6 000 Ekor Ikan Patin Mati Di Sungai Pahang Ekoran Banjir


Ali reda dengan dugaan yang dihadapinya apabila 6,000 ekor ikan Patin sangkar belaannya mati akibat air kotor yang dibawa ke Sungai Pahang. – Foto Astro AWANI PEKAN: Banjir yang melanda beberapa negeri sejak 18 Disember lalu memberi kesan mendalam kepada mangsa.
Selain barangan rumah rosak, ada juga yang hilang tempat berteduh selepas rumah musnah akibat dibadai bah berserta puing kayu.
Lain pula ceritanya di Pekan, Pahang apabila seorang pengusaha ikan Patin sangkar turut terjejas. Kami bertemu salah seorang pengusaha, Ali Abu Bakar, 62, di kawasan sangkar ikannya di Sungai Pahang.
Dari jauh, wajahnya nampak reda dengan dugaan yang dihadapinya apabila 6,000 ekor ikan Patin sangkar belaannya mati akibat air kotor yang dibawa ke Sungai Pahang.
“Saya menerima kesan daripada banjir tapi kita kena reda, ini ketentuan Allah bukan saya seorang kena sini banyak lagi kawan saya antaranya sangkar pecah, perubahan air menyebabkan ikan mati.
“Saya pula ikan mati, ada yang empat sangkar kita boleh selamatkan, tapi ada yang tak dapat diselamatkan mati di situ,” jelasnya ketika ditemui.
Modal yang telah dihabiskan mencecah RM24,000 dalam tempoh setahun untuk menternak ikan di dua sangkar yang terjejas, namun kesemuanya itu lesap apabila ikannya mati sejak hari pertama bah melanda kawasan itu.
“Saya buat masa sekarang terjejas dua sangkar, ada di antara kawan lebih daripada itu.
“Kira bajet satu sangkar mungkin dalam RM10,000 hingga RM12,000, kalau dua jadi RM20,000 lebih,” katanya lagi.
Setiap sangkar menempatkan kira kira 3,000 ekor ikan patin dengan berat purata satu kilogram seekor.
Ia menjadikan keseluruhan kerugian yang terpaksa ditanggung Ali mencecah RM66,000.
Warga emas maut sakit jantung ketika mahu selamatkan ternakan akibat banjir

Hilang RM66,000 sekelip mata
Akibat itu, punca pencariannya terganggu, malah tempahan yang diterimanya sebelum ini terpaksa digantikan dengan ikan dari sangkar rakan rakannya.
“Memang punca pencarian terganggu, sebab kita kadang-kadang dah terima tempahan daripada pelanggan.
“Bila jadi macam ini, kena cari tempat lain untuk memenuhi tempahan pelanggan kita, terpaksalah.
“Kita sepatutnya pendapatan itu untuk kita seorang sebab hasil daripada ikan kita sendiri, tapi mengalami keadaan macam ini terpaksa kongsi bersama,” ujarnya lagi.
Ketika kejadian ujarnya, dia cuba sedaya upaya menyelamatkan sebanyak ikan yang boleh, namun tidak mampu menyelamatkan semua.
“Setakat mana kita boleh pos keluar (ikan), kita bawa keluar, kena cari pelanggan kena selamatkan dalam keadaan macam itu.
“(Pengusaha) Orang lain pun macam kita juga nak selamatkan semua ikan, jadi turun hargalah. Sekarang RM11 sekilogram, tapi kalau buang harga dia jadi RM10 sekilogram,” katanya lagi.
Tambah pengusaha yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang ternakan ikan itu, dia hanya reda dan berserah jika gelombang kedua bakal melanda daerah itu dalam masa terdekat.
Namun semangatnya untuk bangkit, tidak pernah pudar, meskipun terpaksa mengeluarkan simpanan wang yang ada.
“Pertama sekali kita kena reda kalau tidak kita rasa kecewa, ini ketentuan Allah bukan kita seorang kena jadi kita kena bangkit balik.
“Makna kalau kita menyerah kalah dengan apa yang berlaku, sampai sini sahajalah kita.
“Pengalaman dah banyak kali jadi kita dah biasa dah, dah banyak kali rugi, kalau kena musibah dengan air ini, memang banyak kali. Ini cabaran penternak ikan di Sungai Pahang kita kena hadapi,” kata Ali lagi.
Tambah penternak itu, besar harapannya agar pihak berwajib tidak terlepas pandang untuk membantu pengusaha sepertinya yang terkesan.
“Bantuan makna kita belum dapat arahan daripada Jabatan Perikanan tidak ada buat apa lagi.
“Kalau mereka hubungi kita insyaAllah, kita cuba juga untuk minta bantuan sekiranya kerajaan masih ada bajet,” ujar Ali lagi.
6,000 ekor ikan Patin mati di Sungai Pahang ekoran banjir
Baca Artikel Menarik:
Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’ Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending? Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini! Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video) Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan? Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies Resepi Ayam Goreng Serai Thai Layari Laman Facebook MYKMU.NET
 
