Jika Mp Pn Tanda Tangan Mou Sama Seperti Jual Maruah


harakahdaily.net
September 17, 2024
Ku Abdul Rahman Ku Ismail
KLUANG: “Sekiranya ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan, ia sama seperti mereka menjual maruah sendiri.”

Ahli Parlimen (MP) Kubang Pasu, Datuk Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, ia adalah kerana mereka akan hilang hak untuk menyuarakan masalah rakyat sekiranya menandatangani perjanjian itu.

Menurut beliau, syarat-syarat yang ditetapkan seperti perlu menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan disifatkan sebagai tidak menghormati hak seseorang Ahli Parlimen untuk membawa suara sebenar rakyat.

“Biarlah kita hidup sebagai Ahli Parlimen yang bermaruah daripada kita menjual maruah kita sehingga tidak boleh berucap untuk membawa isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat yang mengundi kita.

“Sudah dekat dua tahun kita macam ini. Kita hidup dengan cara tanpa peruntukan daripada terpaksa mengikut sahaja kata Kerajaan Persekutuan,” katanya

Ku Abdul Rahman berkata demikian sewaktu ditemui wartawan usai program Ceramah Kempen PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota yang berlangsung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset, di sini, malam tadi.

Tambah beliau, setakat ini rakyat tidak merungut dan mereka faham dengan apa yang berlaku di mana Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL akan cuba membantu sekadar yang termampu berdasarkan masalah yang dihadapi rakyat.

Menurut Ku Abdul Rahman lagi, keputusan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PERIKATAN NASIONAL itu dibincangkan secara terperinci dan diputuskan secara konsensus bersama Ahli-ahli Parlimen mereka.

“Kita buat keputusan tak boleh terima sebab syarat itu membawa banyak kekangan kepada Ahli Parlimen macam kita. Seolah-olah kita ni bukan wakil rakyat. Dengar kata sajalah. Nak cakap apa pun tak boleh termasuk syarat-syarat 3R dan sebagainya.

“Kalau nak bagi, bagilah. Kenapa nak bagi syarat macam itu?.

“Seolah tidak menghormati kedudukan Ahli Parlimen sebagai seorang individu yang menang pilihan raya yang dipilih oleh rakyat yang begitu ramai,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, sama ada akan ada lagi rundingan untuk mendapatkan peruntukan selepas rundingan itu, perkara tersebut terserah kepada pucuk pimpinan PN.

“Tetapi saya yakin dan percaya kalau syarat itu tak berubah, macam tu juga, kita tak boleh terima,” ujarnya.

Katanya lagi, gejala meletakkan syarat untuk mendapat peruntukan Ahli Parlimen itu boleh menjurus kepada perbuatan seolah-olah wakil rakyat boleh dibeli dengan wang dan itu adalah sesuatu yang merbahaya kepada negara.

Beliau turut mengambil contoh bagaimana wakil-wakil rakyat PAS yang semenjak merdeka menjadi wakil rakyat pembangkang yang selama itu tidak pernah diberi peruntukan.

“Wakil-wakil rakyat PAS sebelum ini dan selama ini pun tidak mendapat peruntukan tetapi rakyat tetap memberi sokongan kepada mereka. Mereka tetap boleh menang banyak penggal.

“Rakyat yang mengundi PAS ini juga tidak ada masalah apabila wakil rakyat mereka tidak ada peruntukan,” katanya. 
– HARAKAHDAILY 17/9/2024

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/jika-mp-pn-tanda-tangan-mou-sama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hak Sama Rata Tanpa Kira Agama Antara Sebab Pn Tolak Mou Kerajaan

Hak Sama Rata Tanpa Kira Agama Antara Sebab Pn Tolak Mou Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 203 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 15 2024Keputusan PN menolak dua set deraf cadangan Memorandum Persefahaman daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada ahli parlimennya disifatkan sebagai langkah tepat Ketua Penerangan PAS Ahmad Fad...
Kelantan Isytihar Gisbh Sesat Jika Ciri Ciri Sama Dengan Al Arqam

Kelantan Isytihar Gisbh Sesat Jika Ciri Ciri Sama Dengan Al Arqam

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 411 hits
Jika ciri ciri adalah sama maka samalah Jadi kita sudah memfatwakan Al Arqam dan kalau ini adalah pengikut kita pakai yang sama Kelantan memfatwakan ajaran dalam GISB Holdings adalah sesat sekiranya ahli kumpulan itu adalah lanjutan atau be...
Sebiji Photostat Tak Ada Yang Kurang Perangai Sama Ain Edruce Kongsi Cerita Bahagia Lepas Ada Soraya

Sebiji Photostat Tak Ada Yang Kurang Perangai Sama Ain Edruce Kongsi Cerita Bahagia Lepas Ada Soraya

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 196 hits
Kehidupan bergelar seorang ibu ternyata banyak merubah diri pelakon dan pengacara paling ceria Ain Edruce secara totalnya Lebih lebih lagi kini cahaya mata sulungnya Soraya sudah semakin membesar dan sudah pun ke sekolah Keletah cilik Soray...
Terms In Draft Mou Aim To Strengthen Political Stability Says Fadillah

Terms In Draft Mou Aim To Strengthen Political Stability Says Fadillah

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 232 hits
The memorandum of understanding on allocation for the opposition was drafted with the aim of fostering harmony and political stability thereby limiting any calls to overthrow the current government Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah ...
Makan Di Restoran Y Space Sama Sama Cuisine

Makan Di Restoran Y Space Sama Sama Cuisine

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 571 hits
Assalamualaikum WBT DAH kembali ke pejabat selepas 5 hari bercuti Pagi ni Sk sarapan lontong Entahlah kenapa sejenis tak boleh nampak lontong mesti rasa nak terkam Nak nak pulak lontong Kak Sab yang terjamin sedap Kuah lodehnya lemak dan ba...
Hiburan Penyanyi Nora Ariffin Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami Harap Perkara Sama Tak Lagi Berulang

Hiburan Penyanyi Nora Ariffin Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami Harap Perkara Sama Tak Lagi Berulang

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 349 hits
Penyanyi memaklumkan bahawa dia sudah rujuk semula dengan bekas suami Dr Rushdi Ramli Menurut sumber Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Dato Haji Wan Ariffin 53 meluahkan rasa syukur apabila kemelut yang melanda perkahwinannya telah se...
Hfmd Dan Herpangina Sama Tapi Tak Serupa Ini Fakta Mama Papa Perlu Ambil Tahu

Hfmd Dan Herpangina Sama Tapi Tak Serupa Ini Fakta Mama Papa Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 199 hits
dan herpangina sama tapi tak serupa ini fakta mama papa perlu ambil tahu Bila anak mula demam panas tak mahu makan atau minum dan lemah tolong periksa tekak lidah dan pantau untuk ruam ruam merah di tapak kaki tangan ataupun punggung Kalau ...
Bibir Pun Tak Gerak Sama Lisa Bp Teruk Dikritik Dek Didakwa Miming Di Pentas Vma

Bibir Pun Tak Gerak Sama Lisa Bp Teruk Dikritik Dek Didakwa Miming Di Pentas Vma

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 294 hits
Selepas keluar dari YG Entertainment Lisa nampaknya sedang sibuk dengan pelbagai aktivti solonya kini Artikel Berkaitan Terbaru Lisa telah mencipta rekod baru sebagai artis K Pop dan berjaya membawa pulang anugerah K Pop Terbaik buat kali k...
Rentasan 1634 Panas Ini Sebabnya Pn Pertikai Syarat Mou

Rentasan 1634 Panas Ini Sebabnya Pn Pertikai Syarat Mou

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 311 hits
1 KITA HARUS MERDEKA DARIPADA KEBEJATAN 2 KENAPA PEMIMPIN PN TAKUT DENGAN SYARAT MOU 3 PENGERUSI PN DIDAKWA SEBAB SUDAH CUKUP JUMLAH
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer