Jom Beli Pakaian Raya 2022 Sedondon Di Pusat Pakaian Hari Hari
Tahun ni kami sekali lagi berbelanja sakan baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari selepas wife cakap dia baca good testimoni kat Pusat Pakaian Hari-Hari. So, kami decide untuk beli je set Baju Melayu Abe & Ean. Lagipun hasil survey, ada banyak kedai Pusat Pakaian Hari-Hari yg berdekatan dengan rumah kami kat Putrajaya ni. Raya tetap raya, kami sebagai ibubapa kena create moment yg menarik untuk anak-anak.
Harga & kualiti baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari
Sebab murah, mudah dan antara faktor terpenting kami berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari ni adalah semua benda yang kita nak beli ada. Tak perlu nak pening kepala masuk kedai keluar kedai yang lain.
Kualiti pakaian yang dijual kat sini pun baik. Kain tebal dan sejuk. EanRifqee dan DianMikayla jenis budak yang kuat berpeluh, so kami amat berhati-hati dalam memilih material kain untuk dia. Alhamdulillah, kualiti kain baju dan seluar kat sini memenuhi citarasa kami.
Staf yang mesra
Abe bawak sekali si EanRifqee dan DianMikayla tu masa gi shopping, senang boleh test saiz terus. takyah la dua tiga kali nak kena gi tukar saiz kalau salah pilih saiz. Service kakitangan kat sini memang terbaik. Once kita tanya, dorang akan terus bagi layanan mesra bantu kita untuk cari saiz. Semua promoter berikan layanan mesra sepanjang kami mencari baju raya.
Apa yang ada di Pusat Pakaian Hari Hari?
Harga memang murah di sini. Korang tengok je promo iklan yang dorang buat untuk promosi kali ni. Cute je model masing-masing pakai baju raya pelbagai warna. Maksudnya jenis baju atau warna yang dicari memang ada dijual di sini. Korang bagitau je nak cari baju warna apa, semuanya ada dijual di sini. Sama je tandingan pakaian sedondon yang dijual di Pusat Pakaian Hari-Hari kalau nak dibandingkan dengan kedai lain, baik dari segi ketebalan atau jahitan. Paling best dengan hanya RM65 boleh dapat full set. Tawaran menarik di Pusat Pakaian Hari-Hari Bersempena dengan musim perayaan ni, pusat pakaian Hari-Hari turut menjalankan kempen promosi hebat dimana melalui kempen ini pelanggan dapat menikmati beberapa tawaran menarik seperti:Dengan setiap pembelian bernilai RM100 ke atas akan melayakkan korang menerima paket raya
Dengan setiap pembelian bernilai RM200 ke atas akan melayakkan korang menerima 1 bag serbaguna Best kan? Harga murah, kalau beli banyak dapat lagi murah.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.ehari.com. Ataupun untuk mendapatkan info terkini yang lebih pantas, korang kena jengah media sosial Hari-Hari.
Nah Abe share pautan kat bawah ni. Korang klik je:
Facebook: www.facebook.com/harihariInstagram: www.instagram.com/harihariofficial
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.queachmad.com/2022/04/baju-raya-sedondon-2022-di-pusat-pakaian-hari-hari.html