Jika Tanda Tanda Ini Telah Terjadi Seharusnya Anda Buang Saja Kuali Anda Itu


Tentu anda tertanya-tanya kenapa perlu buang kuali sedangkan ia boleh dipakai sampai bila-bila.  Salah satu punca kenapa kita kena tukar adalah kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.  Apa-apa yang boleh mempengaruhi kesihatan perlu diuruskan dengan baik (dibuang).Tiada siapa yang mahu didiagnosis dengan masalah kanser hanya kerana menggunakan kuali yang bercalar bukan?

Permukaannya Bercalar
Kuali tidak melekat sering menjadi pilihan para ibu di dapur pada masa kini.  Ini kerana ia mudah digunakan dan tidak susah untuk dibasuh.  Namun, jika anda menggunakan peralatan yang tidak bersesuaian dengan permukaannya, ia boleh menyebabkannya bercalar. Tidak boleh gunakah kalau ia bercalar?


Boleh tetapi ada risiko kesihatan yang mungkin boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda.  Sebagai contoh, kesan perfluorooctanoic acid (PFOA) dan polytetrafluoroethylene (PTFE).  Kedua-dua bahan tersebut digunakan dalam pembuatan kuali tidak melekat.  Ini kerana bahan tersebut mempunyai tahap kerintangan yang tinggi terhadap haba, air dan minyak.  Ia juga membuatkannya tidak melekat dengan makanan yang digoreng.

Suatu ketika dahulu, PFOA sering digunakan sebagai bahan utama pada lapisan permukaan kuali.
Namun ia telah dikenal pasti sebagai bahan yang boleh menyebabkan masalah kanser.  Bahan tersebut kemudiannya ditukar kepada PTFE.  Berbanding dengan PTFA, PTFE telah dibuktikan dengan pelbagai kajian yang menunjukkan ia tidak berbahaya untuk kesihatan manusia.  Namun isu keselamatannya masih diragui memandangkan ia boleh bertukar menjadi wap apabila dipanaskan pada suhu tertentu.  Jika kuali yang digunakan masih mempunyai PFOA, ia boleh meningkatkan risiko pengguna untuk mendapat kanser.
Permukaannya Terhakis Menampakkan Lapisan Bawah
Pernah tak anda terfikir kenapa kuali tidak melekat ini agak berat berbanding dengan yang lain? Ini disebabkan oleh ia mempunyai banyak lapisan bagi memastikan proses pemanasan yang baik dan sama rata.  Kuali tidak melekat yang murah mempunyai lapisan yang sedikit berbanding dengan yang mahal.  Jika ia sudah mempunyai hakisan sehingga ada permukaan yang seakan-akan diperbuat daripada tembaga, tukarnya dengan yang baru.  Penggunaan tembaga dalam pembuatan kuali memberikan manfaat terhadap proses memasak makanan.

Namun, jika makanan tersebut bersentuhan secara terus dengan bahan ini, ia akan menyebabkan simptom yang seakan-akan dengan keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah dan sebagainya.

Permukaannya Sudah Meleding


Ini tidak menyebabkan masalah berkaitan kesihatan tetapi akan mempengaruhi kualiti makanan anda.  Jika anda sering membasuh kuali anda sesudah memasak secara serta-merta ia boleh menyebabkan fenomena kejutan termal.  Keluli di dalamnya akan mengembang apabila panas dan mengecut apabila sejuk.
Jika meleding, ia tidak mempunyai penyebaran haba yang sama rata.  Akibatnya, jika anda memasak telur, ada bahagian yang cepat masak dan ada yang belum.

Kesimpulannya, beli yang baru jika anda sudah menggunakan kuali anda untuk masa yang lama.
Kuali tidak melekat yang mempunyai kerosakan pada permukaannya boleh menyebabkan masalah kesihatan.  Jika anda prihatin dengan tahap kesihatan anda, ambil perhatian kepada perkara ini kerana ia sering dipandang remeh.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak ole Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. [msn.com]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://orangmuo.blogspot.com/2020/01/jika-tanda-tanda-ini-telah-terjadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Boleh Jadi Penyebab Kanser Ini 3 Tanda Kuali Anda Perlu Ditukar

Awas Boleh Jadi Penyebab Kanser Ini 3 Tanda Kuali Anda Perlu Ditukar

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 352 hits
Tiada apa yang kekal di dunia ini termasuklah barangan kesayangan anda Pasti ramai dalam kalangan ibu ibu dan para isteri yang mempunyai perkakas kesukaan ketika memasak Namun sesayang mana pun anda kepadanya satu hari nanti ia mungkin bole...
Jawatan Menteri Pendidikan Itu Untuk Orang Bodoh Saja

Jawatan Menteri Pendidikan Itu Untuk Orang Bodoh Saja

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1360 hits
Itulah dah cakap jawatan menteri untuk orang bodoh Kau ada phd kau nk masuk jugak Skrg apa cer Padan muka kau Dulu masalah budak kecil dan miskin nk jaga kasut mereka Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya Mana dengan nak dijaganya Asram...
Tak Lepas Pegang Tangan Tenung Muka Anak Tak Cakap Tapi Itu Tanda Dia Sayang Ibu Ayah

Tak Lepas Pegang Tangan Tenung Muka Anak Tak Cakap Tapi Itu Tanda Dia Sayang Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 596 hits
Anak yang masih kecil tidak pandai untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu Dalam fasa untuk membesar mereka cenderung untuk mencuba banyak perkara baharu yang kadang kadang membuatkan Mama stres dan marah pada mereka Manalah tidak bising k...
Lirik Lagu Dari Kita Saja Bah Itu Joseph Kajangan

Lirik Lagu Dari Kita Saja Bah Itu Joseph Kajangan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 679 hits
AssalamualaikumBismillahLirik Lagu Dari Kita Saja Bah Itu Joseph Kajangan Cerita muda bikin sakit kepalaBila cari duit banyak alasan pulaBila aramai ti sakit gout pun lupaBila habis duit SMS minta bapaSoal sumandak susah pun mau berabisAyat...
Apa Itu Larian Maya Virtual Run Dan Cara Menyertainya

Apa Itu Larian Maya Virtual Run Dan Cara Menyertainya

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 1012 hits
Apa itu Larian Maya Virtual Run Assalamualaikum dan Hai Kembali bersiaran setelah lama tak menaip di blog terchenta Entri pertama untuk tahun 2020 Kali ni Cik Renex nak berkongsi satu info kepada anda semua iaitu berkaitan Larian Maya atau ...
Reda Tapi Rindu Itu Tetap Selamanya Berbahagialah Baby D Tunggu Kami Di Sana

Reda Tapi Rindu Itu Tetap Selamanya Berbahagialah Baby D Tunggu Kami Di Sana

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 304 hits
Masih sayu rasa hati walaupun sudah reda dengan pemergianmu sayang Mama abah rindu sangat dan masih terbayang bayang lagi wajah Muhammad Danial Firman Faizal Perasaan ini dikongsi oleh Abby Abadi sebelum masuknya tahun 2020 baru baru ini da...
Penunggang Motosikal Itu Mentimun

Penunggang Motosikal Itu Mentimun

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 296 hits
Balik naik apa bro Drive Tak jam ke Jam tapi nak buat macam mana hadap sajalah Naik motosikal la bro Tak beranilah asyik dengar penunggang motosikal kemalangan Itulah dialog di antara Master dan rakan sepejabatnya petang tadi semasa dalam l...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa