Jual Rambut Demi Kelangsungan Hidup


Jual rambut demi kelangsungan hidup

ZIN Mar (kiri) mengusahakan perniagaan membeli dan menjual rambut asli wanita Myanmar.





Baca Juga: Bapa 'syaitan' rogol, liwat anak
AIR mata gadis berusia 15 tahun itu bertakung di mata. Sambil rambut hitamnya yang ikal disikat dia memberitahu, menjual rambut telah membantunya meneruskan kelangsungan hidup.


“Sedih? Mestilah tetapi sedikit sahaja,” kata Za Za Lin saat rambutnya berukuran 51 sentimeter dipotong untuk dijual di pasaran di Yangon, Myanmar.


Pemilik Thiha Hair Purchasing and Sales, Zin Mar lantas menyerahkan AS$13 (RM 54.57) kepada Za Za Lin, menyamai setara gaji mingguan minimum di Myanmar.


Rambut-rambut yang diperoleh akan diproses sebelum dibungkus untuk dijual. Harga bagi rambut-rambut asli wanita Myanmar itu boleh dijual sehingga mencecah ratusan dolar kepada pengguna yang berani membuat rambut palsu dengan menggunakan rambut sebenar wanita.


“Orang dari seluruh dunia mahu rambut dari negara kami kerana apabila anda syampu rambut, ia bersinar bak warna mutiara,” kata Win Ko, seorang lelaki berusia 23 tahun yang membeli rambut daripada individu dan pembekal kecil seperti Zin Mar di pasaran.


Walaupun isu perdagangan rambut manusia telah wujud sejak berdekad lalu, Myanmar telah membuka ruang kepada rakyatnya untuk memahami peluang meningkatkan ekonomi.
Eksport


Negara yang dahulunya dikenali sebagai Burma kini telah menjadi sebuah tempat untuk menghasilkan berjuta-juta dolar keuntungan.


Sejak tahun 2010, permintaan rambut manusia untuk dieksport ke luar negara telah meningkat empat kali ganda sehingga menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara itu menjadi pengeksport rambut keempat terbesar di dunia.


Pada tahun 2017 sahaja, Myanmar memperoleh AS$6.2 juta (RM26juta) daripada eksport rambut bersamaan dengan berat 1,160 kereta mengikut saiz purata.


Perdagangan rambut yang semakin meningkat telah menarik perhatian beribu-ribu wanita sama ada terdesak seperti Za Za Lin atau tidak. Ia dibeli secara kilogram dalam bentuk gulungan seperti bola.


Sebaik sahaja rambut diperoleh, ia akan dikumpulkan sebelum dibawa ke kilang untuk dicabut, disikat, dibasuh dan dibungkus untuk dihantar ke pasaran seperti China. Ia dijual sebagai rambut palsu atau rambut sambungan.


Min Zaw Oo dari Tet Nay Lin Trading Co. memberitahu, dia menjalankan perniagaan perdagangan rambut sejak pertengahan tahun 2000.


Min Zaw memberitahu, dia banyak menjual rambut wanita berkulit hitam dari Britain, Nigeria, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.


“Mereka adalah pelanggan kami yang paling popular. Kebanyakan mereka berkulit gelap,” katanya.


Sementara itu, carian di YouTube baru-baru ini mendedahkan, beribu-ribu wanita mengkaji cara sambungan rambut palsu. Ia boleh dilihat menerusi carian rambut asli Burma.


“Ia tidaklah selembut rambut wanita India dan tidaklah sekasar rambut wanita Brazil. Rambut wanita Myanmar berada di tengah-tengah,” kata seorang blogger kecantikan, MakeupDoll yang mempunyai lebih 600,000 pengikut dan memperoleh sehingga AS$900 (RM3,775) hasil beberapa tutorial rambut palsu yang dibuatnya.


Namun, permintaan untuk rambut Myanmar telah melebihi bekalan kerana trend fesyen moden menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan rambut yang panjang, lurus dan tidak berubah.
Biarawati


“Rambut-rambut wanita moden pada masa ini pasti sudah diwarnakan, digulung atau dipotong pendek,” kata Hmwe Hmwe, 44, yang telah menghabiskan masa selama 13 tahun dalam perniagaan menjual rambut.


Bulan April adalah masa yang terbaik untuk mendapatkan rambut-rambut wanita kerana ramai antara mereka bersiap untuk menjadi biarawati dengan menjual rambut sebelum dicukur bagi upacara keagamaan.


Kebanyakan rambut yang dieksport dari Myanmar tidak dipotong baharu tetapi diambil daripada rambut yang gugur secara semula jadi.


Seorang pemilik perniagaan yang dikenali Auntie Cho berkata, dia membeli rambut daripada sikat yang telah jatuh secara semula jadi.


Dia akan memberi 55 sen bagi setiap inci rambut sebelum disumbat ke dalam beg plastik dan diberikan kepada orang telah yang membeli rambut-rambut itu dalam bentuk barang terpakai. – AFP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/jual-rambut-demi-kelangsungan-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Semua Fitnah Demi Allah Saya Tak Jual Tiket Gv5 Mya Arina

Itu Semua Fitnah Demi Allah Saya Tak Jual Tiket Gv5 Mya Arina

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 277 hits
Semalam kecoh dan tular di laman sosial kononnya ade seorang peminat menjual tiket konsert akhir Gegar Vaganza 5 kepada lima orang peminat Singapura Semua peminat tahu yang tiket GV5 tidak dijual dan diberikan kepada kelab
Mengulik Suneung Ujian Masuk Universitas Di Korsel Belajar 12 Tahun Demi 8 Jam Pertaruhan Hidup

Mengulik Suneung Ujian Masuk Universitas Di Korsel Belajar 12 Tahun Demi 8 Jam Pertaruhan Hidup

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 259 hits
Sampai sampai penerbangan dihentikan sementara selama ujian masuk universitas di Korsel ini berlangsung Wow
Demi Keluarga Raf Yaakob Mahu Jual Kereta Bmw I8 Kesayangannya

Demi Keluarga Raf Yaakob Mahu Jual Kereta Bmw I8 Kesayangannya

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 2403 hits
PELAKON Raf Yaakob berkata dia mahu membeli sebuah kereta baharu kerana bakal mempunyai sebuah keluarga yang besar Menurut suami kepada pelakon terkenal Mawar Rashid ini Raf akan menjual kereta mewah jenis BMW i8 miliknya Kemungkinan ini ad...
Mengharukan Ibu Muda Ini Terpaksa Jual Asi Nya Di Pinggir Jalan Demi Pengobatan Anaknya

Mengharukan Ibu Muda Ini Terpaksa Jual Asi Nya Di Pinggir Jalan Demi Pengobatan Anaknya

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 244 hits
Seorang ibu muda di China menjual air susunya di jalanan untuk mengumpulkan uang guna membayar pengobatan bayinya Dalam sebuah video yang diunggah Pear Video di situs web Miaopai perempuan tersebut bersama suaminya mengatakan butuh sedikitn...
Kisah Hidup George H W Bush Dari Perang Dunia Ii Perang Irak Hingga Gedung Putih

Kisah Hidup George H W Bush Dari Perang Dunia Ii Perang Irak Hingga Gedung Putih

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 365 hits
Presiden ke 41 AS George H W Bush dipandang sebagai sosok yang baik dan memiliki kehidupan yang luar biasa
Hidup Dalam Keadaan Menjaga Kesihatan 8774

Hidup Dalam Keadaan Menjaga Kesihatan 8774

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 326 hits
Hidup dalam keadaan sihat dengan berusaha kerana Allah dan sentiasa berdoa pada Nya Aamiin Buah Rambutan Foto Aktual7 Manfaat Rambutan bagi Kesehatan Last updated 1 Desember 2018RAMBUTAN dipercaya sebagai buah yang punya banyak manfaat bagi...
Najib Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup Kata Dr Mahathir

Najib Pak Lah Naikkan Gaji Kakitangan Awam Punca Kenaikan Kos Sara Hidup Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 346 hits
Suara Tanpa SempadanDr MahathirPUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup Anda naikkan gaji sektor swasta akan ikut sekali dan kos semua benda akan...
Teruknya Hidup Ya Allah Pa Bercuti Intan Najuwa Tak Reti Isi Minyak

Teruknya Hidup Ya Allah Pa Bercuti Intan Najuwa Tak Reti Isi Minyak

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 513 hits
Teruknya Hidup Ya Allah PA Bercuti Intan Najuwa Tak Reti Isi Minyak Teruknya Hidup Ya Allah PA Bercuti Intan Najuwa Tak Reti Isi Minyak
Kerap Naikkan Gaji Punca Kos Sara Hidup Meningkat

Kerap Naikkan Gaji Punca Kos Sara Hidup Meningkat

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 389 hits
Kerap naikkan gaji punca kos sara hidup meningkatPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji kerana berpendapat ia antara faktor kenaikan kos sara hidup Dr Mahathir percaya gaji tidak wajar dinaikkan dengan kerap Anda naik...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah