Jual Aset Th Ada Ke Menteri Ph Kita Begitu Kecut Dan Tidak Bertanggungjawab Najib




Pendedahan TH Plantations luluskan untuk melupuskan 76.2% jumlah keluasan ladang milik mereka, di mana 3 dari 14 penjualan sudahpun selesai, sudah menjadi satu isu yang begitu tular dan dibaca berjuta orang.
Isu ini juga melibatkan 9.3 juta pendeposit Tabung Haji.
Ramai yang komen juga berpendapat bahawa langkah ini adalah satu pengkhianatan kepada semua Umat Islam Malaysia.
Dah masuk laporan media tempatan.pun.
19 Jan 2020 : Najib gesa Mujahid perjelas penjualan ladang Tabung Haji
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/213521
Tetapi Menteri yang jaga Tabung Haji dan yang kononnya jaga agama Islam masih tak berani nak nafi atau jelaskan pendedahan ini?
Adakah dia fikir bahawa kecaman ramai di mana dia dituduh khianat kepada Agama tak cukup berat untuk dia buka mulut ke?
Isu Tanglong, isu Ponggal dia laju. Ini dia buat-buat tak nampak pulak.
Posting 2
Kekanda menteri Haji yang jaga segala agama,
Bila mahu jawab?
Sekurang-kurangnya tuduhlah bahawa Najib fitnah Tabung Haji atau berbohong, jika berani.
Atau keluarkanlah kenyataan media seperti Mat Sabu tahun lepas bahawa Najib dalam khayalan apabila saya dedahkan LTAT jual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang kepada Singapura sebelum akhirnya mengaku Najib betul.
Jumlah kawasan ladang milik Tabung Haji Plantations:
– Sebelum rancangan pelupusan 14 syarikat:: 101,000 hektar
– Selepas pelupusan di bawah PH:: 24,000 hektar
3 dari 14 syarikat tersebut sudahpun selesai dijual pada Disember 2019.
Selepas selesai semua penjualan 14 syarikat ini, saiz TH Plantations akan jatuh ke bawah syarikat-syarikat seperti United Plantations Bhd, TSH Resources dan Hap Seng Consolidated.
Kongsi post ini. Biar jadi viral sehingga Menteri Haji jawab.
Butiran dan bukti rancangan penjualan 14 syarikat melibatkan 76.2% atau 77,000 hektar ladang milik Tabung Haji Plantations:

Pelupusan pertama melibatkan dua syarikat:

Posting 3
76.2% DARI KESELURUHAN LADANG SAWIT MILIK TABUNG HAJI SUDAH/SEDANG DIJUAL OLEH PH
Saya telah banyak kali memberi amaran bahawa penjualan aset negara pada masa harga aset dan pasaran lemah adalah langsung tidak masuk akal.
Kes TH Plantations Bhd (THP) milik Tabung Haji merupakan contoh yang amat jelas.
Pada masa saya PM, jumlah keluasan ladang sawit milik THP naik berganda dari 30,500 hektar (2009) ke 101,000 hektar pada masa PRU14 – terutama melalui pembelian ladang dalam negara.
Ini selaras dengan matlamat Tabung Haji untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.
Tetapi masuk PH, mereka LULUSKAN untuk menjual 77,000 hektar ladang milik THP yang dipegang melalui 14 anak syarikat.
https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…
Alasan yang diberi ialah mahu bayar hutang.
Ini bermakna 76.2% dari kesemua ladang sawit milik THP sudah atau sedang dijual.
Penjualan 3 dari 14 anak syarikat ini sudahpun selesai.
5 Dis 2019: Penjualan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd dengan saiz ladang 6,514 hektar
https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…
31 Dis 2019: Penjualan THP-YT Plantation Sdn. Bhd dengan saiz ladang 2,594 hektar.
https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…
Saya percaya ada beberapa penjualan lain cuma tunggu masa untuk diumumkan.
Lagi menyedihkan ialah penjualan-penjualan ini dilakukan selepas THP menukar jurunilai (valuer) dan menurunkan nilai buku anak-anak syarikat yang sedang dijual.
Misalnya, harga buku syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd pada tahun 2017 diturunkan dari RM380 juta dan telah dijual dengan harga RM170 juta atau RM10,500 setiap ekar (24 sen satu kaki persegi).
Pengeluaran dan pendapatan ladang yang dijual itu semakin meningkat setiap tahun tetapi tiba-tiba telah dijual dengan harga 56% di bawah harga buku semasa harga sawit belum memulih..
Pembeli amat happy sekarang memandangkan harga sawit sedang memulih manakala THP mengalami kerugian besar akibat penjualan ini.

