Hfmd Dan Herpangina Sama Tapi Tak Serupa Ini Fakta Mama Papa Perlu Ambil Tahu


HFMD dan herpangina, sama tapi tak serupa, ini fakta mama, papa perlu ambil tahu. Bila anak mula demam panas, tak mahu makan atau minum dan lemah, tolong periksa tekak, lidah dan pantau untuk ruam-ruam merah di tapak kaki, tangan ataupun punggung.
Kalau ada ulcer atau bintik merah, kebarangkalian besar anak dijangkiti virus coxsackievirus yang menyebabkan ulcer mulut (herpangina) ataupun HFMD.
HFMD Dan Herpangina, Sama Tapi Tak Serupa, Ini Fakta Mama, Papa Perlu Ambil Tahu HFMD (Hand, Foot, and Mouth Disease) dan herpangina adalah dua penyakit yang sering menjejaskan kanak-kanak, terutama yang berusia di bawah 5 tahun. Kedua-duanya disebabkan oleh virus daripada keluarga yang sama, iaitu enterovirus, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama antara kedua-duanya yang penting untuk difahami.

Langkah ini tolong ambil secepat mungkin! ▶️ Dapatkan rawatan dan pengesahan dengan doktor atau pakar kanak-kanak.
▶️ Jika disahkan HFMD atau herpangina, beritahu pengasuh, taska ataupun tadika untuk tindakan pembersihan
▶️ Bersihkan kawasan rumah sendiri termasuk permukaan meja, lantai dan mainan anak dan asingkan anak terjangkit daripada anak yang lain sehingga demam baik dan ulcer sembuh (biasanya 1 minggu dari mula simptom).
▶️ Tingkatkan kebersihan sendiri dan ahli keluarga dengan kerap mencuci tangan terutamanya sebelum makan dan selepas ke tandas. Kuman ini disebar melalui air liur, hingus, dan najis pesakit.
▶️ Galakkan untuk memberi minuman, susu dan makanan yang lebih, sejuk dan tidak masam/ pedas.
▶️ Ke hospital jika anak letih, tak mahu minum dan makan, sawan, ataupun kencing kurang atau kering lebih 6 jam untuk rawatan di hospital.
▶️ Pantau anak-anak lain dan kontak rapat anak dalam 3 hingga 5 hari lepas kontak untuk simptom jika ada.
Ada beza tak HFMD ini dengan herpangina (ulcer mulut)?
🔸 Herpangina biasa berlaku pada kanak-kanak umur 2 hingga 3 tahun dan ke atas, dengan DEMAM TINGGI (biasa sehingga 39-40 darjah Celcius) untuk 1-4 hari. Hanya ulcer atau bintik merah pada TEKAK dan TIADA ruam pada tangan atau kaki. Kes lebih serius disebabkan demam yang tinggi, ulcer yang sakit dan keletihan serta sakit kepala. Ramai yang perlu rawatan di hospital.
🔸HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut pula biasa bermula dari bayi lagi, demam yang tak panas (kurang 38.5 darjah Celcius) untuk 1-2 hari, ulcer di tekak dan mulut serta ruam-ruam kemerahan atau bintik berair pada tapak kaki, tangan atau punggung. Kes kurang serius berbanding dengan herpangina.
🔸Kedua-dua disebabkan oleh kuman yang sama dan merebak dengan cari yang sama.
Nak elakkan sanak-saudara atau anak-anak lain jadi mangsa seterusnya, tolong KUARANTINKAN anak sekurang-kurangnya 1 MINGGU dari masa simptom bermula dan SENTIASA mencuci tangan dan jaga kebersihan anak!
Sumber: Klinik Dr Lim Baby and Child Specialist, SALAM Senawang Specialist Hospital 
Baca artikel lain juga: Tiada Vaksin Pencegah Bagi HFMD, Kerap Cuci Mainan Anak Dengan Antiseptik. Membantu Mencegah HFMD Terus Berjangkit.
Saya Dah Macam Nurse, Yusoff Kena HFMD Baby Baru Keluar Wad, Yusoff & Raudah Pula Sakit
Anak Demam Jangan Ambil Remeh Anak-Anak Positif HFMD, Amyra Rosli Titip Pesanan Untuk Mak Ayah!
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
The post HFMD Dan Herpangina, Sama Tapi Tak Serupa, Ini Fakta Mama, Papa Perlu Ambil Tahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hfmd-dan-herpangina-sama-tapi-tak-serupa-ini-fakta-mama-papa-perlu-ambil-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melingkup La Tapi Dengan Pas Pun Jangan

