Makan Di Restoran Y Space Sama Sama Cuisine
Assalamualaikum WBT
DAH kembali ke pejabat selepas 5 hari bercuti. Pagi ni Sk sarapan lontong. Entahlah kenapa sejenis tak boleh nampak lontong, mesti rasa nak terkam! Nak nak pulak lontong Kak Sab yang terjamin sedap. Kuah lodehnya lemak dan banyak sayur, tempe dan tauhu, sampai mengah nak menghabiskan, hahaha. Minggu ni nampaknya tak sibuk sangat, lahh.. boleh kerja leha-leha, hehehe.
Ni cerita Jumaat lepas, pergi makan di Restoran Y Space yang dulu dikenali sebagai Sama-Sama Cafe. Dah lama nak pergi makan kat sini tapi tak berkesempatan. Ada pergi sekali tapi tutup, rupanya Sk datang tu hari cuti mereka iaitu hari rabu.
Pesanan makanan dan minuman dibuat dengan cara mengimbas QR Code. Cari-cari dalam menu tak ada ice water, tak terlintas pulak nak tanya, kita pesan sahajalah minuman dalam menu rupanya mereka memang beri air kosong percuma, free flow
Balacan Fish Fillet Lemak Rice (RM26)
Nasi lemak dihidangkan bersama ikan tilapia sambal, sambal kosong, baby ketam goreng, telur rebus sebelah, timun, nenas, tempeh dan kacang goreng. Ikan tilapia tu mudah nak makan sebab fillet, kan, sambal dia sedap tapi awas, lada dia boleh buat tampal gigi, hahaha
Bergambar dengan makanan sendiri
Tak lawa ada papadom atas tu, kita makan dulu papadomnya. Lepas tu tunggu-tunggu makanan Iman tak sampai-sampai, kita makanlah kacang sebiji-sebiji dan ratah dulu timun dan nenas.
Makanan Iman sampai timun dan nenas dah wassalam, hahaha. Lambat ya siap makanan Iman, Iman pesan Tomyam Kung Pasta (RM24). Sk biasa jugak makan tomyam pasta tapi yang ni rasa dia lain sikit, lebih asli rasa tomyam tu, sedap
Suka tengok dekorasi dalam restoran. Restoran ni merupakan sebuah banglo lama yang terletak di Jalan Yahya Awal. Kawasan parkir luas tapi nak masuk ke kawasan banglo ni jalan agak sempit terutama jika anda datang pada waktu tengahari sebab terletak depan sekolah
Waktu perniagaan : 12 pm hingga 11 pmTutup : Rabu
Lepas makan staf offer aiskrim percuma, sedapppp
Sambung jalan-jalan pulak kat Paradigm Mall tengok pinggan Portmerrion.. mana tahu ada yang nak ngikut balik, ada diskaun 30% tuuuuu, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/makan-di-restoran-y-space-sama-sama.html