Sasaran Capai Kesaksamaan Gaji Dijangka Tersasar Hingga 2043 Berita Harian 19 06 2022


 
KUALA LUMPUR: Sasaran mencapai kesaksamaan pendapatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini dijangka hanya mampu dicapai pada 2043 berbanding sasaran awal pada 2030.
Sasaran awal dibuat berdasarkan pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), namun terjejas akibat penularan COVID-19 dan dijangka memerlukan tempoh 13 tahun selepas itu untuk direalisasikan.
Penyelidik Kanan DM Analytics, Zouhair Rosli, berkata jurang pendapatan antara kaum Melayu dan Cina di negara ini adalah dalam anggaran RM500 antara 2015 hingga 2020.
Zouhar Rosli ketika membuat pembentangan pada Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di Kuala Lumpur, hari ini. -NSTP/GENES GULITAH "Gaji dan pendapatan lain, ini (pekerja) yang makan gaji. Disebabkan COVID-19, jurang gaji di antara pekerja Bumiputra dan Cina semasa pandemik melebar sekitar RM500. Jumlah jurang ini sama dengan 2015 dan untuk mencapai kesaksamaan, perlukan 13 tahun selepas tamatnya WKB 2030.
"Maksudnya pada 2043 baru dapat kesaksamaan gaji ini," katanya ketika membuat pembentangan pada Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), di sini hari ini.
Empat lagi ahli panel, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Pegawai Eksekutif Orphancare Foundation, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim; Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon dan Felo Kanan MTEM, Azlan Awang.
DM Analytics adalah firma perunding dan penyelidikan dasar berpangkalan di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 2017 bagi menyediakan khidmat rundingan dan nasihat dalam isu-isu strategik.
Zouhair berkata, anggaran jumlah pekerja Bumiputera, Cina dan India yang terkesan dengan pandemik adalah kira-kira 4.7 juta orang, masing-masing membabitkan perbezaan jurang pendapatan sebanyak 16 peratus, lima peratus dan sembilan peratus.
"Berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, jurang pendapatan ini bertambah buruk susulan pandemik COVID-19. Secara keseluruhan, kita sedar ekonomi sedang beroperasi dengan menggunakan teknologi yang rendah dan hasilnya ialah nilai yang dijana di dalam ekonomi juga rendah.
"Justeru, struktur ekonomi seharusnya diubah di mana pelaburan yang masuk ke negara kita mestilah pelaburan yang berkualiti seperti pelaburan dalam mesin, peralatan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bukan bergantung kepada pelaburan infrastruktur semata-mata," katanya.
Katanya, jika isu jurang pendapatan itu berjaya ditangani, jurang ekonomi Malaysia mampu dirapatkan kerana majoriti pekerja adalah Bumiputera yang secara tidak langsung akan turut mendapat manfaatnya.
Sementara itu, Solomon berkata, isu kemiskinan pekerja di negara ini timbul berikutan tindakan pemberhentian kerja serta pemotongan gaji yang dicetuskan oleh krisis kesihatan.
"Pandemik COVID-19 mengakibatkan kemiskinan baharu dalam norma baru. Kalau diikutkan, keuntungan yang dijana (majikan) adalah lumayan, tetapi jurang kemiskinan tinggi kerana ada penindasan oleh majikan ke atas pekerja bawahan termasuk pekerja Melayu.
"Lebih memburukkan keadaan, kuasa yang ada pada orang Melayu tidak digunakan untuk membantu orang sendiri," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian
SASARAN CAPAI KESAKSAMAAN GAJI DIJANGKA TERSASAR HINGGA 2043
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/967701/sasaran-capai-kesaksamaan-gaji-dijangka-tersasar-hingga-2043


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/sasaran-capai-kesaksamaan-gaji-dijangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cair Juli 2022 Ini Daftar Penerima Dan Besaran Gaji Ke 13

Cair Juli 2022 Ini Daftar Penerima Dan Besaran Gaji Ke 13

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 186 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan lebih dari 8 juta PNS dan pensiunan akan mendapatkan gaji ke 13 Rinciannya aparatur negara pusat sebanyak 1 79 juta orang aparatur negara daerah sebanyak 3 65 juta orang dan pensiunan sebany...
Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Foodpanda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan Rm2 600

Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Foodpanda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan Rm2 600

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 305 hits
PelbagaiJawatan Kosong Terkini Food Panda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan RM2 600 Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Minggua...
Kementerian Pertahanan Buka 330 Kekosongan Jawatan Julai 2022 Gaji Sehingga Rm4 003 00

Kementerian Pertahanan Buka 330 Kekosongan Jawatan Julai 2022 Gaji Sehingga Rm4 003 00

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 239 hits
Kementerian Pertahanan Buka 330 Kekosongan Jawatan Julai 2022 GAJI Sehingga RM4 003 00 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman ...
Hingga April 2022 Pemprov Dki Paling Lambat Realisasikan Apbd

Hingga April 2022 Pemprov Dki Paling Lambat Realisasikan Apbd

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 159 hits
Dia menyampaikan pada tahun 2021 realisasi belanja DKI pada APBD cukup baik yaitu 88 2 persen Untuk itu ia mengharapkan agar di tahun 2022 persentase untuk realisasi belanja di Jakarta lebih tinggi
Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 251 hits
Ahsan Hendra Sapa Penggemar di Ajang Indonesia Open 2022 Perhelatan Indonesia Open 2022 yang berlangsung mulai Selasa hingga Minggu diwarnai acara jumpa penggemar dengan idola atlet bulu tangkis
Jawatan Kosong Jpnin Gaji Rm1 493 Rm5 672 Mohon Sebelum 29 Jun 2022

Jawatan Kosong Jpnin Gaji Rm1 493 Rm5 672 Mohon Sebelum 29 Jun 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 178 hits
Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah Mingguan Kerja hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonanSegala pe...
Kemenkumham 321 Napi Terorisme Menyatakan Setia Pada Nkri Per 2016 Hingga Mei 2022

Kemenkumham 321 Napi Terorisme Menyatakan Setia Pada Nkri Per 2016 Hingga Mei 2022

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 132 hits
Salah satu contoh nyata keberhasilan pembinaan ialah narapidana terorisme yang hidup berdampingan dengan masyarakat Bahkan beberapa di antaranya berhasil membuka rumah potong hewan di Bekasi Jawa Barat
Entri Terbaik Bulan Januari Hingga April 2022

Entri Terbaik Bulan Januari Hingga April 2022

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 289 hits
Entri Terbaik Bulan Januari Hingga April 2022 Assalamualaikum Hai hari ini ambil kesempatan untuk berkongsi entri ini lama sangat nak tulis rutin harian bulanan blog ni Biasa la loni jarang sangat nak buka blog Masih pulihkan semangat untuk...
Bnn Sita 96 3 Hektare Lahan Ganja Hingga 4 125 Ton Sabu Periode 2021 Mei 2022

Bnn Sita 96 3 Hektare Lahan Ganja Hingga 4 125 Ton Sabu Periode 2021 Mei 2022

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 157 hits
Selain itu BNN RI juga menangani tindak pidana pencucian uang Dari tahun 2021 hingga Bulan Mei 2022 dengan jumlah 18 kasus 22 tersangka dan jumlah nilai aset yang disita Rp 123 006 011 057 00 kata Petrus
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator