Johor Jangka Dca Dilaksana Dalam Masa Terdekat


JOHOR JANGKA DCA DILAKSANA DALAM MASA TERDEKAT
JOHOR BAHRU 201120 – Johor menjangkakan skim ketiga pembukaan sempadan Johor-Singapura iaitu Daily Commuting Arrangement (DCA), dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata ia berikutan negeri itu sudah mengemukakan prosedur operasi standard (SOP) khas DCA kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, beliau juga sudah mendapatkan penjelasan mengenai SOP khas bagi pelaksanaan DCA itu menerusi Sidang Video Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.
Beliau berkata, Johor sudah bersedia melaksanakan skim ketiga berkenaan berdasarkan beberapa indikator yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk SOP, tenaga kerja serta infrastruktur diperlukan.
“Johor mencadangkan skim ketiga DCA ini selepas melihat peningkatan kemasukan menerusi dua skim terdahulu iaitu Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).
“Kita mencadangkan supaya skim DCA ini dimulakan dengan sektor pendidikan terutama pelajar, ibu bapa dan guru yang sama ada belajar di kolej dan institusi swasta di Johor atau republik itu.
“Berdasarkan maklum balas Perdana Menteri semalam, MKN akan membincangkan SOP khas yang dikemukakan Johor bagi pelaksanaan DCA ini sebelum memaklumkan Kementerian Luar untuk tindakan seterusnya.
“Kita akan berhubung dengan Kementerian Luar supaya SOP khas berkenaan dapat dimuktamadkan segera dan DCA dapat dimulakan, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Digital Johor, hari ini.
Awal bulan ini, Hasni mencadangkan skim ketiga pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura menerusi insiatif DCA kepada kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, Hasni berkata, antara SOP khas DCA yang dicadangkan adalah kebenaran kepada 7,000 individu dalam tempoh setiap 10 hari.
Katanya, DCA akan mewujudkan gelembung perjalanan (travel bubble) yang kebenarannya akan dibuat pada setiap 10 hari selepas permohonan diterima.
“Johor mempunyai kapasiti untuk membuat ujian saringan sehingga 30,000 sehari berdasarkan infrastruktur termasuk makmal yang diiktiraf KKM,” katanya. – BH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/11/johor-jangka-dca-dilaksana-dalam-masa-terdekat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikecam Gara Gara Langgar Pkpb Young Syefura Akui Telah Didenda Dan Akan Membayar Dalam Masa Terdekat

Dikecam Gara Gara Langgar Pkpb Young Syefura Akui Telah Didenda Dan Akan Membayar Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 252 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman dikecam kerana memuat naik di Instagram gambar bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahiran di pantai Bagan Lalang Selangor yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan ...
Pas Umno Ppbm Bentuk Gabungan Rasmi Dalam Masa Terdekat Kata Tuan Ibrahim

Pas Umno Ppbm Bentuk Gabungan Rasmi Dalam Masa Terdekat Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 286 hits
PAS memberi bayangan bahawa parti itu bersama sama Umno dan PPBM akan membentuk gabungan rasmi dalam masa terdekat di sebalik khabar angin yang mendakwa hubungannya dengan Umno semakin renggang Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man be...
Johor Suggests Early Dca Border Opening Giving Priority To Education Sector

Johor Suggests Early Dca Border Opening Giving Priority To Education Sector

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 201 hits
Johor has suggested for an early implementation of the third border opening scheme between Malaysia and Singapore the Daily Commuting Arrangement with priority given to the education sector Menteri Besar Hasni Mohammad said the proposal was...
Pelan Perlindungan Jangka Masa Panjang Prisma Etiqa

Pelan Perlindungan Jangka Masa Panjang Prisma Etiqa

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 496 hits
Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda Miliki emas Public Gold bernilai RM 100 dengan menyertai plan simpanan Prisma bersama Kad Perubatan atau 0 5 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun Jangan Lepaskan Peluang Ini T...
Pharmaniaga Jangka Hasilkan Vaksin Halal Dalam Masa 4 5 Tahun

Pharmaniaga Jangka Hasilkan Vaksin Halal Dalam Masa 4 5 Tahun

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 238 hits
Pharmaniaga Bhd menjangkakan untuk menghasilkan vaksin halalnya dalam tempoh empat ke lima tahun ini Timbalan Pengarah Urusannya Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata terdapat potensi untuk memasarkan vaksin halal di seluruh dunia Kami akan me...
Mulai Dari Bawah 10 Artis Hollywood Ini Nggak Malu Dengan Profesi Masa Lalunya Justru Bersyukur

Mulai Dari Bawah 10 Artis Hollywood Ini Nggak Malu Dengan Profesi Masa Lalunya Justru Bersyukur

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 265 hits
Jadi maskot restoran cepat saji hingga satpam masa lalu itulah yang mengantarkan mereka pada kehidupan yang sekarang
10 Soalan Untuk Calon Suami Berkenaan Nafkah Masa Depan Rumahtangga

10 Soalan Untuk Calon Suami Berkenaan Nafkah Masa Depan Rumahtangga

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 397 hits
Nak Kahwin ini bukanlah suatu perkara yang mudah Banyak perkara yang perlu diambil berat dan dilakukan sebelum perkahwinan Perlu atau tak tanya berapa nafkah bakal suami akan bagi dan berapa hantaran Takut nampak mata duitan Sebelum kahwin ...
Siapa Kata Anwar Tak Layak Jadi Pm Masa Krisis Ekonomi

Siapa Kata Anwar Tak Layak Jadi Pm Masa Krisis Ekonomi

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 289 hits
Datuk Sri Anwar Ibrahim merupakan mantan Menteri Kewangan terbaik yang Malaysia pernah ada Berikut merupakan fakta Dan rekod Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Anwar Ibrahim adalah mantan Menteri Kewangan terbaik...
Luluh Hati Isteri Tunggu Masa Bersalin Anak Pertama Suami Pula Dijemput Ilahi

Luluh Hati Isteri Tunggu Masa Bersalin Anak Pertama Suami Pula Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 344 hits
Hati isteri mana yang tak luluh apabila mendapat perkhabaran suami telah pergi buat selamanya setelah terlibat dalam kemalangan ketika bekerja Lagi perit arwah juga tak berkesempatan untuk melihat bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi Pe...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet