Jika Mahu Menteri Umno Letak Jawatan Presiden Diminta Berundur Pemuda Umno Pontian




Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta berundur sama dari jawatannya jika mahu menteri-menteri UMNO meletak jawatan atas dasar kepentingan parti.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang berkata, berundur setapak tidak bermaksud mengalah, namun apa yang perlu diperjuangkan semua pemimpin dan ahli adalah demi parti bukannya kepentingan individu tertentu.
Kata beliau, muka-muka baharu perlu diberi ruang dan peluang mengikut arus zaman kerana UMNO sentiasa relevan tetapi pemimipin yang ada hari ini perlu sedar masa dan ketika mereka sudah habis untuk mengemudi parti.
“Merawat dan mengubati lebih baik daripada menyokong dan akhirnya sokongan itu membawa rebah. Pentingkan parti, yakinlah masih ramai lagi pejuang-pejuang UMNO yang akan memperjuangkan parti ini.
“Ramai ahli UMNO dan rakyat khususnya orang-orang Melayu masih mahu bergantung harap kepada parti ini yang sentiasa memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini di samping menjaga kepentingan rakyat Malaysia berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Baru-baru ini, Ahmad Zahid mencabar pemimpin UMNO yang digelar sebagai makhluk perosak untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini.
Rentetan itu, menteri-menteri UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam Kabinet.
Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini tidak membuat usul untuk menteri-menteri UMNO meletakkan jawatan.
Situasi itu menimbulkan kemelut baharu dalam UMNO apabila timbul percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpinnya termasuk desakan diadakan pemilihan parti dengan segera oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bagi menyelesaikan kemelut itu.
Dalam pada itu, Mohd Helmi berkata, generasi baharu semakin ramai, pemikiran dan pendekatan semakin berubah, maka ini adalah hakikat yang perlu semua pihak terima dengan hati terbuka.
“Jangan sentiasa mendongak ke langit, pandang-pandanglah ke bawah. UMNO perlu bangkit dengan kepimpinan yang baharu dan segar.
“Tidak perlu letak jawatan, tetapi berundurlah dengan secara terhormat,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/jika-mahu-menteri-umno-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Pontian Gesa Zahid Undur Diri Dulu Jika Mahu Menteri Umno Letak Jawatan

Ketua Pemuda Pontian Gesa Zahid Undur Diri Dulu Jika Mahu Menteri Umno Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa berundur dari jawatannya jika mahu menteri menteri UMNO meletak jawatan atas dasar kepentingan parti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian Mohd Helmi Buang berkata Ahmad Zahid ...
Nasihati Menteri Menteri Umno Jangan Letak Jawatan Muhyiddin Sah Penakut

Nasihati Menteri Menteri Umno Jangan Letak Jawatan Muhyiddin Sah Penakut

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 236 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya mengesahkan menteri menteri UMNO telah datang menemuinya pada Isnin lalu susulan ketetapan PAU2020 yang memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu seterusnya memberi mandat kepada Presiden dan MT U...
Menteri Umno Tidak Akan Letak Jawatan Ini Sebabnya

Menteri Umno Tidak Akan Letak Jawatan Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 288 hits
Menteri Umno Tidak Akan Letak Jawatan Ini Sebabnya Menteri dari Umno enggan melepaskan jawatan serta merta kerana tidak mahu menjejaskan nama baik parti selain masih banyak tugas dan tanggungjawab diamanahkan yang belum dilaksanakan sepenuh...
Menteri Umno Pengecut Letak Jawatan

Menteri Umno Pengecut Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 380 hits
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi Pendapat Ahli Parlimen Padang Rengas itu senada dengan a...
Pengecut Tak Setia Nazri Bidas Menteri Umno Kerana Tak Berani Letak Jawatan

Pengecut Tak Setia Nazri Bidas Menteri Umno Kerana Tak Berani Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 372 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi Pendapat Ahli Parlimen Padang...
Menteri Pengerusi Glc Umno Sedia Letak Jawatan Kononnya Laaa

Menteri Pengerusi Glc Umno Sedia Letak Jawatan Kononnya Laaa

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin UMNO dalam Kabinet dan memegang jawatan dalam syarikat milik kerajaan sedia meletak jawatan apabila ditetapkan Majlis Tertinggi nanti Ia dinyatakan dengan jelas oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ya...
Mca Pertikai Keputusan Umno Pasal Menteri Letak Jawatan Tidak Secara Kolektif

Mca Pertikai Keputusan Umno Pasal Menteri Letak Jawatan Tidak Secara Kolektif

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 385 hits
Ketika Umno dengan gah menyatakan mereka bersedia keluar daripada kerajaan pada bila bila masa parti komponen BN pula dilihat lebih bersikap berhati hati MCA misalnya mengingatkan keputusan parti itu akan dibuat apabila tiba masanya Preside...
Menteri Umno Tak Berani Letak Jawatan Pengecut Tak Setia Kata Nazri

Menteri Umno Tak Berani Letak Jawatan Pengecut Tak Setia Kata Nazri

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 265 hits
PETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi Pendapat Ahli Parlimen Padang Rengas itu s...
Dakwa Menteri Umno Enggan Letak Jawatan Pengecut Kenyataan Nazri Bersifat Peribadi

Dakwa Menteri Umno Enggan Letak Jawatan Pengecut Kenyataan Nazri Bersifat Peribadi

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 238 hits
ARAU Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melabelkan menteri UMNO yang enggan meletak jawatan sebagai pengecut disifatkan kenyataan peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim b...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025