Jualan Ikut Musim
Bismillah,
Pada ketika saya menulis ni adalah musim hujan. Hari ni hujan sejak dari awal subuh hinnga petang ni masih belum berhenti. Mungkin kalau promosi produk lain ketika ini kurang mendapat sambutan sebab orang lain lebih risau akan keadaan kenderaan, bagaimana nak pergi kerja, risaukan keadaan rumah di penempatan yang selalu banjir dan banyak lagi perkara lain berkaitan hujan dan banjir
Jadi produk apa yang paling laku sekali ketika ini
Jika kita ni seorang peniaga yang menjual air berais kena tukar strategi la dalam musim ni.. Kena beli bekas air stainless steel untuk jual air panas la pula. Jika kita ni adalah penjual bermusim, kita akan menjual payung dan baju hujan. Ingat tak dulu ketika jerebu melanda negara kita? Saya pergi ke farmasi ketika itu. Saya lihat ramai yang borong topeng atau mask sehingga saya hampir tidak dapat membeli mask yang saya perlukan ketika itu
Ada orang mengambil kesempatan menjual mask di tepi jalan sahaja. Mungkin pada waktu itu harga mask akan berkali ganda harganya dari harga yang biasanya. Bagi mereka yang nak dapat duit segera, inilah peluang yang terhidang. Biasa dengar ayat ini? "Mengambil kesempatan di dalam kesempitan". Bagi mereka yang mahu jadi peniaga bermusim, manfaatkan peluang untuk buat duit pada musin-musim tertentu
Tapi takkan juga nak tunggu musim-musim tertentu, kita juga boleh mencipta musim-musim tertentu seperti bermain layang-layang. Ajaklah anak, anak-anak saudara yang sedang bercuti sekolah ni bermain layang-layang sama-sama dengan membelikan mereka layang-layang dan boronglah sejumlah set layang-layang untuk di jual. Nanti bila ada kanak-kanak lain melihat anak-anak kita sedang bermain layang-layang, mereka pun akan berasa teruja untuk bermain layang-layang juga dan terus meminta bapa mereka belikan layang-layang untuk mereka.
Sudah tentulah dengan membeli dari kita sebab kita jual layang-layang ketika itu dan berada depan mata mereka. Itu satu contoh sahaja. Ada orang memborong helikopter kawalan jauh (remote). Beliau bermain helikopter di tempat lapang. Tak lama ada orang lain juga yang saya nampak bermain alat kawalan jauh itu. Bila kata memborong sudah tentu kita cari kedai borong dan membeli dengan kuantiti yang banyak untuk mendapat harga yang jauh lebih murah. Di kesempatan inilah untuk kita membuat duit
Berfikir secara kreatif untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Mungkin kali ni anda akan jadi pereka pula untuk musim-musim tertentu ye..
Adios..
Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan'MEKANIK BISNES INTERNET'.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2013/12/jualan-ikut-musim.html