Jordan Waspada Evolusi Luar Biasa Harimau Malaya


 
Kali terakhir dua pasukan itu bertembung pada perlawanan persahabatan 2021 menyaksikan Jordan menang 4-0. (Gambar Facebook Jordan FA)DOHA: Jordan tidak memandang rendah keupayaan Malaysia meskipun berada di kedudukan ranking dunia lebih tinggi iaitu ke-87 apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pertama Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub pada 1.30 pagi waktu Malaysia, 16 Jan.
Ketua jurulatih Jordan Hussein Ammouta, berkata perlawanan pembukaan adalah penting bagi semua pasukan dan pertemuan esok menentang Harimau Malaya dibimbing Kim Pan Gon dari Korea Selatan dijangka sukar.
Bagaimanapun, warga Maghribi berusia 54 tahun itu berkata fokus pasukannya ialah mengekalkan pertahanan yang kukuh bagi memastikan kutipan tiga mata.
“Kami sedar perlawanan ini tidak mudah, jadi mengekalkan konsentrasi penuh adalah penting. Kami mahu bermain dengan agresif dan memanfaatkan segala kekuatan kami di padang.
“Kami tidak memandang rendah mana-mana lawan, kami menghadapi setiap perlawanan dengan serius dan penuh tumpuan tanpa sebarang rasa angkuh. Objektif utama kami adalah untuk memastikan tiga mata dalam genggaman dan memulakan kejohanan ini dengan permulaan yang positif,” katanya pada sidang media praperlawanan.
Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia telah mengalami evolusi dengan para pemain yang luar biasa, justeru itu menjangkakan bahawa perlawanan antara kedua-dua pasukan adalah sengit dan mencabar.
Sementara itu, pemain pertahanan Jordan Ehsan Hadad berkata, pasukannya sudah bersedia untuk berdepan Malaysia selepas kem latihan produktif dan dua perlawanan persahabatan sebelum ini.
Hadad berkata, para pemain Jordan akan turun dengan penuh semangat dan berazam memberikan kemenangan yang mampu membuatkan penyokong mereka tersenyum.
“Jangkaan para penyokong Jordan adalah tinggi dan sewajarnya begitu. Kami menghargai sokongan mereka dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi impian mereka. Kem latihan sebelum ini penuh dengan sikap positif dan moral yang tinggi. Pengajaran yang kami dapat daripada dua perlawanan persahabatan sebelum ini sangat penting dalam menangani kesilapan kami.
“Meskipun sejarah adalah penting, fokus kami ialah pada ketika ini. Prestasi semua pasukan sentiasa meningkat termasuk Malaysia… meskipun pernah menang dua kali ketika menentang Malaysia, kami menjangkakan perlawanan yang sengit esok dan sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan cabaran itu,” kata pemain al-Faisaly itu yang berusia 29 tahun.
Untuk rekod, Malaysia yang berada di ranking ke-130 tidak pernah menang ke atas Jordan dalam lima perlawanan terakhir iaitu tiga kalah dan dua seri, dengan pertembungan terakhir pada 2021 menyaksikan pasukan dengan julukan ‘The Chivalrous Ones’ itu menang 4-0 dalam aksi persahabatan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/01/jordan-waspada-evolusi-luar-biasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggi Asid Folik Khasiat Luar Biasa Ibu Hamil Patut Ambil Labu Kuning

Tinggi Asid Folik Khasiat Luar Biasa Ibu Hamil Patut Ambil Labu Kuning

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 219 hits
Buah labu yang sering dijadikan bahan dalam kuah lemak dan juga kuih muih ini mempunyai khasiat yang cukup baik terutama bagi ibu hamil Jika anda kini sedang hamil jadikan buah labu antara buah kesukaan anda sepanjang hamil Ia mengandungi a...
Ombudsman Puji Kapolri Rekrut Penyandang Disabilitas Jadi Polisi Itu Luar Biasa

Ombudsman Puji Kapolri Rekrut Penyandang Disabilitas Jadi Polisi Itu Luar Biasa

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 272 hits
Menurutnya hal ini menjadi kepedulian dan keberpihakan Polri untuk memberikan ruang kesempatan untuk bekerja dan mengabdi sebagai anggota Polri
Harimau Malaya Jinak

Harimau Malaya Jinak

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 253 hits
Bersama Selangor FC dalam Liga Super 2023 Yazan Al Arab dan Noor Al Rawabdeh nampak biasa biasa sahaja tidak pun terlalu menonjol Malah Yazan digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti bola sepak di negara ini pada akhir musim lalu k...
Harimau Malaya Di Piala Asia Qatar 2023

Harimau Malaya Di Piala Asia Qatar 2023

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 323 hits
Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada 2024 ini Alhamdulillah Tahniah Untuk rekod kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Mal...
Anwar Ibrahim Titip Ucapan Perjuangan Buat Harimau Malaya

Anwar Ibrahim Titip Ucapan Perjuangan Buat Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 243 hits
Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim sempat menitipkan kata kata semangat buat pasukan Harimau Malaya yang bakal beraksi di Piala Asia 2023 Qatar Menerusi hantaran di Instagram rasmi miliknya beliau memb...
Daniel Ting Persaingan Dalam Harimau Malaya Pada Tahap Tinggi

Daniel Ting Persaingan Dalam Harimau Malaya Pada Tahap Tinggi

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 377 hits
Bek kiri Sabah FC Daniel Ting mengakui tahap persaingan dalam skuad Harimau Malaya ketika ini berada pada tahap yang berbeza Ini kerana 26 pemain yang dipilih Kim Pan gon untuk mewakili Malaysia ke Piala Asia 2023 merupakan pemain terbaik I
Last 16 Within Harimau Malaya S Grasp In Asian Cup

Last 16 Within Harimau Malaya S Grasp In Asian Cup

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 408 hits
Harimau Malaya seems to have wandered into virtually unchartered territory a part of the woods it has not been in since 1980 That tiger has evolved over four decades into a new fanged breed with diverse stripes a new appearance and a robust...
Suara Rakyat Sambutan Luar Biasa Program Jualan Rahmah Di Rantau Abang

Suara Rakyat Sambutan Luar Biasa Program Jualan Rahmah Di Rantau Abang

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 409 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum

Jalan Jalan Bandar Georgetown Chew Jetty

Genocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti Di Sebalik Tragedi

Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Lirik Lagu Sumud Nusantara Fetya

Usa89 10 July Usa89 Top 30 By Iris