Jps Keluarkan Notis 24jam Banjir Untuk 6 Negeri



JPS KELUARKAN NOTIS 24JAM BANJIR UNTUK 6 NEGERI. Makluman terbaru! Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), baru sahaja mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di seluruh negara.
Makluman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerana dirasakan kemungkinan besar banjir kilat akan melanda dalam kadar segera. Kerana kita masih di dalam situasi menghadapi monsun timur laut yang mana boleh mengakibatkan hujan lebat dan timbulnya banjir kilat di mana-mana tempat.
Sehubungan itu, diminta orang ramai untuk menyebarkan serta cakna akan maklumat yang dikeluarkan oleh pihak JPS. Sebarang kemungkinan melodi siap siaga kan dengan kadar segera agar dapat mengelakkan daripada timbulnya pelbagai musibah yang mana kita tidak semua ingini.
Sertai telegram informasi terkini dan pengumuman rasmi daripada kerajaan, orang ramai boleh sertai telegram yang Kami sediakan di bawah:

JPS KELUARKAN NOTIS 24JAM BANJIR UNTUK 6 NEGERI Rujuk Senarai Negeri Dan Daerah Yang JPS Keluarkan Notis Adalah dimaklumkan pihak JPS telah memaklumkan kepada orang ramai agar membuat persiapan yang siap siaga dalam menghadapi bencana banjir kilat yang boleh melanda bila-bila masa. Telah di senaraikan senarai negeri dan daerah yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak JPS, minta orang ramai untuk sebarkan dan cakna akan senarai yang dikeluarkan di bawah:
Johor kawasan berisiko terjejas ialah daerah Batu Pahat (Mukim Sungai Punggor, Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Medan serta kawasan sekitarnya) dan daerah Kota Tinggi (Mukim Sedili Besar serta kawasan sekitarnya).Bagi daerah Muar, (Mukim Sri Menanti, Mukim Ayer Hitam, Mukim Bandar, Mukim Jalan Bakri, Bandar Maharani serta kawasan sekitarnya) dan daerah Pontian (Mukim Rimba Terjun, Mukim Ayer Masin, Mukim Pontian, Mukim Ayer Baloi, Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan serta kawasan sekitarnya).
Melaka Daerah berisiko banjir kilat ialah di Melaka Tengah (Mukim Umbai, Mukim Telok Mas, Mukim Padang Temu, Mukim Alai, Mukim Ujong Pasir, Mukim Bukit Lintang, Mukim Padang Semabok, Mukim Duyong, Mukim Bukit Piatu, Mukim Bukit Katil, Mukim Bukit Rambai, Mukim Tangga Batu, Mukim Sungai Udang serta kawasan sekitarnya), sementara di daerah Jasin (Mukim Ayer Panas, Mukim Nyalas serta kawasan sekitarnya).
Pahang Negeri pahang membabitkan tiga daerah iaitu Temerloh (Mukim Perak, Mukim Jenderak, Mukim Bangau, Bandar Temerloh, Mukim Sanggang serta kawasan sekitarnya dan daerah Bera (Bandar Triang, Mukim Triang, Mukim Bera serta kawasan sekitarnya) manakala daerah Maran (Mukim Kertau dan Mukim Chenor serta kawasan sekitarnya).
Selangor Menuru JPS, kawasan berisiko ialah daerah Klang (Pekan Pandamaran, Bandar Klang, Mukim Kapar serta kawasan sekitarnya), daerah Petaling (Bandar Shah Alam, Pekan Batu Tiga, Mukim Damansara, Mukim Bukit Raja serta kawasan sekitarnya) serta daerah Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Pekan Bestari Jaya serta kawasan sekitarnya).
Negeri Sembilan membabitkan daerah Jelebu (Mukim Kenaboi, Mukim Ulu Klawang, Mukim Pertang serta kawasan sekitarnya), daerah Jempol (Mukim Serting Ulu, Mukim Serting Ilir, Pekan Batu Kikir serta kawasan sekitarnya) serta daerah Tampin (Mukim Gemas, Mukim Gemencheh serta kawasan sekitarnya).
Sarawak Bagi Negeri Sarawak ia meliputi Bahagian Kuching (Bandar Kuching serta kawasan sekitarnya) dan Bahagian Samarahan (Kg Mang, Kg Tanjung Bundong, Kg Empila, Kg Tanjung Parang, Kg Bangka Semong, Kg Nuip serta kawasan sekitarnya).
Menurut kenyataan JPS, jelas notis dikeluarkan berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, bahawa terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan. -Bernama
Monsun Timur Laut Landa Malaysia Apakah Itu Monsun Timur Laut? Monsun timur laut adalah jenis monsun yang terjadi di wilayah timur laut Asia, termasuk Jepun, Korea, dan timur laut China. Monsun ini dihasilkan oleh perbezaan suhu udara antara wilayah laut dan darat yang cukup besar, yang menyebabkan terjadinya angin monsun yang kuat dari arah timur laut. Monsun ini bertanggung jawab bagi hujan yang cukup besar di wilayah tersebut selama musim panas dan awal musim gugur.
Lakukan Persiapan Banjir Segera! Orang ramai boleh membuat persiapan untuk menghadapi banjir kilat yang boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja mengikut senarai enam negeri yang JPS ketengahkan.
 Ketahui kawasan yang terdedah kepada banjir di persekitaran sekitar dan elakkan membina rumah atau tempat kerja di kawasan tersebut.  Buat pelan pemindahan dan laluan pemindahan yang jelas, dan sediakan peralatan pemindahan seperti bot atau bot.  Simpan barang penting tinggi dan selamat, seperti dokumen penting, wang tunai dan ubat-ubatan.  Pastikan alat pemadam api dan sistem saliran berfungsi dengan baik.  Simpan simpanan air dan makanan untuk kegunaan semasa bencana.  Wujudkan perhubungan dengan pihak berkuasa dan organisasi alam sekitar tempatan untuk mendapatkan maklumat dan bantuan.  Maklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan untuk membuat persediaan juga.  Menjalankan penyelenggaraan rutin infrastruktur dan peralatan yang berkaitan dengan air seperti saluran air, empangan dll.  Lakukan pemantauan cuaca secara berkala dan ikuti amaran daripada pihak berkuasa. Orang ramai perlu mengikuti saranan dalam persediaan banjir untuk membuat kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir kilat. JPS KELUARKAN NOTIS 24JAM BANJIR UNTUK 6 NEGERI adalah perlu rakyat Malaysia awasi dan berwaspada,ini adalah kerana kita perlu menjaga diri serta keluarga dalam menghadapi musibah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/01/jps-keluarkan-notis-24jam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Terengganu Gesa Putrajaya Libatkan Kerajaan Negeri Dalam Pengagihan Bantuan Mangsa Banjir Rm50 Juta

