Metmalaysia Banjir Di Tiga Negeri Makin Buruk Jumlah Mangsa Terus Meningkat


 

KUALA LUMPUR - Banjir di tiga negeri makin buruk, jumlah mangsa terus meningkat Keadaan banjir di tiga negeri iaitu Sabah, Johor dan Pahang bertambah buruk berikutan hujan berterusan menyebabkan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), selain Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan keadaan hujan dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kudat, Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan pedalaman Sabah, selain di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat mendadak kepada 6,313 orang yang ditempatkan di 26 PPS di lima daerah setakat 8 pagi ini, berbanding 1,421 orang pada 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir teramai adalah di Kota Marudu dengan 4,784 orang daripada 1,731 keluarga yang berlindung di 11 PPS, manakala 761 orang (203 keluarga) dipindahkan ke tiga PPS di Kudat.
Selain itu, seramai 406 orang (162 keluarga) ditempatkan di empat PPS di Pitas, diikuti 344 orang (88 keluarga) di tujuh PPS di Paitan manakala Lahad Datu, yang menjadi daerah terbaharu dilanda banjir mencatatkan 18 mangsa (tiga keluarga) yang berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan.
Menurut kenyataan itu, 153 orang daripada 50 keluarga yang sebelum ini ditempatkan di PPS Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu dan Surau Kampung Sibuang telah diarah berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 2 kerana PPS asal berisiko banjir.
Di JOHOR, angka mangsa banjir di tujuh daerah iaitu Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing, Batu Pahat dan Muar, turut mencatatkan pertambahan kepada 5,455 orang melibatkan 55 PPS setakat 8 pagi ini, berbanding 5,000 orang yang direkodkan setakat 10 malam tadi.
Menurut JPBN negeri itu, Segamat terus mencatatkan angka tertinggi mangsa seramai 1,801 orang daripada 504 keluarga yang ditempatkan di 21 PPS, diikuti Kluang dengan 1,256 orang (353 keluarga) di 12 PPS dan Mersing 1,153 orang (347 keluarga) di tujuh PPS.
Di Kota Tinggi, seramai 738 orang (179 keluarga) dipindahkan ke tujuh PPS, Batu Pahat dengan 272 orang (74 keluarga) di empat PPS, Muar 217 orang (47 keluarga) di tiga PPS dan Pontian dengan 18 mangsa (empat keluarga) di satu PPS.
Sementara itu, paras air di tiga sungai di negeri itu melepasi paras bahaya iaitu Sungai Muar (di Muara Sungai Gemas) menunjukkan bacaan 19.29 meter (m), Sungai Kahang (di Kampung Contoh) (15.99 m) dan Sungai Endau (2.62 m).
Di PAHANG, mangsa banjir di Rompin yang ditempatkan di tiga PPS meningkat kepada 164 orang daripada 49 keluarga pagi ini, berbanding 138 mangsa daripada 42 keluarga malam tadi.
Sekretariat JPBN melaporkan PPS Kampung Setajam merekodkan mangsa paling ramai iaitu 117 orang diikuti PPS Balai Raya Bukit Lepas dengan 40 orang manakala baki tujuh mangsa berada di PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya.
Laman web portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Keratong di Rompin direkodkan pada aras 24.75 m pagi ini, melebihi aras bahaya 23 m yang ditetapkan manakala MetMalaysia pula meramalkan hujan di Rompin sepanjang hari ini.
Sementara itu, SARAWAK menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan dua PPS dibuka yang menempatkan seramai 53 mangsa daripada 16 keluarga berikutan hujan lebat di daerah Lundu dan Sematan lewat malam tadi.
Menurut JPBN, PPS berkenaan ialah SK Sebat dan Balai Raya Kampung Sebat Dayak, dengan masing-masing mencatatkan 39 dan 14 mangsa.
MetMalaysia turut meramalkan beberapa kawasan di Sarawak antaranya Kuching, Sri Aman, Betong, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang dijangka mengalami cuaca ribut petir pada sebelah petang dan malam ini. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2023/01/metmalaysia-banjir-di-tiga-negeri-makin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Mangsa Banjir Di Rompin Kekal 314 Orang Di Tiga Pps Setakat Pagi Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Rompin Kekal 314 Orang Di Tiga Pps Setakat Pagi Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 150 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di Rompin kekal 314 orang daripada 96 keluarga yang berada di tiga pusat pemindahan sementara setakat jam 8 pagi hari ini Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada jumlah itu seramai 165 mangsa...
Lebih 12 000 Mangsa Banjir 4 Negeri Berlindung Di 84 Pps

