Agong Tinjau Pelaksanaan Sop Sesi Pembelajaran Di Smk Danau Kota


 Wartawan Suara Merdeka

KEPRIHATINAN Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan pelajar sekolah di seluruh negara terserlah hari ini apabila baginda berkenan meninjau sendiri pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan sesi pembelajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, di sini.
Ia susulan pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan kelas-kelas peperiksaan awam, khususnya Tingkatan Lima dan Enam pada Rabu lepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) normal baharu setelah kira-kira tiga bulan terhenti akibat pandemik COVID-19.
Seri Paduka, diiringi anakandanya Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, berangkat tiba di sekolah berkenaan pada pukul 10 pagi tadi disambut Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin, para pegawai tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
Memetik laporan BERNAMA, ia merupakan lawatan kerja pertama Seri Paduka yang diadakan di luar Istana Negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.
Sejurus tiba, guru bertugas terlebih dahulu membuat pemeriksaan suhu ke atas baginda sebelum  Al-Sultan Abdullah berkenan memakai cecair pembasmi kuman yang telah diletakkan di atas alat hasil inovasi pelajar sekolah itu, yang hanya memerlukan seseorang memijak alat tersebut untuk mengeluarkan cecair berkenaan.
Seri Paduka kemudiannya berkenan menerima sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM dan tatacara kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi oleh para guru, murid dan ibu bapa atau penjaga bagi mencegah penularan COVID-19.
Al-Sultan Abdullah turut meninjau sendiri proses pengendalian kantin sekolah dan melihat bagaimana SOP pelajar ketika beratur membeli makanan ketika waktu rehat, beramah mesra dengan peniaga kantin sambil memuji kebersihan premis kantin itu.
Baginda kemudiannya ke Makmal Fizik sekolah itu bagi melihat sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka dengan tatacara kebiasaan baharu, sambil bertanyakan guru mengenai kandungan pengajaran serta memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar tidak lama lagi.
Lawatan Seri Paduka diteruskan dengan baginda mengunjungi Bengkel Jahitan Pendidikan Khas di sekolah tersebut dan melihat sendiri kaedah pembelajaran secara dalam talian bagi pelajar yang belajar dari rumah.
Al-Sultan Abdullah kemudian ke sebuah kelas dan menerima taklimat mengenai SOP ketika makan di dalam kelas pada waktu rehat, dan tanpa kekok, turut berkenan bersantap bersama pelajar di dalam kelas berkenaan.
Di akhir lawatan, baginda menerima lambaian daripada guru-guru yang kelihatan teruja menyaksikan keberangkatan ketua negara itu ke sekolah berkenaan. Tidak mahu menghampakan mereka, Al-Sultan Abdullah kemudiannya berkenan memanggil para guru untuk mengabadikan gambar bersama namun masih mengikuti SOP ditetapkan.
Sementara itu menerusi kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sutan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada KPM, sekolah dan semua guru di atas kesiapsagaan dan persediaan rapi bagi menjamin keselamatan diutamakan dan mengelakkan risiko jangkitan dalam kalangan guru dan pelajar sepanjang berada di sekolah.
Memahami ada murid lain yang juga rindu untuk kembali ke sekolah menuntut ilmu, bertemu guru dan kawan-kawan, Seri Paduka turut berharap agar murid-murid ini dapat bersabar dahulu buat ketika ini, kata beliau.
“Seri Paduka turut menasihati para guru dan pelajar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk penjarakan sosial, dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam dan luar waktu persekolahan,” katanya.
Al-Sultan Abdullah turut mendoakan semoga semua guru dan pelajar di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT.
Bermula 24 Jun, seramai 500,444 pelajar daripada 2,440 sekolah menengah yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), serta peperiksaan antarabangsa kembali semula ke sekolah untuk meneruskan pembelajaran mereka. – SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/agong-tinjau-pelaksanaan-sop-sesi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ydp Agong Santap Bersama Pelajar Smk Danau Kota Dalam Kelas

Ydp Agong Santap Bersama Pelajar Smk Danau Kota Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 644 hits
YDP Agong Santap Bersama Pelajar SMK Danau Kota Dalam Kelas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in B...
Terbaik Video Sop Sekolah Smk Jerlun Pembukaan Semula Sekolah Pasca Pandemik

Terbaik Video Sop Sekolah Smk Jerlun Pembukaan Semula Sekolah Pasca Pandemik

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 551 hits
Video SOP Sekolah SMK Jerlun kami tampilkan kelainan sket Ada unsur kecindan Jom tengok ramai ramai Semoga urusan kita semua dipermudahkan Video SOP Sekolah SMK Jerlun Pembukaan Semula Sekolah Pasca Pandemik iframe width 560 height 315 src ...
Kerjasama Guru Ibu Bapa Lancarkan Pelaksanaan Sop Baharu Sekolah

Kerjasama Guru Ibu Bapa Lancarkan Pelaksanaan Sop Baharu Sekolah

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 333 hits
Khalil bersama pihak sekolah di hadapan dinding sekolah yang memaparkan peringatan tentang COVID 19 Oleh Akid HafrizKUALA TERENGGANU 25 Jun Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi berpuas hati dengan usaha dan kerja...
Hari Pertama Sekolah Dibuka Lancar Ibu Bapa Puas Hati Pelaksanaan Sop

Hari Pertama Sekolah Dibuka Lancar Ibu Bapa Puas Hati Pelaksanaan Sop

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 701 hits
Hanya 15 pelajar dibenarkan dalam satu kelas KUALA LUMPUR Hari pertama pembukaan semula sekolah bagi pelajar bakal menduduki peperiksaan awam berjalan lancar dengan ibu bapa turut berpuas hati dengan prosedur operasi standard yang dilaksana...
Panglima Tni Dan Kapolri Tinjau Protokol Kesehatan Di Pusat Perbelanjaan Kota Malang

Panglima Tni Dan Kapolri Tinjau Protokol Kesehatan Di Pusat Perbelanjaan Kota Malang

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 259 hits
Panglima menegaskan kepada manajemen pusat perbelanjaan untuk menerapkan dan memastikan protokol kesehatan sesuai dengan arahan dari Gugus Tugas Covid 19
Wagub Dki Tinjau Pelaksanaan Protokol Kesehatan Di Mal

Wagub Dki Tinjau Pelaksanaan Protokol Kesehatan Di Mal

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 228 hits
Wagub DKI Tinjau Pelaksanaan Protokol Kesehatan di Mal Peninjauan ini dilakukan untuk memastikan pengelola mal telah menerapkan protokol kesehatan saat pembukaan kembali
Soulofjohor Yb Mazlan Bujang Meninjau Pembukaan Semula Sekolah Selepas Pkp Di Smk Seri Perling

Soulofjohor Yb Mazlan Bujang Meninjau Pembukaan Semula Sekolah Selepas Pkp Di Smk Seri Perling

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 385 hits
Soulofjohor Yb Mazlan Bujang Meninjau Pembukaan Semula Sekolah Selepas Pkp Di Smk Seri Perling
Tiga Bilik Smk Pasir Gudang 3 Alami Kebakaran

Tiga Bilik Smk Pasir Gudang 3 Alami Kebakaran

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 261 hits
Sebelum ini Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah mengalami kebakaran kini giliran SMK Pasir Gudang 3 yang terletak di Johor Bahru pula musnah dijilat api hari ini Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang pembaca berita terkenal...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo