli jer lah.
Korang juga kena pandai-pandai balance apabila menggunakan tanah campuran. Sis guna cocopeat berbanding pasir atau tanah merah, sebab kalau guna pasir/tanah merah, lama-kelamaan tanah akan jadi keras dan mampat.
Ruang garaj kereta pun sis manfaatkan untuk bercucuk tanam. Haaahhaa...sorry pakcik!!
4. Manfaatkan Ruang Yang Ada
Jika ruang untuk bercucuk-tanam tidak seluas mana, korang kenalah bijak memaksimalkan ruang yang ada. Maybe kat kawasan dapur, balkoni atau garaj kereta.
Kebanyakan benih tanaman/sayur-sayuran sis beli secara online
5. Cari Benih Yang Berkualiti
Kalau korang nak tahu, memilih kualiti benih yang bagus merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhannya, cepat atau lambat serta daya ketahanan tinggi untuk terus hidup.
Selalunya, benih yang bagus berwarna cerah seperti warna asli dan tidak kusam
Bila time malas, sis tabur baja organik jurr..
tapi Oregano nie lebih suka baja dari bahan sisa-sisa makanan yang diblend. Memilih tau...
6. Buat Baja Sendiri
Kalau kita nak tanam sayur-sayuran organik, tentulah lebih bagus kalau kita buat baja organik sendiri.
Tapi kenalah rajin, kalau tak beli jerlah baja-baja organik tu ya. Kalau terlebih rajin, sis buat jugaklah baja sendiri.
Gunakan segala bahan sisa-sisa masakan, seperti kulit telur dan kulit bawang, kemudian sis blend.
Lepas tu tapis, dan siramlah kat tanaman tersebut.
Sayur kangkung nie dah boleh petik!! Benih kangkung nie datangnya dari Kolin Zainal
Bagi sis la, memang best sangat dapat tanam sayur-sayuran di rumah. Tak payah lagi nak keluar rumah atau nak bebel-bebel, ambik sikit jurrr pun, mahal! Hahahaha… haha…
Okay, selamat mencuba menanam sayur-sayuran!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2020/11/5-tips-mudah-tanam-sayur-sayuran-di.html