Lebih 12 000 Mangsa Banjir 4 Negeri Berlindung Di 84 Pps

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 184 hits
Di Johor jumlah mangsa kembali meningkat kepada 4 868 orang berbanding 4 575 malam tadi dengan Tangkak menjadi daerah kelapan dilanda banjir KUALA LUMPUR Seramai 12 090 mangsa banjir di empat negeri terjejas dengan bencana itu kini ditempat...
Mangsa Banjir Di Pahang Sabah Meningkat Johor Menurun

Mangsa Banjir Di Pahang Sabah Meningkat Johor Menurun

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 323 hits
Keadaan rumah penduduk Kampung Ongkilan yang masih digenangi air berikutan banjir yang melanda kampung tersebut KUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Sabah terus meningkat manakala di Johor menurun dan Sarawak kekal setakat 8 mala...
Exco Terengganu Gesa Putrajaya Salur Terus Bantuan Banjir Rm50 Juta Kepada Kerajaan Negeri Bukan Kepada Jpp

Exco Terengganu Gesa Putrajaya Salur Terus Bantuan Banjir Rm50 Juta Kepada Kerajaan Negeri Bukan Kepada Jpp

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 137 hits
Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi menggesa bantuan banjir RM50 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disalurkan terus kepada pihaknya tanpa perlu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Exco Kebajikan Pemban...
Mb Terengganu Gesa Putrajaya Libatkan Kerajaan Negeri Dalam Pengagihan Bantuan Mangsa Banjir Rm50 Juta

Mb Terengganu Gesa Putrajaya Libatkan Kerajaan Negeri Dalam Pengagihan Bantuan Mangsa Banjir Rm50 Juta

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 138 hits
Foto Media MB TerengganuKeputusan kerajaan pusat untuk menyerahkan sepenuhnya tugas serta kaedah pengagihan bantuan banjir kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melibatkan agensi di bawah kerajaan negeri akan mewujudkan kelemahan sek...
1 2 Juta Warga China Hilang Jangan Hairan Jumlah Meningkat Kepada 2 Juta 3 Tahun Lagi Ppim Samudera My 16 01 2023

1 2 Juta Warga China Hilang Jangan Hairan Jumlah Meningkat Kepada 2 Juta 3 Tahun Lagi Ppim Samudera My 16 01 2023

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 148 hits
PETALING JAYA 16 Januari 2023 Jika isu rakyat China hilang di Malaysia ini tidak dibendung jangan hairan 3 tahun akan datang jumlah yang hilang dah meningkat jadi 2 juta orang demikian kenyataan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia Ke...
Harga Minyak Meningkat Dan Rusia Membuat Pemindahan Laut Pada Jumlah Rekod

Harga Minyak Meningkat Dan Rusia Membuat Pemindahan Laut Pada Jumlah Rekod

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 140 hits
Minyak semakin meningkat dalam dagangan pada Khamis di tengah tengah jangkaan permintaan yang meningkat Pelonggaran beberapa sekatan kuarantin di China menjanjikan pemulihan pasaran dalam penggunaan tahun ini yang menyokong keyakinan umum d...
Jps Keluarkan Notis 24jam Banjir Untuk 6 Negeri

Jps Keluarkan Notis 24jam Banjir Untuk 6 Negeri

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 186 hits
JPS KELUARKAN NOTIS 24JAM BANJIR UNTUK 6 NEGERI Makluman terbaru Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Jabatan Pengairan dan Saliran baru sahaja mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri d...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Lelaki Bertenggek Di Atas Pencawang Elektrik

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25