Mb Terengganu Gesa Putrajaya Libatkan Kerajaan Negeri Dalam Pengagihan Bantuan Mangsa Banjir Rm50 Juta

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 99 hits
Foto Media MB TerengganuKeputusan kerajaan pusat untuk menyerahkan sepenuhnya tugas serta kaedah pengagihan bantuan banjir kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melibatkan agensi di bawah kerajaan negeri akan mewujudkan kelemahan sek...
Exco Terengganu Gesa Putrajaya Salur Terus Bantuan Banjir Rm50 Juta Kepada Kerajaan Negeri Bukan Kepada Jpp

Exco Terengganu Gesa Putrajaya Salur Terus Bantuan Banjir Rm50 Juta Kepada Kerajaan Negeri Bukan Kepada Jpp

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 95 hits
Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi menggesa bantuan banjir RM50 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disalurkan terus kepada pihaknya tanpa perlu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Exco Kebajikan Pemban...
Metmalaysia Banjir Di Tiga Negeri Makin Buruk Jumlah Mangsa Terus Meningkat

Metmalaysia Banjir Di Tiga Negeri Makin Buruk Jumlah Mangsa Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 193 hits
KUALA LUMPUR Banjir di tiga negeri makin buruk jumlah mangsa terus meningkat Keadaan banjir di tiga negeri iaitu Sabah Johor dan Pahang bertambah buruk berikutan hujan berterusan menyebabkan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke p...
Lebih 12 000 Mangsa Banjir 4 Negeri Berlindung Di 84 Pps

Lebih 12 000 Mangsa Banjir 4 Negeri Berlindung Di 84 Pps

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 136 hits
Di Johor jumlah mangsa kembali meningkat kepada 4 868 orang berbanding 4 575 malam tadi dengan Tangkak menjadi daerah kelapan dilanda banjir KUALA LUMPUR Seramai 12 090 mangsa banjir di empat negeri terjejas dengan bencana itu kini ditempat...
Hujan Berterusan Tahap Waspada Di 5 Negeri Hingga Rabu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Di 5 Negeri Hingga Rabu

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 238 hits
MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di Dungun dan Kemaman Terengganu serta di Kuantan Pekan dan Rompin Pahang selain di Johor Sabah dan Sarawak KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan taha...
Kerajaan Negeri Pahang Pamer Quot Senarai 29 Nama Datuk Dan Datuk Seri Palsu

Kerajaan Negeri Pahang Pamer Quot Senarai 29 Nama Datuk Dan Datuk Seri Palsu

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 93 hits
nbsp KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mengeluarkan notis awam menyenaraikan 29 nama Datuk dan Datuk Seri palsu susulan pemalsuan senarai nama penerima pingat daripada Sultan Pahang Notis awam itu menyenaraikan 29 nama individu terbabit yang t...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago