Calon Bn Nafi Surat Akujanji Tular Sokong Zahid Jadi Pm Tapi Tak Lapor Polis


agendaily.com2/11/2022
Calon UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menafikan surat Akujanji ditandatanganinya menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU-15.
Awal hari ini tular surat Akujanji yang ditandatangani calon-calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Surat yang tular ditandatangani calon UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah tular dalam media sosial, ia antara lain menghendaki semua calon UMNO yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) supaya setia dan patuh kepada arahan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN.

Kandungan utama surat tersebut meminta semua calon UMNO dan BN menyokong Zahid sebagai calon Perdana Menteri (PM) sekiranya memenangi PRU-15 pada 19 November nanti.

Dalam surat tersebut juga semua calon juga perlu bersetuju supaya kes mahkamah yang sedang dihadapi pemimpin UMNO digugurkan dan siasatan dihentikan dengan serta-merta.

Terdapat lima syarat yang digariskan dalam surat tular tersebut, antaranya:

A) Memberikan jawatan kabinel yang utama kepada wakil dari UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diarahkan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional

B) Memberikan jawalan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan kepada wakil dari UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diarankan ole Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional

C) Menggugurkan kes-kes mahkamah yang melibatkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional hendaklah diselesaikan oleh kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU-15.

D) Menggugurkan semua siasatan yang melibatkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

E) Melibatkan dan mengambil kira keputusan kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional dalam keputusan-keputusan kerajaan.

Surat tular tersebut ditandatangani Shamsul Anuar yang juga calon BN di Lenggong dengan dua saksi lain iaitu Zahid sendiri dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, Shamsul Anuar dalam satu kenyataan Facebook tampil membuat penafian berhubung surat tersebut.

“Disahkan bahawa Akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar.

“Tiada sebarang Akujanji sebegini dilakukan. Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO Barisan Nasional ketika musim PRU-15 ini,” katanya.

Bagaimanapun Shamsul Anuar yang juga Pengarah Komunikasi BN tidak menyatakan sama ada akan membuat laporan polis atau tidak terhadap penularan surat tersebut.

“Mohon rakyat Malaysia yang mendapat Akujanji Palsu ini tidak terpengaruh dengannya. Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini,” katanya lagi.

Untuk rekod, media melaporkan sebelum ini wujud Akujanji yang ditandatangani semua calon UMNO dan BN sekiranya mahu mendapatkan watikah pencalonan pada PRU-15 kali ini.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM dan juga ‘poster boy’ sekiranya BN memenangi PRU-15 pada 19 November nanti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/calon-bn-nafi-surat-akujanji-tular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Surat Aku Janji Calon Bn Supaya Selamatkan Zahid Dari Kes Rasuah

Tular Surat Aku Janji Calon Bn Supaya Selamatkan Zahid Dari Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 249 hits
gemilangdaily com AHMAD FAIZAL DINTular surat Aku Janji calon BN supaya selamatkan Zahid dari kes rasuah PM UMNOSekarang berlegar isu Akujanji Calon BN Dalam Akujanji tersebut mereka harus menerima DS Zahid Hamidi sebagai PM Yang lebih mena...
Akujanji Calon Palsu Setpol Shamsul Anuar Lapor Polis

Akujanji Calon Palsu Setpol Shamsul Anuar Lapor Polis

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 201 hits
freemalaysiatoday com November 3 2022 3 26 PMSemalam Shamsul Anuar Nasarah berkata akujanji calon PRU15 yang mengikrarkan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi termasuk sebagai perdana menteri adalah palsu KUALA LUMPUR Setiausaha politik kepad...
Awani Ringkas Sprm Siasat Dakwaan Surat Aku Janji Sokong Zahid Jadi Pm

Awani Ringkas Sprm Siasat Dakwaan Surat Aku Janji Sokong Zahid Jadi Pm

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 245 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Rentasan 1245 Panas Kini Calon Mp Umno Dipaksa Sokong Zahid Hamidi Jadi Pm 10

Rentasan 1245 Panas Kini Calon Mp Umno Dipaksa Sokong Zahid Hamidi Jadi Pm 10

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 236 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1245 1 PASTIKAN PRU15 HUMBAN PENGKHIANAT DAN KLEPTOKRAT 2 ACARA PANCUNG SELESAI KINI PANCING 3 SPRM SIASAT SURAT AKU JANJI SOKONG PRESIDEN UMNO PM 4 ADAKAH KERA MENGAMBANG LAGI Layari kami untuk mendapat berita dan is...
Calon Bn Kena Jalani Tapisan Pdrm Sprm Kata Pm Tapi Zahid Macam Mana

Calon Bn Kena Jalani Tapisan Pdrm Sprm Kata Pm Tapi Zahid Macam Mana

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 202 hits
agendaily com25 10 2022Semua calon BN akan menjalani tapisan PDRM SPRM Jabatan Insolvensi dan Jabatan Agama Islam Semua calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 15 akan menjalani tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Polis ...
Polis Singapura Nafi Dakwaan Nelayan Mal4ysia Dihalau Peng4wal Pantai

Polis Singapura Nafi Dakwaan Nelayan Mal4ysia Dihalau Peng4wal Pantai

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 213 hits
Pasukan Polis Singapura menafikan dakwaan nelayan Malaysia dihalau oleh Polis Pengawal Pantai ketika memancing di Perairan Wilayah Malaysia
Zahid Minta Nak Jumpa Saya Tapi Dekat Media Kata Saya Nak Jumpa Dia Hadi

Zahid Minta Nak Jumpa Saya Tapi Dekat Media Kata Saya Nak Jumpa Dia Hadi

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 202 hits
satuberita myBy October 22 2022PRESIDEN PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutarbelit fakta berhubung pertemuan sebelum ini dengan mengatakan kononnya beliau yang meminta untuk berjumpa Hadi mendedahkan Pr...
Jika Surat Akujanji Itu Palsu Ia Kerja Siapa

Jika Surat Akujanji Itu Palsu Ia Kerja Siapa

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 255 hits
Sejak petang semalam berlegar satu surat akujanji melibatkan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN bagi kerusi Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah Isi akujanji itu antara lain ialah ikrar menyokong Zahid Hamidi sebagai calon Per...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi