Jom Sihat Dan Cergas Bersama Guardian Malaysia X Joanna Soh Ready Set Glow
JOM SIHAT DAN CERGAS BERSAMA GUARDIAN MALAYSIA x JOANNA SOH READY SET GLOW - Assalamualaikum semua ! Selamat sejahtera. Waduh-waduh rata-rata ramai ya, nak kurus azam tahun ni 2019 ! Mummy pun sama jugak lah nak juga kurus dan sihat ! Kurus sahaja tapi tak sihat, tak ada gunanya jugakan. Sebut tentang kurus, mummy ni kekadang tak ada masa nak bersenam. Kerja keluar pepagi, urus anak, urus itu ini. Balik kerja dah dekat malam serta banyak urusan selepas kerja nak buat. Huhuhu. Sangkaan mummy sebenarnya tak betul, sebenarnya nak bersenam ni. Di mana-mana pun boleh. Tak percaya? ha...baru-baru ni mummy 'follow' JOM SIHAT DAN CERGAS BERSAMA GUARDIAN MALAYSIA x JOANNA SOH READY SET GLOW. Ya Allah, dalam kereta, di tempat kerja dan di dapur pun kita boleh melalakukan senaman rupanya !
JOM SIHAT DAN CERGAS BERSAMA GUARDIAN MALAYSIA x JOANNA SOH READY SET GLOW
Mummy pun, setiap hari melalui jalan sesak setiap pagi dan petang. Bosan kekadang tu hadap traffic jem ! Korang ada yang sama pengalaman macam mummy tak ? Kalau ada, boleh lah korang buat senaman ringkas sewaktu jalan jem. Semua video senaman ringan sewaktu dalam kereta, korang boleh saksikan di Facebook dan Instagram Guardian Malaysia.
SENAMAN RINGKAS GUARDIAN MALAYSIA x JOANNA SOH READY SET GLOW
Dengan Ilham yang terbit daripada azam tahun baru untuk memastikan rakyat Malaysia lebih sihat dan lebih baik, GUARDIAN MALAYSIA membuka tirai 2019 dengan inisiatif Kecantikan Sihat unik yang dikenali sebagai “READY SET GLOW”.
“Kempen ‘READY SET GLOW’ bulan ini merupakan satu lagi kempen yang mengukuhkan reputasi Guardian selaku pakar dalam Kecantikan Sihat dimana kami membantu para pelanggan untuk kekal sihat secara dalaman dan tampil menawan secara luaran dengan tawaran-tawaran hebat produk kami,” kata Mr DY Cho, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty.
“Untuk Kempen Ready, Set, Glow ini, kami berkolaborasi dengan selebriti kecergasan Youtube Nombor 1 di Asia, Joanna Soh untuk menghasilkan satu siri latihan ringkas untuk membantu dan menyuntik semangat kepada rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat kecantikan dan kesihatan mereka tahun ini,” jelas Cho lagi.
Bersama-sama Joanna, Guardian menggalakkan rakyat Malaysia untuk Sertai Skuad Glow dan menjadi sebahagian daripada inisiatif nasional ini, untuk melihat dan mengaplikasi tutorial latihan ini di dalam kehidupan harian.
Video-video tersebut adalah tiga video latihan yang cukup ringkas dimana orang ramai boleh mengamalkannya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka untuk mencapai GLOW yang lebih sihat pada tahun 2019.
Di penghujung video-video tersebut terdapat promosi-promosi produk istimewa dimana penonton boleh membuat rakaman skrin (screenshot) baucer elektronik itu untuk menebusnya. Ini termasuk potongan RM5 untuk Good Morning V-Grains tin 2.5kg , potongan RM5 untuk 2 unit Sarang Burung Snow Lotus Kinohimitsu dan Kita Beauty pada harga istimewa RM28.80 untuk rangkaian 10 paket 6g.
Sebaik sahaja anda menjadi sebahagian daripada Skuad Glow Guardian, Guardian akan mempunyai senarai semak mingguan pada halaman Facebook dan Instagram Guardian Malaysia bagi memastikan anda kekal bermotivasi pada kemajuan anda.
Di samping itu, Guardian juga menawarkan banyak promosi menarik daripada pelbagai rangkaian produk pada harga hebat untuk kecantikan sihat pelanggannya.
Antara promosi-promosi utama termasuk:
1. Satu set hadiah Tahun Baru Cina daripada Brand’s Essence, Royal Bird’s Nest, Kinohimitsu Bird’s Nest dan banyak lagi, yang sesuai untuk dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan di musim perayaan.
2. Potongan sehingga 50% untuk produk-produk Kosmetik & Wangian sepanjang Promosi Kecantikan.
3. Masker Muka PERCUMA untuk pembelian mana-mana Pencuci Muka bernilai RM25 dan ke atas sepanjang Promosi Pencuci Muka.
4. Sebuah Pembakar Roti Phyliss PERCUMA untuk pembelian mana-mana produk daripada rangkaian barangan Penjagaan Diri sebanyak RM128 dan ke atas sepanjang Promosi Penjagaan Diri.
Jadi, READY SET GLOW dengan Guardian di tahun baru ini. Tidak kira di mana anda berada dan apa jua yang anda perlukan, Guardian memiliki stor-stor yang boleh menawarkan anda segala keperluan untuk terus sihat dan cantik berseri.
Selanjutnya, boleh layari :
Website : https://guardian.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/guardianmalaysia/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/01/jom-sihat-dan-cergas-bersama-guardian-joanna-soh-ready-set-glow.html