Jomo Malaysia New Normal
Pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram berkata krisis politik yang berlaku di tanah air pada pertengahan bulan Februari telah membazirkan masa negara untuk bersiap sedia menghadapi penularan wabak Covid-19
"Saya berurusan dengan kerajaan sebelumnya (PH) dan dengan kerajaan sekarang (PN)
"Kerajaan sebelumnya telah berkomitmen untuk mempromosikan pelancongan (Tahun Melawat Malaysia 2020) dan ketika berita tentang wabak Covid-19 muncul, kerajaan sebelumnya tetap berkomitmen untuk membuka pintunya kepada pelancong dari seluruh dunia termasuk China
"Pada awal Februari, terdapat perubahan mengenai perkara ini. Saya ingin menekankan bahawa Kementerian Kesihatan sudah mula bercakap mengenai ujian pada 3 Januari tahun ini
"Kita (Malaysia) benar-benar cepat (dalam bertindak membendung Covid-19)," katanya pada sesi perbincangan atas talian di laman Youtube anjuran oleh The Oxford & Cambridge Society Malaysia malam tadi
Pakar ekonomi itu mengambil bahagian dalam sesi perbincangan berjudul 'Beyond Lockdown: Towards New Normal' bersama ahli akademik dari Kolej Tuanku Jaafar, Mark Disney dan Emma Davidson
Jomo merujuk kepada tempoh waktu pertengahan Februari ketika berlakunya penjajaran baru kekuasaan negara dengan keruntuhan pentadbiran PH yang memerintah kerajaan persekutuan selepas memenangi PRU14 pada Mei 2018
"Kita hilang (sekurang-kurang 3 minggu) kerana ketidakpastian dan kekurangan kepemimpinan. Dan yang lebih penting lagi, kekurangan sumber tambahan yang sangat diperlukan untuk membeli peralatan ujian
"Kita kehilangan tiga minggu di sana. Apa sahaja kemajuan yang kita ada dalam tindakan awal pada bulan Januari sebahagian besarnya hilang pada minggu-minggu ini
"Masalah ini membesar oleh kekurangan kompetensi beberapa menteri. Tetapi, perdana menteri (Muhyiddin Yassin) telah menyedari betapa seriusnya masalah ini dan bekerjasama rapat dengan Ketua Pengarah KKM (Dr Noor Hisham Abdullah) dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut," katanya
Untuk rekod, kerajaan PH dibentuk selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018 tetapi dalam masa kurang dari dua tahun, pentadbiran itu runtuh dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kekuasaan negara pada hujung Februari 2020
Kerajaan PN hasil ikatan kerjasama antara BN, PAS, Bersatu, GPS dan beberapa bekas pemimpin PKR
Pada 1 Mac, Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan selepas membuat gabungan baru bersama BN, PAS, dan GPS dikenali sebagai Perikatan Nasional
Tak dapat kembali niaga macam biasa
Sementara itu, Jomo yang juga bekas anggota majlis penasihat kerajaan PH berkata beliau tidak menolak kemungkinan Malaysia bakal menghadapi banyak 'new normal' (kebiasaan baru) dalam kehidupan selepas krisis Covid-19
Jelasnya, perniagaan tidak akan dapat kembali beroperasi 'seperti sediakala' dengan segera
Menurut Jomo lagi, penjarakkan sosial akan menjadi satu elemen penting dalam kehidupan harian masyarakat
"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kita tidak akan dapat kembali 'berniaga' (kehidupan) seperti biasa. Ini bukan krisis kewangan baru-baru ini sehingga kita kembali berniaga seperti biasa
"Apa yang kita lihat adalah apa yang orang gemar memanggilnya 'new normal', saya tidak pasti ia akan menjadi satu normal baru sahaja. Tetapi (akan ada) banyak 'new normal'," katanya
Menjawab soalan bagaimana kehidupan rakyat Malaysia selepas krisis Covid-19, beliau menjelaskan asas cara hidup akan senantiasa berevolusi
"Bukan sahaja sebagai tindak balas terhadap cabaran baru tetapi juga dari segi usaha untuk menyesuaikan jarak fizikal yang semakin meningkat menjadi bahagian kehidupan yang sangat penting
"Kita harus menyedari betapa pentingnya penjarakkan fizikal sebagai langkah berjaga-jaga dan tanggungjawab kita semua. Asas cara hidup akan berubah
"Idea untuk tidak kembali ke hari raya dan memeluk datuk dan nenek anda. Dan ini tidak mudah untuk diamalkan, inilah sebabnya saya bimbang semasa kita membahaskan mengenai sama ada perlunya PKP diteruskan atau tidak, kuncinya yang lebih penting mendidik masyarakat tentang bahaya yang mereka hadapi," katanya
Malaysiakini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2020/04/jomo-malaysia-new-normal.html