Jika Haramkan Rokok Haramkan Juga Alkohol Judi Berita Harian 22 06 2022


 

KUALA LUMPUR: Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Muslim Malaysia (PPIM) baru-baru ini mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia mahu kerajaan mengharamkan penjualan alkohol, minuman bergula dan perjudian serta melarang operasi kelab malam, pub dan pusat karaoke.
Kumpulan pengguna itu berkata produk dan perkhidmatan sedemikian dianggap sebagai "memudaratkan" sama seperti merokok dan menghisap rokok elektronik yang memudaratkan kesihatan seseorang.
Responden kaji selidik PPIM itu adalah betul. Ia bukanlah suatu yang sukar difahami malah ia perlu dipandang serius oleh kerajaan.
Menghapuskan perbuatan merokok dan menghisap rokok elektronik adalah sesuatu yang kerajaan sedang lakukan melalui rancangan "Penamat Generasi", yang akan menyaksikan pengharaman penjualan rokok dan rokok elektronik kepada individu yang dilahirkan selepas 2005.
Ini adalah sesuatu yang memerlukan kehendak politik yang kuat dan pujian perlu diberi kepada kerajaan kerana ia tidak berganjak dalam melaksanakan "Penamat Generasi".
Oleh itu, adalah lebih baik jika kerajaan melihat untuk merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharamkan penjualan alkohol, minuman bergula, perjudian dan operasi kelab malam dan pusat karaoke.
Lagipun, mengapa hanya mengharamkan satu atau dua tabiat buruk dan membenarkan yang lainnya berleluasa? Kita tidak boleh bersikap pilih kasih ke atas tabiat buruk ini.
Jika kerajaan menyatakan sebab kesihatan dalam mengharamkan merokok, oleh itu perlulah dinyatakan bahawa terdapat penyakit tidak berjangkit yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol, termasuklah kanser, penyakit hati dan pankreatis.
Begitu juga dengan minuman bergula yang dikaitkan dengan obesiti, diabetes Jenis 2, dan risiko penyakit kardiovaskular. Manakala perjudian, menurut PPIM, boleh menyebabkan seseorang terperangkap dalam hutang. Seseorang boleh merujuk di Google, untuk menyaksikan bahawa ia bukanlah hujah yang salah.
Pengkritik boleh mengatakan bahawa perkara ini perlu kesederhanaan dan orang ramai perlu mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk berbuat apa sahaja yang mereka mahu. Namun, siapa yang perlu menanggung kos dan kesan tabiat buruk ini? Masyarakat.
Inilah sebabnya mengapa saya menggesa kerajaan untuk mengambilkira hasil kaji selidik PPIM ini. Benar, kerajaan tidak boleh dan tidak sepatutnya mengambil pendekatan atas-bawah, tetapi mengambil pendekatan lebih inklusif mengikut konsep semangat Keluarga Malaysia.
Sudah pasti, terdapat akibat yang perlu diambilkira, terutamanya ke atas ekonomi dalam mengharamkan alkohol, minuman bergula dan operasi kelab malam. Di setiap ceruk dalam laluan ini, periuk nasi seseorang akan terjejas.
Inilah sebabnya sebarang pelan untuk menghapuskan "tabiat buruk" perlu diteliti dan dirancang dengan rapi.
Walaubagaimanapun, perjalanan perlu dimulakan dengan kehendak dan niat kerajaan untuk memastikan tidak ada "pilih kasih" kepada tabiat buruk.
Penulis ialah Presiden Pertubuhan Ummah Muafakat Putrajaya
Artikel oleh: Berita Harian
JIKA HARAMKAN ROKOK, HARAMKAN JUGA ALKOHOL, JUDI

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/06/968541/jika-haramkan-rokok-haramkan-juga-alkohol-judi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/jika-haramkan-rokok-haramkan-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Kpmc Perkasa Pelancongan Perubatan Sinar Harian 18 06 2022

Ppim Kpmc Perkasa Pelancongan Perubatan Sinar Harian 18 06 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 291 hits
KAJANG Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Kajang Plaza Medical Center telah menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan industri pelancongan perubatan di negara ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata industri pelancongan perubat...
Aplikasi Yakin Bantu Pengguna Dapatkan Khidmat Ppim Harian Metro 16 06 2022

Aplikasi Yakin Bantu Pengguna Dapatkan Khidmat Ppim Harian Metro 16 06 2022

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 227 hits
Petaling Jaya Aplikasi Yakin yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bakal menjadi pusat sehenti untuk masyarakat mengenal pasti perkhidmatan mengelirukan dan penipuan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba ...
Bukan Rokok Dan Vape Sahaja Larang Arak Sekali Ppim Malaysia Gazette 08 06 2022

Bukan Rokok Dan Vape Sahaja Larang Arak Sekali Ppim Malaysia Gazette 08 06 2022

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan perlu mengenakan larangan ke atas tabiat meminum arak dan minuman manis perjudian kelab malam karaoke dan pub kepada generasi akan datang Pendapat tersebut diperoleh melalui satu tinjauan pendapat yang dijalankan Persa...
Sasaran Capai Kesaksamaan Gaji Dijangka Tersasar Hingga 2043 Berita Harian 19 06 2022

Sasaran Capai Kesaksamaan Gaji Dijangka Tersasar Hingga 2043 Berita Harian 19 06 2022

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 164 hits
KUALA LUMPUR Sasaran mencapai kesaksamaan pendapatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini dijangka hanya mampu dicapai pada 2043 berbanding sasaran awal pada 2030 Sasaran awal dibuat berdasarkan pelaksanaan Wawasan Kemakmura...
Majoriti Rakyat Mahu Kerajaan Haramkan Arak Perjudian Minuman Manis Ppim Samudera My 04 06 2022

Majoriti Rakyat Mahu Kerajaan Haramkan Arak Perjudian Minuman Manis Ppim Samudera My 04 06 2022

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR 04 Jun 2022 Majoriti rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan juga harus mengenakan larangan ke atas tabiat tabiat lain seperti larangan meminum arak dan minuman manis perjudian kelab malam karaoke dan pub kepada generasi akan data...
Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 288 hits
Ahsan Hendra Sapa Penggemar di Ajang Indonesia Open 2022 Perhelatan Indonesia Open 2022 yang berlangsung mulai Selasa hingga Minggu diwarnai acara jumpa penggemar dengan idola atlet bulu tangkis
15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

15 Jun 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 291 hits
Pada penghujung September Penutupan semula harga di bawah tahap harga 1 1700 telah memulakan pergerakan menurun ke arah tahap 1 1500 di mana beberapa pemulihan kenaikkan telah diperhatikan Tidak lama selepas itu satu lagi penurunan harga be...
Dpli Upsi Permohonan Kemasukan Oktober 2022

Dpli Upsi Permohonan Kemasukan Oktober 2022

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 967 hits
HEBAHAN BAGI DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH KEMASUKAN OKTOBER 2022 DI UPSI Sukacita dimaklumkan bahawa UPSI Holdings Sdn Bhd anak syarikat milik penuh Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama agensi negeri negeri di seluruh Ma...
Keputusan Pemilihan Keadilan 2022 Dalam Masa Terdekat Konges Nasional 15 Julai

Keputusan Pemilihan Keadilan 2022 Dalam Masa Terdekat Konges Nasional 15 Julai

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 175 hits
Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 akan diumukan dalam masa terdekad sebaik sahaja proses audit forensik selesai Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil hal itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat malam tadi Berhubung ...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025

Resipi Bihun Goreng Limau Purut Yang Sedap Pedas Wangi

Bantuan Sara Ini Desakan Daripada Presiden Ibu Tunggal