Krisis Iklim Pm Tuntut Negara Maju Segera Sumbang Rm100 Bilion Setahun


 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa negara maju menunaikan komitmen mereka untuk menyediakan AS$100 bilion setahun bagi menyokong negara membangun terhadap usaha aspirasi iklim sambil menyedari sejumlah trilion dolar setahun akan diperlukan di masa hadapan.
Beliau berkata saintis telah mengesahkan dunia baru saja mengalami musim panas yang terpanas dalam sejarah.
“Kami baru saja mendengar Setiausaha Agung secara serius mengisytiharkan “kerosakan iklim telah bermula.”
"Malah Malaysia sedang menyaksikan peningkatan dalam kesan buruk perubahan iklim, dengan peningkatan suhu, peningkatan paras laut, monsun yang bertambah buruk dan corak cuaca yang tidak menentu menggugat kehidupan dan mendegradasikan ekosistem tempatan.
"Justeru, kami tidak mahu membuang masa,” kata beliau di dalam Kenyataan Negara Malaysia pada Debat Umum Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia memainkan peranannya dengan membangunkan pelan hala tuju rendah karbon dan tenaga boleh diperbaharui bagi melaksanakan strategi penyesuaian dan mitigasi .
“Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara yang baru dilancarkan seharusnya membantu kami dalam mencapai NDC (Sumbangan Nasional yang Ditentukan) kami, selain daripada memandu kami ke arah aspirasi sifar bersih kami,” kata Anwar.
Beliau menekankan bahawa perbincangan mengenai aspirasi iklim dengan ketiadaan kesaksamaan, keadilan dan sumber diperlukan untuk membantu dan memperkasakan negara-negara untuk melaksanakan tindakan yang lebih besar terhadap iklim merupakan satu langkah yang sia-sia.
Gambar hiasan.Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab setiap negara ke arah sasaran iklim sejagat, Malaysia telah merombak NDCnya untuk mengurangkan keamatan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030 berbanding paras pada 2005.
Usaha ke arah mencapai NDC telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (NEP 2020)
Ini merupakan kemunculan sulung Anwar sebagai Perdana Menteri dalam perhimpunan tahunan ini.
Tema Debat Umum pada tahun ini Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Global: Mempercepatkan Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua.
Semasa lawatan rasminya untuk menyertai pemimpin-pemimpin dunia pada Perhimpunan Agung ke-78, Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan beberapa Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan.
- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/krisis-iklim-pm-tuntut-negara-maju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat

Rm2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 414 hits
PETALING JAYA Dakwaan RM2 bilion setahun dibelanjakan untuk membayar pencen bekas ahli Parlimen dan bekas anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri perlu dijawab oleh kerajaan Perkara itu dibangkitkan pengamal undang undang Datuk Khairul Anw...
Pengambilan Guru Perlu Dibuka Segera Negara Masih Kekurangan Guru

Pengambilan Guru Perlu Dibuka Segera Negara Masih Kekurangan Guru

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 266 hits
Pengambilan Guru Perlu Dibuka Segera Negara Masih Kekurangan Guru 6 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia telah mengungkapkan bahawa masalah kekurangan guru yang sebelumnya terkait dengan sekolah sekolah di pedalaman telah men...
Pemerintah Mengajak Industri Hingga Masyarakat Untuk Memerangi Krisis Iklim

Pemerintah Mengajak Industri Hingga Masyarakat Untuk Memerangi Krisis Iklim

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 348 hits
Menurut Pratikno Industri memiliki peran strategis dalam memerangi krisis iklim
Jualan Rahmah Komitmen Segera Kerajaan Atasi Krisis Beras Persatuan Pengguna Berita Harian 21 09 2023

Jualan Rahmah Komitmen Segera Kerajaan Atasi Krisis Beras Persatuan Pengguna Berita Harian 21 09 2023

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global Menerusi program itu beras import yang dir...
Pelajar Malaysia Di China Diseru Sumbang Kepakaran Kepada Negara

Pelajar Malaysia Di China Diseru Sumbang Kepakaran Kepada Negara

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 449 hits
Belia Malaysia khususnya yang belajar di China digesa agar kembali ke tanah air bersama ilmu dan kepakaran untuk menyokong dan menerajui pembangunan negara lebih lebih lagi dengan perubahan landskap ekonomi di rantau ASEAN pada waktu ini Ya...
Zine X Diy Fest 2023 Di Balai Seni Negara

Zine X Diy Fest 2023 Di Balai Seni Negara

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 433 hits
Join us for the ultimate celebration of creativity at Zine X DIY Fest Get ready to immerse yourself in a world of art passion and community as we gather to champion and uplift young talented artists and creatives on their creative journeys ...
Kiai Nu Di Jember Harap Mahfud Maju Pilpres

Kiai Nu Di Jember Harap Mahfud Maju Pilpres

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 154 hits
Muqit pun bercerita sering pulang kampung dan berbincang dengan masyarakat lapisan bawah
Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri

Two More Detained Over Flying Passport Scheme

The Ballad Of Kajang Prison Of Bossku S Solo Birthday Bash

Jom Jumpa Lagenda Edwin Van Der Sar Di Aeon Mall Active Beat 3 0


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diy Bunga Penanggah

Irfan Haris Bocorkan Rahsia Fattah Amin Berjumpa Dengan Ayah Amira Othman Video

Ceritamu Istimewa

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang

Speed Read An Understated Triumph Bonneville Bobber By Heiwa And More

Makanan Untuk Otak Cerdas Senarai Makanan Suplemen