Pada masa kini, harga break even point minyak sawit untuk THP adalah RM2,200 satu tan.
https://www.theedgemarkets.com/…/special-report-thp-seeks-u…
Sepanjang tempoh 9 tahun saya PM, THP tak pernah rugi manakala saiz keluasan ladang sawit THP naik 3 kali ganda.
Masuk PH je, THP mula rugi sehingga terdesak menjual tanah dan ladang semasa harga rendah dan selepas nilai buku aset THP diturunkan dengan amat dasyhat akibat menukar jurunilai.
Jka harga sawit di bawah RM2,200, THP akan mengalami kerugian.
Jika harga sawit adalah di atas RM2,200, THP akan mengumumkan keuntungan.
Kini harga sawit telah memulih, kenapa penjualan 76.2% dari jumlah keluasan ladang sawit milik Tabung Haji masih diteruskan?
Apakah akan terjadi dengan masa depan TH Plantations?
Dan ke mana perginya matlamat Tabung Haji untuk memperkasakan ekonomi umat Islam?
Menteri Kekanda yang menjaga segala Agama perlu jawab!
Posting 4
Dua minggu dulu, saya dedahkan bahawa Tabung Haji telah luluskan dan sedang jual 76.2% dari jumlah keluasan ladang sawit milik TH Plantations (THP)?
Tiga dari 14 syarikat terlibat yang diluluskan untuk dijual telahpun selesai dijual.
Oleh kerana Menteri Haji membisu, hari ini saya dedahkan lagi tentang penjualan pertama iaitu penjualan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MW) dengan jumlah keluasan tanah 6,514 hektar pada harga RM170 juta.
Penjualan ini selesai pada 5 Disember 2019 pada masa harga sawit belum memulih.
https://disclosure.bursamalaysia.com/F…/apbursaweb/download…
Kedua-dua syarikat itu dibeli dari syarikat bukan bumiputera pada Februari 2013 dengan harga RM264 juta.
THP memperluaskan tanaman sawit di atas tanah tersebut.
Pengeluaran Buah Tandan Segar pun naik setiap tahun:
2016 (BN) – 24,841 tan
2017 (BN) – 45,105 tan
2018 (PH) – 52,040 tan
Pendapatan serta KEUNTUNGAN syarikat juga meningkat setiap tahun (sehingga tahun 2018 apabila ianya rugi besar akibat dinilaikan semula oleh jurunilai baru dilantik PH.
Tanah tersebut berpotensi menghasilkan 160,360 tan Buah Tandan Segar setahun.
Ini bersamaan dengan pendapatan RM80.2 juta setahun jika harga Buah Tandan Segar ialah RM500 satu tan.
Oleh kerana pengeluaran dan keuntungan semakin meningkat, nilai syarikat-syarikat itu meningkat menjadi RM366.5 juta pada tahun 2017 seperti dinyatakan dalam laporan tahunan THP 2017.
Jurunilai THP selama ini ialah syarikat terkenal CH Williams Talhar & Wong.
Tapi mereka diganti oleh jurunilai baru pada tahun 2018 selepas PH ambil alih.
Jurunilai baru tukar dua andaian paling asas untuk menilai syarikat tersebut:
1. Nilai tanah selepas tempoh pajakan (leasehold) 60 tahun tamat diberi nilai sebagai sifar. Ini bermakna jurunilai membuat andaian bahawa tanah tersebut tidak akan disambung pajakan oleh kerajaan negeri.
2. Kadar diskaun (Discount rate) yang digunakan dalam cara penilaian Discounted Cash Flow (DCF) dinaikkan dari 9% menjadi 14%.
Siapa yang belajar akaun akan tahu bahawa Discount rate ini biasanya adalah sedikit lebih tinggi berbanding kadar faedah bank (6%) dan semakin tinggi discount rate, semakin rendah nilai aset tersebut.
Tidak dinyatakan kenapa discount rate yang digunakan dalam penilaian aset tiba-tiba dinaikkan begitu tinggi dari 9% ke 14%.
Akibat penukaran jurunilai dan andaian yang digunakan untuk menilai, harga buku dalam laporan tahunan THP 2018 jatuh dari RM366.5 juta menjadi RM122.4 juta.
Selepas itu, kedua-dua syarikat itu dijual pada harga RM170 juta pada Disember 2019.
Pembeli ialah syarikat bukan Bumiputera bernama Tamaco Resources di mana pengarah-pengarah dan pemilik saham adalah bernama Lim.
Oleh kerana harga yang dijual adalah lebih rendah berbanding harga pembelian pada tahun 2013 walaupun pengeluaran dan pendapatan semakin meningkat pantas, THP mencatat kerugian dengan penjualan ini.
Akhirnya, syarikat yang ada potensi mengeluarkan RM80.2 juta nilai buah tandan segar setahun dijual dengan harga RM170 juta pada masa harga sawit sedang memulih dan pengeluaran semakin meningkat.
Menteri Haji terus membisu.
Posting THP jual 76.2% ladang sawit mereka:

Dari FB Najib Razak




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/22/jual-aset-th-ada-ke-menteri-ph-kita-begitu-kecut-dan-tidak-bertanggungjawab-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Ladang Th 76 2 Peratus Pengeluaran Merosot Menteri Haji Masih Membisu

Jual Ladang Th 76 2 Peratus Pengeluaran Merosot Menteri Haji Masih Membisu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 265 hits
Menteri Haji masih membisu bidas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Demikian lontaran Najib di dalam Facebook berikutan penjualan ladang milik TH Plantations yang bersaiz 76 2 peratus dari asalnya 101 000 hektar ke ...
Tutup Perniagaan Mara Untuk Jual Aset

Tutup Perniagaan Mara Untuk Jual Aset

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 405 hits
oleh Ab Jalil Backer Cadangan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Hasnita Hashim untuk menutup kegiatan perniagaan dan pelaburan MARA adalah satu pengkhianatan kepada agenda pemerkasaan masyarakat Melayu dan Bumiputera Menurut FMT Hasnita dikata...
Kenapa Mujahid Kecut Nak Jawab Isu Thp Najib

Kenapa Mujahid Kecut Nak Jawab Isu Thp Najib

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 220 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum berpuas hati dengan sikap berdiam diri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof...
Tiba Tiba Menteri Ph Saman Menteri Ph Sindir Najib

Tiba Tiba Menteri Ph Saman Menteri Ph Sindir Najib

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 396 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Bakal PM ke 8 tak saman Yusoff Rawther Menteri Hotel Sandakan tak saman Haziq Tapi Menteri PH gi saman Menteri PH pulak komen sinis bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini telah mendapat lebih 1 300 rea...
Najib Tu Dah Macam Mantan Menteri Dan Mantan Pm Terjelepuk Apabila Menteri Belum Sepenggal Dah Basuhnya Cow

Najib Tu Dah Macam Mantan Menteri Dan Mantan Pm Terjelepuk Apabila Menteri Belum Sepenggal Dah Basuhnya Cow

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 351 hits
Najib jangan jadi murai tercabut ekor Aku belum pernah tengok mantan PM sebecok ini semua perkara nak di komen nya Cukuplah lokman adam tu sasau siang malam you jangan terikut ikut pulak Najib can i advise you something Something is better ...
Zaman Bn Th Jual Aset Kenapa Senyap

Zaman Bn Th Jual Aset Kenapa Senyap

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 314 hits
Via WhatsApp TH Indo Plantations di Indonesia dijual harga USD910 juta tahun 2012 TH jual kepada syarikat Indonesia PT Borneo Pacific Sehingga kini TH belum terima bayaran penuh dari PT Borneo Pacific Kerugian sebanyak USD18 2 juta atau bak...
Pakar Australia Periksa Dokumen Tandatangan Najib 10 Februari

Pakar Australia Periksa Dokumen Tandatangan Najib 10 Februari

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR 23 JAN Seorang pakar dari Australia yang dilantik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menganalisis tandatangan di 13 dokumen SRC International Sdn Bhd yang dipertikaikan dijangka dibuat pada minggu 10 Februari ini...
Rentasan Berita 629 Panas Cubaan Najib Bela Diri Diperli V Sithambaram

Rentasan Berita 629 Panas Cubaan Najib Bela Diri Diperli V Sithambaram

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 330 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 629 1 SAYA BUKANLAH BODOH SANGAT KATA NAJIB 2 KUOTA HAJI 45 000 DATANG DARI MANA 3 PERALIHAN KUASA MULUT TEMPAYAN BOLEH DITUTUP 4 PEMUDA PAS KATA PEMBERIAN KHAS RM50 000 UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT Layari Facebook kami unt...
Permohonan Najib Dapatkan Salinan Klip Audio Didengar 24 Februari

Permohonan Najib Dapatkan Salinan Klip Audio Didengar 24 Februari

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 238 hits
KUALA LUMPUR 23 JAN Mahkamah Tinggi menetapkan 24 Februari untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan dan memeriksa salinan rakaman audio perbualan yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord