Jika Surat Akujanji Itu Palsu Ia Kerja Siapa


 Sejak petang semalam, berlegar satu surat akujanji melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN bagi kerusi Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah.
Isi akujanji itu antara lain ialah ikrar menyokong Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, bersetuju agar dihentikan semua siasatan terhadap pemimpin parti dan menyokong pembentukan kerajaan dengan mana-mana parti lain.

Bagaimanapun, tidak lama selepas surat itu beredar, Shamsul Anuar tampil dengan menegaskan ianya adalah palsu dan tidak benar.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi BN berkata, tiada sebarang akujanji sebegitu dilakukan.

“Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan suatu perancangan untuk memburukkan UMNO dan BN ketika musim kempen PRU15,” katanya pada satu kenyataan di Facebook media rasmi BN Comms.




Secara peribadi, saya sendiri yakin surat itu adalah palsu dan tidak benar.Tidak mungkin Zahid Hamidi tidak secerdik itu mahu membuat surat akujanji sedemikian yang kandungannya adalah untuk kepentingannya.

Lagi pula, jika wujud akujanji sedemikian, ia sudah tentu akan ditandatangani oleh semua calon BN, termasuk mereka yang memihak kepada Ismail Sabri Yaakob dan Ismail Sabri sendiri.

Sudah pasti juga bukan satu akujanji yang bergentayangan di media sosial sekarang ini, malah berpuluh-puluh.

Tambahan lagi, isu calon Perdana Menteri bagi BN boleh dikira isu yang sudah selesai dengan Ismail Sabri telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri dan ia tidak seharusnya berbangkit lagi.

Cuma, jika akujanji itu palsu, ia kerja siapa?

Adakah ia kerja daripada kem pemimpin yang digugurkan sebagai calon BN koleh Zahid Hamidi baru-baru ini dengan tujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO itu di mata rakyat?

Adakah ia kerja blok pembangkang?

Atau adakah ia mainan kem Zahid Hamidi sendiri untuk tujuan yang mereka saja tahu maksudnya?

Bagi kem Ismail Sabri pula, tidak ternampak ada logiknya untuk mereka merekayasa akujanji palsu seperti itu kerana ia jelas tidak membawa apa-apa keuntungan.

Begitu juga dengan blok pembangkang, tidak ada isu mereka perlu berbuat demikian kerana yang ingin dikalahkan oleh mereka ialah BN secara keseluruhan, bukannya salah satu antara Zahid Hamidi atau Ismail Sabri.

Jadi, ada dua pihak saja yang tinggal – kem Zahid Hamidi sendiri atau daripada kem calon-calon UMNO yang digugurkan – dan antara keduanya, siapakah yang paling mungkin melakukan surat palsu itu?

Satu lagi, kenapa surat akujanji yang disebarkan itu hanya melibatkan Shamsul Anuar yang diketahui umum memang penyokong ketat Zahid Hamidi dan diketahui berjawatan Pengarah Komunikasi BN?

Kenapa tidak melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain? – ShahbudinHusin 03/11/2022.


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/jika-surat-akujanji-itu-palsu-ia-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Bn Nafi Surat Akujanji Tular Sokong Zahid Jadi Pm Tapi Tak Lapor Polis

Calon Bn Nafi Surat Akujanji Tular Sokong Zahid Jadi Pm Tapi Tak Lapor Polis

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 209 hits
agendaily com2 11 2022Calon UMNO Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menafikan surat Akujanji ditandatanganinya menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU 15 Awal hari ini ...
Akujanji Calon Palsu Setpol Shamsul Anuar Lapor Polis

Akujanji Calon Palsu Setpol Shamsul Anuar Lapor Polis

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 194 hits
freemalaysiatoday com November 3 2022 3 26 PMSemalam Shamsul Anuar Nasarah berkata akujanji calon PRU15 yang mengikrarkan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi termasuk sebagai perdana menteri adalah palsu KUALA LUMPUR Setiausaha politik kepad...
Surat Aku Janji Calon Bn Jika Benar Ada Janji Itu Satu Perkara Yang We Cannot Brain

Surat Aku Janji Calon Bn Jika Benar Ada Janji Itu Satu Perkara Yang We Cannot Brain

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 123 hits
NASUHA RAHMANSekarang berlegar isu surat aku janji Calon BN di mana dalam akujanji itu calon calon harus menerima Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai PM Yang lebih menarik difahamkan mereka kena setuju untuk gugurkan kes pendakwaa...
Konon Tiada Wang Hingga Kerja Part Time Netizen Perli Kim Saeron Terus Hidup Mewah

Konon Tiada Wang Hingga Kerja Part Time Netizen Perli Kim Saeron Terus Hidup Mewah

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 287 hits
Beberapa hari ini nama Kim Sae ron terus menjadi topik perbualan hangat peminat hiburan Korea ARTIKEL BERKAITAN Ini kerana gadis itu dilaporkan terpaksa bekerja separuh masa kini dek kesempitan wang akibat membayar pampasan buat perniagaan ...
Kementerian Atr Bpn Kerja Sama Dengan Btn Percepat Sertifikasi Perumahan Untuk Rakyat

Kementerian Atr Bpn Kerja Sama Dengan Btn Percepat Sertifikasi Perumahan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 214 hits
Usai menandatangani Nota Kesepahaman tersebut dalam sambutannya Menteri ATR Kepala BPN mengatakan kemitraan ini dilaksanakan dalam rangka percepatan penyertifikatan rumah untuk rakyat di seluruh Indonesia
Ia Adalah Syurga Wanita Sanggup Berhenti Kerja Untuk Bersihkan Rumah Yang Kotor Seluruh Dunia Secara Percuma

Ia Adalah Syurga Wanita Sanggup Berhenti Kerja Untuk Bersihkan Rumah Yang Kotor Seluruh Dunia Secara Percuma

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 148 hits
Ia adalah syurga itulah perasaan seorang wanita yang menjalankan kerja pembersihan rumah yang kotor secara percuma di seluruh dunia Semuanya bermula apabila wanita ini membantu seorang ibu tunggal dengan tiga anaknya mengubah rumah mereka s...
Agensi Akui Kim Saeron Kerja Part Time Kini Dek Kesempitan Wang

Agensi Akui Kim Saeron Kerja Part Time Kini Dek Kesempitan Wang

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 230 hits
Sepertinya Kim Sae ron mengalami masa yang sukar kini Terbaru gadis itu dikhabarkan mengambil beberapa kerja separuh masa kerana kesempitan wang Tak lama kemudian agensinya turut mengesahkan berita berkenaan Kim Sae ron ada meluangkan masa ...
Sudahkah Kerja Pembersihan Di Umno Dan Pas Selesai

Sudahkah Kerja Pembersihan Di Umno Dan Pas Selesai

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 183 hits
Apakah ada tanda pemimpin umno sekarang anti rasuah jijik rasuah jika diberi peluang semula memerintah itu persoalan pokok Soal umno akan menjaga kepentingan melayu dan Islam hanyalah retorik Apa yang mereka mampu kalau sendiri pun susah na...
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru

Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cucur Nasi Pedas Sedap Rangup Dan Mengenyangkan

Create Buzz And Attract Investors

Govt Sets Provisional Anti Dumping Duties On Pet Imports From China Indonesia

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Personal Collection White Dove Produk Penjagaan Bayi Dan Kanak Kanak Lembut Dan Hipoalergenik

Kerjasama Lincoln University College Dan Cengild G I Medical Centre

Resepi Ayam Madu Crispy Chinese Style Padu Gila Wajib Cuba

Gubal Undang Undang Yang Keras 5 Warga Asing Didenda Rm1 200 Kerana Merusuh

Lirik Lagu Selamat Tinggal Kenangan Valdy Nyonk Zinidin Zidan

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife