Jom Masak Lauk Tanpa Santan Pulak Resipi Mudah Variasi Stew Lazat


Stew yang dimakan panas-panas memang merangsang selera. Lebih menyelerakan bila dihidang bersama roti.
Asyik makan lauk bersantan, nanti terlebih kolestrol pulak. Jom masak stew pulak ada kelainan bila dihidang pada tetamu yang berkunjung ke rumah. Chef Shahril Hj Mohd Sharip dan Chef Zul Azuwar sudi berkongsi 5 jenis stew enak dengan RASA.
1. STEW SAYURAN

BAHAN-BAHAN :
100gm lobak merah | dipotong kiub100gm ubi kentang | dipotong kiub100gm batang saderi | dipotong sederhana kecil60gm cendawan shiitake2 biji bawang merah besar | dipotong kiub6 ulas bawang putih | dicincang120gm halia | dimayang4 sudu makan sos tiram1 biji telurSedikit tepung jagung | dilarutkan dalam air1 sudu teh minyak bijanGaram secukup rasaSedikit perasaMinyak masak secukupnya untuk menumisAir secukupnyaCARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.Masukkan ubi kentang dan lobak merah dan diikuti semua bahan sayuran bila kentang dan lobak merah sudah empuk sedikit. Campur sos tiram garam dan perasaPekatkan sup dengan tepung jagung, tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan.Padamkan api dan titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.Saiz hidangan     : 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak    : Tumis dan reneh
Jenis masakan     : Lauk utama, stew
Keistimewaan     : Sup sayuran sesuai untuk mereka yang tidak menggemari daging 
INFO CHEF : Lebih sesuai untuk sayur-sayuran berserat dan bertekstur keras.
2. STEW DAGING

 BAHAN-BAHAN :
500gm daging kiub (import) | rebus hingga lembut100gm ubi kentang | dipotong kiub100gm lobak merah | dipotong kiub100gm batang saderi | dipotong kecil60gm cendawan hitam2 biji bawang merah besar | dipotong kiub6 ulas bawang putih | dicincang120gm halia | dimayang4 sudu makan sos tiram2 sudu makan kicap pekatSedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air1 sudu teh minyak bijanGaram secukup rasaGula secukup rasaSedikit serbuk perasa | jika sukaMinyak masak secukupnya untuk menumisAir rebusan daging dan air secukupnyaCARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang sehingga naik bau dan masukkan daging serta air rebusan daging dan air secukupnya.Masukkan kentang dan lobak merah dan masak hingga empuk sedikit . Kemudian masukkann cendawan dan saderi.Kemudian masukkan sos tiram,kicap pekat , garam, sedikit gula dan perasaPekatkan sup dengan tepung jagung yang dicampur sedikit air. Biarkan mereneh.Titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.Saiz hidangan     : 5 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak    : Tumis dan reneh
Jenis masakan     : Lauk utama, stew
Keistimewaan     : Bila direneh lama, jus daging yang manis meresap dalam stew 
INFO CHEF : Gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang untuk mempercepatkan tempoh memasak.
3. STEW TAU FOO MERAH 

BAHAN-BAHAN : 
5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung2 batang saderi1 peket sayur campuran2 biji bawang merah besar | dipotong kiub6 ulas bawang putih | dicincang120gm halia | dimayang4 sudu makan sos tiramSedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air1 biji telurGaram secukup rasaGula secukup rasaSedikit serbuk perasaMinyak masak secukupnyaAir secukupnyaCARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekasTitiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.Saiz hidangan     : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak    : Tumis dan reneh
Jenis masakan     : Lauk utama, stew
Keistimewaan     : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging  
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah bersahur jika anda tidak mahukan juadah yang berat atau berasaskan daging.
4. STEW AYAM SHIITAKE. 

BAHAN-BAHAN : 
500gm isi ayam | dipotong kiub2 batang saderi30gm cendawan shiitake | direndam2 biji bawang merah besar | dipotong kiub6 ulas bawang putih | dicincang120gm halia | dimayang4 sudu makan sos tiram2 sudu makan cili gilingSedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air1 sudu teh minyak bijan1 biji telurGaram secukup rasaGula secukup rasaSedikit serbuk perasa1 sudu teh minyak bijan1 biji telurGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnya untuk menumisAir secukupnyaCARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.Masukkan isi ayam biar empuk sedikit dan masukkan cendawan dan batang saderi. Campurkan cili giling, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa.Biarkan mendidihPekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan..Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dinikmati.Saiz hidangan     : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak    : Tumis dan reneh
Jenis masakan     : Lauk utama, stew
Keistimewaan     : Gabungan ayam dan cendawan sedap dimakan panas dan amat enak.   
INFO CHEF ; Boleh ditambahkan pelbagai sayuran lain untuk lebih berkhasiat dan lebih sedap.
5. STEW UDANG TAUCHOO.

BAHAN-BAHAN :
500gm isi udang2 batang saderi | dipotong pendek30gm cendawan shiitake | direndam dan dihiris2 biji bawang merah besar | dipotong kiub6 ulas bawang putih | dimayang4 sudu makan sos tiram2 sudu makan cili giling3 sudu makan tauchooSedikit tepung jagung | dicairkan dengan sedikit air1 sudu teh minyak bijan1 biji telurGaram dan gula secukup rasaSedikit serbuk perasaMinyak masak secukupnya untuk menumisAir secukupnyaCARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya.Masukkan isi udang, cendawan, saderi. Campurkan cili giling,tauchoo, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa . Biarkan mendidihPekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Masukkan telur dan kacau perlahan.Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dihidang.Saiz hidangan     : 5 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak    : Tumis dan reneh
Jenis masakan     : Lauk utama, stew
Keistimewaan     : Penggunaan tauchoo ke dalam stew udang beri keistimewaan rasa
INFO CHEF : Kurangkan penggunaan garam kerana tauchoo sudah memberikan rasa masin.
RESIPI : CHEF SHAHRIL HJ MOHD SHARIP, Consultant Network & CHEF ZUL AZUWAR, A & Z 71 Catering & Event


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/jom-masak-lauk-tanpa-santan-pulak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Daging Masak Merah Ala Kedai Tomyam Mudah Je Rupanya

Resipi Daging Masak Merah Ala Kedai Tomyam Mudah Je Rupanya

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 305 hits
Idea masakan ringkas dan mudah yang anda boleh cuba masak untuk keluarga di hujung minggu Mudah rupanya nak hasilkan hidangan Daging Masak Merah macam yang selalu kita pesan dekat kedai tu Resipi perkongsian dari saudari Zetty Azikin ni mem...
3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu Air Tangan Nor Haini Mamat

3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu Air Tangan Nor Haini Mamat

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 890 hits
Sajian masakan Terengganu asli bukan semua yang handal membuatnya Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara ia cukup terkenal dengan menu nasi dagan...
Resipi Daging Masak Merah

Resipi Daging Masak Merah

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 375 hits
Assalamualaikum semua Raya korban ni mesti banyak daging yang korang dapat kan Saya terbaca satu ni Rasa nak cuba la Tapi kita simpan dulu la resepi ni kat blog Korang jangan lupa cuba tau Jom layan resepi daging masak merah ni Resepi ni sa...
Rendang Tok Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips

Rendang Tok Masak Dengan Mudah Bersama Periuk Philips

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 451 hits
Tak sangka aku dapat periuk philips secara percuma Tak sia sia lah aku berblog selama ini Kerajinan aku mengupdated blog selama ini akhirnya berbaloi baloi Sungguh mengujakan bagi aku yang tak pandai masak ni Tapi aku sangat suka memasak ma...
Resepi Agar Agar Santan Pandan Paling Mudah

Resepi Agar Agar Santan Pandan Paling Mudah

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 824 hits
Resepi Agar Agar Santan Pandan Agar agar atau dipanggil lengkung dalam sesetengah tempat merupakan dessert yang paling digemari kerana mudah nak buat dan murah pulak tu Jikalau dulu bonda saya akan buat lengkung sirap bila ada majlis yasina...
Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

Resepi Mee Goreng Daging Simple Sedap Dan Mudah Di Masak

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 456 hits
Sesekali bila malas nak masak lauk pauk dan nak berubah selera dari asyik makan nasi aje idea yang ada dalam kepala saya adalah mee goreng Hidangan yang cukup simple dan mudah nak di masak dan bila bila pun boleh dimakan tak The post appear...
Masak Sup Ayam Sedap Dan Mudah

Masak Sup Ayam Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 476 hits
Resepi sup ayam sedap Cara memasak sup ayam simple dan sangat senang Paha ayam masak apa sedap Semestinya sup Anak anak saya amat sukakan sup ayam Cepat je nasi habis siap hirup sup lagi Bahan bahan untuk membuat sup ayam antaranya ayam baw...
Cara Masak Nasi Kukus Ala Gerai Mudah Cepat Masak Tak Berkerak

Cara Masak Nasi Kukus Ala Gerai Mudah Cepat Masak Tak Berkerak

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 524 hits
Nasi kukus memang enak Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan Lebih lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai ayam goreng berempah panas serta sambal Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni bolehlah guna teknik serta sukatan...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin