Jika Kekal Dalam Perniagaan Aset Saya Kini Rm50 Bilion Tun Daim




Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendakwa beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan berjaya, sebelum menyertai politik dan menjawat jawatan awam lagi.


Menurut Daim, jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, nilai pegangan saham cair miliknya sahaja akan bernilai lebih RM50 bilion hari ini.


“Itu kos peribadi saya hari ini dalam keputusan untuk menyertai kerajaan…keputusan saya menyertai kerajaan dan berkhidmat kepada negara mendatangkan kerugian kewangan yang besar kepada diri dan keluarga saya.


“Pembabitan saya dalam perniagaan menjadi subjek beberapa buku dan artikel, bahkan sebelum saya dilantik sebagai Menteri.


“Tajuk utama pelantikan saya menyatakan “Malaysia’s New Finance Minister – Daim Zainuddin – The Quiet Millionaire” (Sunday Times, 12 Ogos 1984); “Tycoon Daim Takes Finance – Millionaire entrepreneur Daim Zainuddin, 45, has been catapulted into the Cabinet as Finance Minister” (The Star, 15 Julai 1984),” katanya. 


Daim berkata demikian melalui afidavit sokongan yang dikemukakan beliau dan keluarga dalam permohonan mereka untuk memohon kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap mereka. 


Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, berkata pada atau sekitar 1969, beliau menceburi bidang perniagaan dan mengasaskan bersama rakan kongsi lain, Syarikat Maluri Sdn Bhd, yang terbabit dalam pembangunan hartanah. 


Bekas Ahli Parlimen Merbok itu berkata, syarikat itu bertanggungjawab membangunkan perbandaran yang dikenali sebagai Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri di Kuala Lumpur, dengan penilaian hari ini bernilai lebih daripada RM26 billion.


Daim berkata, beliau juga pemilik Malaysian French Bank, dan kemudian UMBC (kini RHB) dan mempunyai kawalan serta kepentingan besar dalam banyak syarikat induk seperti SimeUEP (Sime Darby sekarang), Guthrie, TV3, Maybank, Consplant, Cold Storage dan Nestle Malaysia. 


Katanya, 10 peratus kepentingan beliau dalam Nestle Malaysia hari ini bernilai kira-kira RM3 bilion. 


“Sebelum menyertai Kabinet saya diberitahu boleh memindahkan semua pelaburan saya ke dalam suatu blind trust (pemegang amanah) dan saya bersetuju. Namun, kira-kira setahun kemudian, Kabinet membuat suatu panduan bahawa saya perlu melikuidasi (mencairkan) pelaburan saya dalam syarikat induk dan UMBC. 


“Pada masa itu, aset cair saya berjumlah kira-kira RM750 juta (AS$250 juta). Sekiranya saya telah meletakkan jumlah itu ke dalam suatu dana indeks S&P 500 pada tahun 1984, nilai hari ini akan melebihi RM42 bilion,” katanya. 


Daim berkata, pada Februari tahun lalu, beliau memberikan kenyataan kepada SPRM tetapi tidak mendengar khabar daripada agensi itu lagi sehingga Jun 2023.


Beliau berkata, walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dinamakan dalam Kertas Pandora, mereka tidak disiasat oleh SPRM, dan tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka. 


Empat bulan selepas pernyataan direkodkan, iaitu pada 7 Jun 2023, satu Notis SPRM menurut Seksyen 36 (1)(a) Akta SPRM dikeluarkan kepada beliau dan keluarga yang memerlukan maklumat semua aset dan sumber pendapatan yang dikeluarkan dari Malaysia dari tahun 1997 hingga kini, perlu diberikan dalam tempoh 30 hari. 


Menurut Daim, notis itu dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, di mana beliau mempunyai “sebab munasabah” untuk mempercayai bahawa kesalahan bagi suapan di bawah Seksyen 23 SPRM Akta telah dilakukan, berdasarkan siasatanmengenai ‘Aduan Yang Tidak Didedahkan’. 


Katanya, pada tarikh sama, Azam juga menyebabkan SPRM mengeluarkan notis kepada mereka menurut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram, 2001 (“AMLA”),yang membekukan akaun bank peribadi dan akaun bank syarikat mereka. 


“Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM atau AMLA. Oleh kerana saya meninggalkan pejabat awam pada Mei 2001, kira-kira 22 tahun yang lalu, saya dinasihatkan peguam bahawa tuduhan yang akan dimulakan terhadap kami tidak berperlembagaan dan tidak sah dan kami tidak akan menerima perbicaraan adil. 


“Itu akan menjadi pencabulan hak kami untuk “kebebasan peribadi” yang dilindungi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan. 


“Sehingga kini, kami tidak mengetahui dakwaan yang dibuat terhadap kami dalam Aduan Tidak Didedahkan dan tidak mengetahui tindakan yang saya ambil yang mana SPRM percaya adalahkesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (dan Seksyen 4(1) AMLA). 


“Oleh itu, jelas SPRM menjalankan ekspedisi memancing terhadap kami tanpa sebab yang munasabah,” katanya.


Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1199308/jika-kekal-dalam-perniagaan-aset-saya-bernilai-lebih-rm50-bilion






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/jika-kekal-dalam-perniagaan-aset-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daim Dakwa Aset Beliau Lebih Rm50 Bilion Hari Ini Jika

Daim Dakwa Aset Beliau Lebih Rm50 Bilion Hari Ini Jika

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 154 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mendakwa beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan berjaya sebelum menyertai politik dan menjawat jawatan awam lagi Menurut Daim jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak m...
Terkini Siasatan Kekayaan Tun Daim Kini Giliran Isteri Dan Anak Anak

Terkini Siasatan Kekayaan Tun Daim Kini Giliran Isteri Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 138 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyoal siasat isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya esok Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh peguam keluarga itu kepada pihak media hari ini SPRM kini sedang me...
Rentasan 1518 Gempar Misteri Di Sebalik Kekayaan Tun Daim Akhirnya

Rentasan 1518 Gempar Misteri Di Sebalik Kekayaan Tun Daim Akhirnya

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 115 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1518 1 KONTRAK PAPAN IKLAN KELUARGA MALAYSIA ADA UNSUR RASUAH 2 JERUNG ATAU BILIS SEMUA KENA SAUK 3 BIAR RUGI SEDIKIT ASALKAN NEGARA DIBERKATI 4 BUAT KENYATAAN JANGAN SAMPAI KENA LIBAS
Empat Individu Disiasat Sprm Berkait Kes Tun Daim

Empat Individu Disiasat Sprm Berkait Kes Tun Daim

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 130 hits
SPRM merekodkan kenyataan daripada empat individu dalam siasatannya terhadap bekas menteri kewangan Daim Zainuddin Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Sohanpal yang mewakili empat individu terbabit mengesahkan dalam satu kenyataan medi...
Penduduk China Kini 1 41 Bilion Orang Merosot Untuk Tahun Kedua

Penduduk China Kini 1 41 Bilion Orang Merosot Untuk Tahun Kedua

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 125 hits
Bernama AnadoluIstanbul Jumlah penduduk China pada 2023 menurun untuk tahun kedua berturut turut menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Rabu Bilangan penduduk negara itu mula menyusut pada 2022 buat kali pertama dalam tempoh enam dekad da...
Isteri Tun Daim Dua Anak Hadir Beri Keterangan Di Sprm

Isteri Tun Daim Dua Anak Hadir Beri Keterangan Di Sprm

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 98 hits
Isteri Tun Daim Zainuddin dan dua anaknya hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan bekas Menteri Kewangan dan ahli perniagaan itu Toh Puan Nai mah Abdul Kh...
Kekayaan Tun Daim Yang Dicemburui

Kekayaan Tun Daim Yang Dicemburui

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 108 hits
1 Sosok bergelar Tun Daim ini bukan sesuatu yang asing dalam lipatan sejarah politik negara Ditambah pula Tun Daim mempunyai hubungan yang erat bersama Tun M 2 Baru baru ini SPRM telah menyita Menara Ilham milik Tun Daim dan yang paling laj...
Abang Jo Hints At July 19 Signing For Bank Takeover

Covid 19 No More Quarantine Orders From July 15

M Sia Tong Sampah Pelacur Orang Cina X Problem

Majukan Diri Tanpa Hutang

Penjawat Awam Terima Ganjaran Rm100 000 Lapor Kes Rasuah

Penstrukturan Semula Ptptn Jadual Bayaran Balik 2024

The Indian Problem Revisited

Silala Mogok Jangan Ugut Kerajaan



8 Fakta Biodata Scha Elinnea Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Jazmy Juma Khan

Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda


Mca Youth Gets 173 Appeals From Rejected 10as Students

Ph Tewas Kerana Tak Puas Hati Dengan Dasar Kerajaan Kata Chow

Anak Kucing Gila Makan Durian Curi Hati Netizen

Aksi Dramatik Selangor Fc Mara Ke Separuh Akhir Piala Fa

Anak Saudara Siti Nurhaliza Harumkan Nama Malaysia Rangkul Pingat Emas Wcopa

Hilang Kepercayaan Cik B Kesal Rakan Baik Curi Hoodie Balenciaga Rm8 000