Analisis Karya Tersiar Dalam Berita Harian Dan Mingguan Malaysia Tahun 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


#HEBAHANKARYAMHA yang saya mulakan telah sampai ke penghujungnya. Pada tahun 2018 menyaksikan 52 buah cerpen disiarkan dalam akhbar BH dan 51 buah cerpen disiarkan dalam akhbar MM: (Senarai Cerpen yang Disiarkan dalam Akhbar; Berita Harian dan Mingguan Malaysia). 
Manakala 164 buah puisi disiarkan dalam akhbar BH dan 265 buah puisi disiarkan dalam akhbar MM (Senarai Puisi yang Disiarkan dalam Akhbar; Berita Harian dan Mingguan Malaysia). 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang setia mengikuti siri hebahan ini.
Hasil analisis saya - kekerapan karya bagi cerpen setiap penulis yang disiarkan sepanjang tahun 2018:

BERITA HARIAN
1. Zainal Rashid Ahmad – 5
2. Lokman Hakim – 4
3. Ashraf Adrutdin – 2
4. Nurimas SN – 2
5. Mana Sikana – 2
6. Clayton Robert – 2
7. Roslan Jomel – 2
8. Nordin Saad – 2
9. S.M Zakir – 2
10. Mawar Safei – 2
11. Husna Nazri – 2

MINGGUAN MALAYSIA 
1. Lokman Hakim – 3
2. Zainal Rashid Ahmad – 3 3.  Husna Nazri – 3  4. Abdullah Hussaini – 2  5. M. Ghazali – 2
6. Ekhwan Rusli – 2 
Pada tahun 2018, ruangan cerpen BH dimonopoli oleh Zainal Rashid Ahmad kerana sebanyak lima (5) buah cerpennya disiarkan dalam BH, manakala disaing hebat oleh Lokman Hakim sebanyak empat (4) buah cerpen yang disiarkan. Di samping itu, sekurang-kurangnya dua (2) buah cerpen oleh penulis yang tersiar ialah Ashraf Adrutdin, Nurimas SN, Mana Sikana, Clayton Robert, Roslan Jomel, Nordin Saad, S.M Zakir, Mawar Safei dan Husna Nazri. Selebihnya, sebuah cerpen bagi seorang penulis. Boleh rujuk senarai cerpen yang dikongsikan. 
Begitu jugalah dengan ruangan cerpen MM apabila karya Lokman Hakim, Zainal Rashid Ahmad  tersiar sebanyak tiga buah dan disaing oleh Husna Nazri, juga dengan tiga buah cerpennya. Selebihnya, dua dan satu.
Kekerapan karya bagi puisi setiap penulis yang disiarkan pada tahun 2018:

BERITA HARIAN 
1. M. Asri Anwar – 6
2. Abizai – 6
3. Marsli NO – 6
4. Rasydan Fitri – 6
5. Shapiai Mohd Ramly – 6
6. Za’im Yusoff – 5
7. Zain Idris At Tobiari – 5
8. Baharuddin Sairi – 4
9. Ramlan Abdul Wahab – 4
10. NR Rahim – 3
11. Ismail Hashim – 3
12. Abdullah Hussaini – 3
13. Rosli K Matari – 3
14. Ariff Mustaffa Hamzah – 2
15. Fitri A Bakar – 2
16. Marhan SR – 2
17. Jelison Jupin – 2
18. Zaen Kasturi – 2
19. Lee Keok Chih – 2
20. Ratna Laila Shahidin – 2
21. Rodiah Hj. Said – 2
22. Faisal Mat Zawi – 2
23. Ogiey Wagiman – 2
24. Azizah Supardi – 2
25. Raden Qurratu'Aini – 2
26. Kamal Sujak – 2
27. AB Nurmala – 2
28. Sulaiman – 2
29. W.B. Rendra – 2
30. Umbra FT Penumbra – 2
31. Hilmi Rindu – 2
32. Gabriel Kimjuan – 2
33. Nurimas SN – 2
34. Pui Wen Hang – 2
35. Ainunl Muaiyanah Sulaiman – 2
36. Lara MN – 2

MINGGUAN MALAYSIA 
1. Shapiai Mohd Ramly – 7
2. Mamu MK Hasny – 7
3. Ridzuan Kamis – 6
4. Solihin Osman - 6
5. Azaika SR – 6
6. Ramlan Abdul Wahab – 6
7. Chai Loon Guan – 6
8. Marsli NO – 5
9. Ami Masra – 5
10. Sujata Wee – 5
11. Hilmi Rindu – 5
12. Mohd Noh Mohamed – 5
13. Abizai – 5
14. Aladin Mohamad – 5
15. Wanrazuhar – 4
16. Mustaffa Siraj – 4
17. Nazri Hussein – 4
18. Oui Bin Sal – 4
19. Noor Izam – 4
20. Pauzi Mohd Isa – 4
21. Abdullah AR – 3
22. Abham T.R – 3
23. A. Aziz Deraman – 3
24. Abd Rahim Omar – 3
25. Nordin Saad – 3
26. Jelison Jupin – 3
27. M Syazwi – 3
28. Ehsan Jamily – 3
29. Ismail Hashim – 3
30. Nurimas SN – 3
31. DJ Dolasoh – 3
32. W.B. Rendra – 3
33. Mustanir Yusuf – 3
34. Muzaf Ahmad – 2
35. Wardah Puteh – 2
36. Hamizun Syah – 2
37. Edin Hud Hud – 2
38. Firdhaus Hassan - 2
39. Amirah Syazwani – 2
40. Nazri Sham – 2
41. Mohamad Abdullah - 2
42. Ibnu Din Assingkiri – 2
43. Abdul Hadi Yusoff – 2
44. Raja Yusoff Ariffin – 2
45. Ahmad Firdaus – 2
46. Z.O Daulae – 2
47. Dr. Husin – 2
48. Awang Sariyan – 2
49. Emra – 2
50. Syukri Naim – 2
51. Iwan Reaz – 2
52. Roslan Madun – 2
53. Hasyuda Abadi – 2
54. Mohd Khatim Othman – 2
55. Ezani Haji Daud – 2
56. Lara MN – 2

Pada tahun 2018, menyaksikan ruangan puisi BH dimonopoli oleh beberapa orang penulis termasuk M. Asri Anwar, Abizai, Marsli NO, Rasydan Fitri, Shapiai Mohd Ramly, Za’im Yusoff dan Zain Idris At Tobiari. Masing-masing dengan enam (6) buah puisi dan lima (5) buah puisi yang tersiar. Selebihnya, empat, tiga, dua dan satu. 
Manakala ruangan puisi MM menyaksikan dua orang penulis sebanyak tujuh (7) buah puisi tersiar iaitu Shapiai Mohd Ramly dan Mamu MK Hasny. Sementara itu, Ridzuan Kamis, Solihin Osman, Azaika SR, Ramlan Abdul Wahab dan Chai Loon Guan masing-masing dengan enam (6) buah puisi. Selebihnya, lima, empat, tiga, dua dan satu. 
Pada tahun 2018 juga berlaku kesilapan atau keciciran apabila sebuah cerpen dalam MM disiarkan berulang. Begitu juga dengan puisi dalam BH dan MM yang disiarkan berulang. Selain itu, berlakunya karya yang tersiar tanPa nama dan tersilap gambar penulis. Oleh hal yang demikian, diharapkan pada tahun 2019, pengurusan karya oleh editor BH dan MM diharapkan lebih sistematik agar perkara ini tidak berulang lagi. 

Analisis karya tersiar dalam Berita Harian dan Mingguan Malaysia tahun 2018 ini sebagai pelaporan dan dokumentasi sahaja. Daripada analisis ini dapat diperhatikan penulis yang prolifik menghasilkan karya, selain dapat meninjau kemunculan penulis baharu. 

Saya percaya, editor telah menjalankan tugasnya sehabis baik terutama membuat penggiliran penulis agar peluang penulis karyanya disiarkan dalam akhbar BH dan MM seimbang tanpa kronisme. Berkaitan kualiti karya yang dipilih pula, ada karya yang bermutu dan sederhana. 

Rungutan-rungutan daripada penulis berkaitan kualiti karya yang tersiar itu bukanlah sebagai kritikan negatif sebaliknya boleh diambil untuk memastikan hanya karya yang terbaik sahaja mengisi ruangan kreatif akhbar tanah air.  

