Jogging With Shein At Klcc Park
Assalamualaikum..
Ahad haritu I plan nak bawak Shein beriadah jogging sikit sambil mengurangkan berat badan beliau yang debab tu dekat Tasik Titiwangsa. Memula plan nak pergi dengan Nik je tapi tetiba sakit hati pulak exercise berdua so I paksa Simaa ikut. Dia tu debab sama naik dengan Shein, kena kuruskan badan jugak tu. Simaa time tu tengah buat Cekodok (tak abes-abes makan) so I cakap ‘Siap sekarang, kitorang datang jemput’. HAHAHAHA. Takde pilihan Simaa kena la ikut sekali. Si Nik pulak orang dah cakap nak bersukan beria pakai cantik-cantik dah kena salin baju jugak. Naseb la rumah kitorang jarak tak jauh and nak ke Titiwangsa tu pon satu jalan. I dalam kepala dah plan, lepas jogging ni nak pergi Suraya Seafood la, nak makan Sup Ekor, Air Mangga dengan Pulut Mangga. Lepas jogging takde la rasa bersalah sangat nak makan hahahahaha. Sekali bila sampai Tasik Titiwangsa, close for renovation pulak. Cis! Simaa dengan Nik dah semangat nak naik basikal. Dorang cakap, I sorang je jogging lepas tu dorang follow la dari belakang naik basikal. Banyak punya cantik! I cakap kat dorang ‘Nampaknya tak boleh la nak exercise harini. TERPAKSA la makan je dekat Kampung Baru’. HAHAHAHAHA. Time tu pulak cuaca tak berapa nak cerah tapi Shein dah nagging nak main dekat Playground so the nearest recreation park is KLCC. Memang kuat betul jodoh I dengan KLCC ni so zaaaaaap terus kitorang ke KLCC. Sini pon actually ada renovation jugak but takde la tutup semua. Shein sampai-sampai je terus cakap ‘Mama, run runnnn!’ Si Shein memang takde masalah nak lari. I agak 5 km pon dia OK cuma bila penat dia merengek la. Pesen lari pulak is main kejar-kejar so kalau dengan Shein memang extra penat la. Kata Simaa lepas ni kalau nak buat fitness tak payah pergi gym, ajak je Shein pergi Playground lepas tu main lari-lari. Memang berpeluh lencun. Simaa cakap ‘Shein ni badan dia padat la, berat!’Memang gigil-gigil si Nik dengan Simaa dukung Shein melayan panjat-panjat dekat Playground. Padan muka hahahahahahaha.
Siap jogging dapat 1 half round = 1.5km Shein nak main dekat ‘Buai Laju-laju’ pulak. Nak tunggu turn punya lama last-last dapat jugak. Si Shein suruh tolak laju-laju, kalau jatuh ni memang macam Nangka busuk.
Si Nik teringin nak naik. Lepas tu jatuh. Padan Muke! Hahahahaha.
OK, my turn! Senang hidup ada bebudak dua orang ni. Dorang la melayan Shein. I rehat lebih la. Hahahahaha.
Main panjat-panjat pulak. Si Nik ni Polis, so dia memang jenis fit. Turun naik dengan tiang, Shein berbulu je tengok. Jeles la tu dia tak pandai. Tengah I duduk Simaa datang cakap ‘Cepat-cepat Shein dah dekat atas!’ Ingat menda la, rupanya dia tak larat kalau Shein terjun, dia sorang sambut dekat bawah. Mintak back up hahahahaha.
OK la, belanja gambar I sekeping. Dah tetuwe naik jerawat atas dahi tak kelakar pulak rasa.
Masa yang ditunggu-tunggu. Makaaaaaaaaaaaa!! Kitorang pergi Suraya Seafood yang dekat Pintu Gerbang. Suraya Seafood ni ada banyak, tapi bagi tekak I, Pulut Mangga yang dekat sini lebih sedap berbanding branch lain.
My Bodyguard tapi badan kurus. I sekarang apapa cakap je dekat Nik. Dia kan Polis?
Nik minum Air Buah Naga. Seram pulak tengok warna dia.
I actually nak makan Sup Ekor dekat sini dah lama dah. Since balik dari Sabah tapi sampai sekarang tak dapat. Masa OTW nak ke Kampung Baru siap tadah tangan cakap ‘Ya Allah terima kasih sebab bagi aku makan Sup Ekor harini’. Memang seronok sangat la. Walaupon kena queue lama nak dapat meja sebab pengunjung dekat sini sejenis hati kenal. Dah siap makan, boleh borak-borak berbual sambil main handphone walaupon nampak orang tunggu meja berlapis-lapis. I pon order la Sup Ekor, Telur Dadar dengan Nasi for Shein. Berbunga riang rasa hati I ni sekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaali tunggu punya tunggu punya tunggu, Sup Ekor tak kunjung tiba. Waiter datang cakap Sup Ekor dah habes. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa Batu Belaaaaaaah. Rasa sebak sangat hati I ni. Ni kalau layan jiwang mau air mata I jatuh ni tapi ku tahan Jebat hahahaha. Takde rezeki nak makan Sup Ekor. Takper lah. Orang yang dekat Afrika tu daun pon makan, kita tak dapat makan Sup Ekor dah nak sedih. Tumbuk baru tau. So sampai la sekarang I still tak dapat makan Sup Ekor. Takpelah, makan kaki je lah sebab protes. Nanti kalau Anjing kejar pon I taknak lari. Kalau hujan I taknak pakai payung. I merajuk. *tiba-tiba
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2018/10/jogging-with-shein-at-klcc-park.html