Jjcm Pantai Timur Vi Kota Bharu Sehingga Berjumpa Lagi
Kini tibalah entri hari terakhir program JJCM Pantai Timur kami. Catatan perjalanan bersama rakan rakan alumni Ethica, bekas penghuni kolej ketiga Universiti Malaya buat kenang kenangan. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Pagi pagi pada 16 Mac 2020, kami turun lebih awal untuk bersarapan di cafe hotel. Selepas sarapan, kami kemudian naik ke bilik untuk membawa turun bag. Kami berkumpul di lobi dan menaiki bas untuk balik ke Kuala Lumpur melalui Kuala Terengganu.
Kami singgah di restoran berhadapan dengan Pasaraya Giant di Kuala Terengganu untuk makan tengahari yang ditaja oleh Dato Wan Nazari.
Ketika di sini, kami mendapat berita yang berkemungkinan besar kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan virus covid 19.
Selesai makan, kami beramai ramai masuk ke pasaraya Giant untuk membeli barang barang dapur dan keperluan rumah yang lain. Kebetulan saya pun dah lama tak bershopping barang dapur, jadi banyak juga barang keperluan yang telah pun habis.
Ketika itu, berita ini belum luas tersebar, jadi agak mudah untuk kami bershopping dan beratur di kaunter bayaran walaupun kelihatan orang ramai mulai berpusu pusu juga mencari barang keperluan dapur di sini.
Selepas memuatkan barang barang belian di dalam bas, kami terus bertolak balik ke Kuala Lumpur. Suasana menjadi sunyi sepi dan ternampak kebimbangan di wajah masing masing.
Lebih lebih lagi selepas mendapat mesej dari anak anak masing masing bahawa banyak barang keperluan dapur di rak rak pasaraya di Kuala Lumpur yang telah kehabisan dan barisan di kaunter pembayaran juga sangat panjang seolah ada pembelian panik.
Kami tiba di Shah Alam dalam pukul 9 malam dan masing masing bersurai dengan penuh kesyukuran kerana selamat tiba. Sebaik tiba di rumah, keesokannya kerajaan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan keselamatan yang berkuatkuasa selama dua minggu mulai pada 18 Mac 2020.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2020/06/jjcm-pantai-timur-vi-kota-bharu.html