Kepada penulis pula, sokonglah akhbar tempatan dengan membelinya walaupun karya kita tidak tersiar. Selain itu, dapat juga membaca karya rakan penulis. Di samping, maklumat berkaitan penghantaran karya sekiranya berlaku pertukaran e-mel editor, dapat diketahui. Elakkan daripada meminta-minta, lebihkan kepada memberi. 
Teruslah berkarya!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mieadham86.blogspot.com/2018/12/analisis-karya-tersiar-dalam-berita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerbitan Karya Eceran Buku Dan Antologi Tahun 2018

Penerbitan Karya Eceran Buku Dan Antologi Tahun 2018

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 349 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Menuju ke penghujung tahun selalunya saya akan merekodkan karya saya yang tersiar dan diterbitkan secara eceran buku mahupun antologi Rekod ini sebagai dokumentasi untuk rujukan sendiri Pada tahun ini m...
5 Artis Malaysia Berpakaian Panas Yang Tular Di Tahun 2018

5 Artis Malaysia Berpakaian Panas Yang Tular Di Tahun 2018

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 1028 hits
Tak terasa ya pada ketika ini kita sudah memasuki akhir tahun 2018 bila diimbas kembali berbagai hal yang berhubungan dengan kehidupan selebriti sering mencuri perhatian netizen Dari kerjaya sehinggalah kisah cinta menjadi bualan hangat net...
10 Si Comel Selebriti Malaysia Lahir Tahun 2018 Yang Akhir Itu Anak Dah Masuk Lima Tapi Mantain Nampak Muda Remaja

10 Si Comel Selebriti Malaysia Lahir Tahun 2018 Yang Akhir Itu Anak Dah Masuk Lima Tapi Mantain Nampak Muda Remaja

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 469 hits
SEPANJANG 2018 industri hiburan tanah air menyaksikan ramai pasangan selebriti popular dikurniakan cahaya mata sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga yang dibina Paling mencuri perhatian peminat pastinya berita kelahiran bayi...
Penghujung Tahun 2018 Anies Lantik 3 Kepala Dinas Baru

Penghujung Tahun 2018 Anies Lantik 3 Kepala Dinas Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 209 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan melantik pejabat eselon II atau jabatan pimpinan tinggi pratama Senin Ketiga pejabat yang dilantik tersebut merupakan hasil lelang jabatan
Laporan Truecaller Menunjukkan Jumlah Panggilan Spam Telah Meningkat Sebanyak 300 Kali Pada Tahun 2018

Laporan Truecaller Menunjukkan Jumlah Panggilan Spam Telah Meningkat Sebanyak 300 Kali Pada Tahun 2018

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 246 hits
Aplikasi saringan panggilan spam Truecaller ialah sebuah aplikasi yang memberitahu anda jika nombor yang tidak dikenali yang sedang memanggil anda ialah nombor talian spam ataupun tidak Baru baru ini Truecaller baru sahaja melaporkan bahawa...
Debaran Semakan Upkk Tahun 2018

Debaran Semakan Upkk Tahun 2018

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 399 hits
Petang semalam Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa Tahun 2018 dah keluar tapi baru pagi aku tengok keputusannya Ketika orang lain sibuk mengumumkan keputusan anak anak di media sosial tapi aku diam menyendiri Bukan kerana tak ambil peduli ...
Mfl Keluarkan Kalendar Liga Malaysia Untuk Tahun 2019 Dan 2020

Mfl Keluarkan Kalendar Liga Malaysia Untuk Tahun 2019 Dan 2020

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 908 hits
Musim baharu saingan Liga Malaysia akan membuka tirainya pada bulan Februari 2019 dengan perlawanan Piala Sumbangsih dijadualkan berlangsung pada 2 Februari 2019 menurut kalendar yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League pada hari ini...
Fattah Amin Diiktiraf Lelaki Paling Seksi Malaysia 2018

Fattah Amin Diiktiraf Lelaki Paling Seksi Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 1996 hits
Pelakon Fattah Amin diiktiraf sebagai lelaki paling seksi di Malaysia 2018 apabila menjadi satu satunya selebriti tunggal dari Malaysia yang tersenarai dalam 100 lelaki Paling Seksi Dunia 2018 menurut laman web Starmometer
Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Filem Reversi

Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

K Speed Strikes Again With A Menacing Honda Dax Caf Racer



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Klia Shooting Malaysia Airports Honours Security Personnel

Rm80mil Allocated For National Heart Centre In Sabah

Changing From Sweet To Less Sweet To Finally Unsweetened

Kad Hari Raya Koleksi Idea Dan Rekabentuk Menarik

Masum 2024 Senarai Sukan Dan Tarikh Pertandingan

Tanda Tanda Kolesterol Tinggi Dan Cara Cara Mengurangkan Kolesterol Ke Paras Normal