‘Banjir terburuk sejak hampir 50 tahun menetap di sini’

The post 6,000 ekor ikan Patin mati di Sungai Pahang ekoran banjir appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/03/6000-ekor-ikan-patin-mati-di-sungai-pahang-ekoran-banjir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 488 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Jps Salur Rm12 Juta Untuk Pulihara Sungai Dan Kurangkan Risiko Banjir Di Negeri Pahang

Jps Salur Rm12 Juta Untuk Pulihara Sungai Dan Kurangkan Risiko Banjir Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 170 hits
KUANTAN Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang menyalurkan peruntukan kira kira RM12 juta tahun ini bagi pelaksanaan usaha memulihara sungai untuk mengurangkan risiko banjir di negeri ini Pengarah JPS Pahang Mohd Noor Bidin berkata peruntukan...
Kuari Dan Banjir Di Batu 11 Jalan Sungai Long Hulu Langat

Kuari Dan Banjir Di Batu 11 Jalan Sungai Long Hulu Langat

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 277 hits
24 Disember 2021 Batu 11 Jalan Sungai Long Hulu Langat Menerima tempahan makanan daripada tempat kerja kawan en Hubby Maka aku bersama dak Kakak dan anak fruit menemani beliau ke sana Sepanjang minggu ni pun aku terpaksa cuti atas beberapa ...
Enam Sungai Di Pahang Rekodkan Bacaan Air Sungai Lepasi Paras Bahaya Sejak Semalam

Enam Sungai Di Pahang Rekodkan Bacaan Air Sungai Lepasi Paras Bahaya Sejak Semalam

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 234 hits
KUANTAN Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8 00 pagi semalam berbanding empat sungai kelmarin Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran sungai berkenaan tiga di daerah Lipis manak...
Polis Tiga Mayat Dipercayai Mati Lemas Ditemukan Dalam Insiden Banjir Di Taman Sri Muda

Polis Tiga Mayat Dipercayai Mati Lemas Ditemukan Dalam Insiden Banjir Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 366 hits
Tiga mayat dipercayai mati lemas telah ditemukan dalam insiden banjir di Taman Sri Muda Perkara itu telah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia seperti yang dikongsikan Bernama di laman Twitter rasmi Dalam pada itu kedalaman paras air di T...
Hiburan Saya Hanya Ingat Mati Diana Rafar Akui Trauma Dengan Insiden Banjir

Hiburan Saya Hanya Ingat Mati Diana Rafar Akui Trauma Dengan Insiden Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 385 hits
Pelakon berhadapan suasana kelam kabut dengan persekitaran yang berubah menjadi lautan bergelora membuatkan dia hanya terfikir soal ajal Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar mengakui tidak dapat melupakan peristiwa itu Malah sehing...
Banjir Dan Kegagalan Urus Sungai

Banjir Dan Kegagalan Urus Sungai

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 292 hits
Tragedi di Lembah Klang Hujan lebat berterusan sejak Jumaat menyebabkan banjir paling buruk di kawasan paling padat penduduk di negara ini Kira kira lapan juta penduduk di Lembah Klang bangun pada hari Ahad hanya untuk menyaksikan kemusnaha...
Jumlah Mangsa Banjir Yang Berpindah Ke Pps Di Johor Dan Pahang Meningkat Malam Tadi

Jumlah Mangsa Banjir Yang Berpindah Ke Pps Di Johor Dan Pahang Meningkat Malam Tadi

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara di Johor dan Pahang meningkat malam tadi berbanding petangnya manakala Negeri Sembilan Melaka serta Sabah mencatatkan penurunan Bagi Selangor dan Terengganu jum...
Henti Pembalakan Tidak Selesai Isu Banjir Pahang

Henti Pembalakan Tidak Selesai Isu Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 194 hits
Tindakan Kerajaan Negeri Pahang mengeluarkan perintah larangan melakukan aktiviti berkaitan penebangan balak melalui Jabatan Perhutanan Negeri kelmarin seolah olahnya mengaku bahawa pembalakan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ba...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun