Jual Tanah Beli Ikan Koi Rm300 000
Jual tanah beli ikan koi RM300,000
INILAH yang dikatakan, sanggup bergolok bergadai hanya semata-mata ingin memuaskan nafsu memiliki ikan koi.
Alasannya, minat dalam penternakan ikan koi dan ingin memiliki ikan berkualiti tinggi dari Jepun telah mendorong seorang penternak ikan koi menjual tanah dan membayar RM300,000 untuk memiliki seekor ikan koi.
Ikan koi jenis Sakai Kohaku dibeli di Sakai merupakan antara ikan koi terbaik dan sering kali menang pelbagai pertandingan ikan koi di peringkat antarabangsa.
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Zulkifli, 46, atau dikenali dengan panggilan Usop Cerek dari Kampung Gong Pauh mengakui dirinya adalah peminat tegar ikan koi dan bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan koi sejak tahun 2015.
Menurut Usop Cerek, dia mempunyai kira-kira 40 ekor ikan koi pelbagai jenis termasuk Omosako, Shiro Utsuri, Doitsu Showa, Benikiko, Sanke Sakai, Dainichi Showa dan Momotaro Kohaku yang bernilai lebih RM500,000.
“Harga ikan koi yang diternak di rumah saya sekarang ialah antara RM20,000 sehingga RM60,000 seekor dan kos makanan dan vitamin pula mencecah RM2,000 sebulan,” katanya.
Di samping itu, Usop Cerek berkata, dia turut memiliki ikan koi jenis Sakai Kohaku yang berharga RM300,000 tetapi ikan itu masih berada di Ladang Ikan Koi Sakai di Jepun.
Untuk membeli ikan koi Sakai Kohaku yang berkualiti tinggi itu, dia akui sanggup menjual tanah.
“Sekarang ikan koi itu masih berada di Ladang Ikan Koi Sakai, Jepun dan kerap ditawar untuk dibeli oleh peminat ikan koi lain dan terbaharu, ditawar pada harga RM450,000,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, dia belum bersedia lagi untuk menjualnya kerana harga pasaran semasa ikan koi jenis itu mencecah RM600,000 seekor.
Usop Cerek turut berkata, dia tidak membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia kerana ingin menyertai pelbagai pertandingan ikan koi yang dianjurkan di Jepun.
“Jika dibawa pulang ke Malaysia, harga dan nilai eksklusifnya akan menurun selain sukar untuk memperoleh pembeli yang berani membeli ikan itu mengikut harga pasaran,” jelasnya.
Tambah beliau, di Jepun, peluang untuk menjual ikan tersebut sangat tinggi kerana peminat ikan koi di seluruh dunia tertumpu di Jepun. SM
Jual tanah beli ikan koi RM300,000
Baca Artikel Menarik :
Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya
Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha
The post Jual tanah beli ikan koi RM300,000 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/03/jual-tanah-beli-ikan-koi-rm300000/