Melingkup La Tapi Dengan Pas Pun Jangan

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 97 hits
Tiada seorang pun pemimpin PAS yang hadir beri sokongan buat Muhyiddin di Mahkamah Gua Musang hari ini Adakah ini tanda2 Abah bakal melingkup tak lama lagi Video go my Muhyiddin tiba di Mahkamah Gua Musang
Benda Yang Paling Tak Suka Buat Tapi Kena Buat

Benda Yang Paling Tak Suka Buat Tapi Kena Buat

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 124 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam SA balik sampai Seremban awal ye dalam pukul 7 15pm SAdah sampai rumah cepat cepat mandi dan solat Maghrib Lepas settle turun bawah sekali tengok alamak 3 bakul la kain huwaaaa selalu kakak Dania ada dia ya...
Menkes Budi Minta Masyarakat Tak Khawatir Cacar Monyet Tak Seperti Covid Tapi Penularan Mirip Hiv Aids

Menkes Budi Minta Masyarakat Tak Khawatir Cacar Monyet Tak Seperti Covid Tapi Penularan Mirip Hiv Aids

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 133 hits
Budi meminta masyarakat tidak khawatir berlebihan mengenai penularan mpox ini Sebab tidak sama seperti Covid 19
Penglipurlara Sanusi Dakwa Dap Kuasai Kerajaan Jom Kita Fakta

Penglipurlara Sanusi Dakwa Dap Kuasai Kerajaan Jom Kita Fakta

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 142 hits
dakwa DAP kuasai kerajaan Jom kita fakta Memang betul DAP adalah parti yang Tapi beberapa perkara yang perlu diperhatikan Walaupun kerusi terbanyak jawatan TPM tak dapat kepada DAP Boleh je kalau DAP nak tuntut tapi itu tak berlaku DAP juga...
Seluruh Negara Baca Tek Yang Serupa Sapa Punya Teks Kutbah Ni

Seluruh Negara Baca Tek Yang Serupa Sapa Punya Teks Kutbah Ni

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 114 hits
Jamzuti Ardani Khutbah Jumaat hari ni pasal Hari Merdeka Saya tak pasti samada penulis teks khutbah tu yang walaun atau khatib tu yang ubah teks Tapi huraiannya tak berapa kena Bukan salah tetapi terlalu eksklusif dan lari dari konteks Samb...
Orang Macam Perlu Ditahan Dia Bukan Kritik Membina Tapi Dia Buat Persepsi Dan Fitnah

Orang Macam Perlu Ditahan Dia Bukan Kritik Membina Tapi Dia Buat Persepsi Dan Fitnah

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 84 hits
Zuwairi Md YusofOgos tahun lepas Hawa Yaakub dah kena report oleh Istana Perak sebab fitnah Apa jadi dgn kes Kita pon tataw Dekat X dia block semua orang Pastu menyorok sebab takut Cukup setahun dia keluar guaDengan fitnah terbaruNak femes ...
Buat Syarikat Tapi Kaya Anak Beranak Sejarah Tak Pernah Tipu Pun

Buat Syarikat Tapi Kaya Anak Beranak Sejarah Tak Pernah Tipu Pun

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 146 hits
Maaf tapi aku tergelak bila baca berita ni Setakat tu je idea hebat yang boleh dihasilkan Nak buat syarikat Ok tapi Setiap negeri tu pun Apa cerita syarikat syarikat milik kerajaan negeri SG4 ya Banyak untung Ke cerita ni setakat nak sedapk...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati