Jika Benar Saya Masih Disokong Saya Akan Kembali


BERITA

Dr Mahathir Mohamad pada perutusan khasnya, sebentar tadi yang disiarkan di televisyen menjelaskan mengapa beliau meletak jawatan perdana menteri, Isnin lalu.

Antara intipati perutusan itu adalah beliau sebenarnya telah berjanji akan meletakkan jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan menggantinya.

"Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih," katanya.

Berikut kenyataan penuhnya itu.

Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuantuan dan puan-puan.

Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.
Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.
Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya Bersatu memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

Kesannya jika Bersatu sokong PAS dan Umno maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh Umno sebagai parti yang terbesar.

Saya sanggup terima ahli Umno yang keluar Umno dan menyertai parti lain. Tetapi Umno akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti Umno. Ini tidak dapat diterima oleh saya.

Maka terpaksalah saya letak jawatan.

Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai perdana menteri sementara.
Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.

Sekian, terima kasih.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/jika-benar-saya-masih-disokong-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Johor Masih Disokong 28 Adun

Ph Johor Masih Disokong 28 Adun

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 236 hits
BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2020 Pakatan Harapan yang terdiri daripada Amanah DAP dan PKR menegaskan masih mempunyai sokongan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri Lapor Wartawan Sinar Harian Johor Nor Azura Md Amin Muzik www bensound com SinarHaria
Peluang Masih Ada Untuk Kembali Jadi Baik

Peluang Masih Ada Untuk Kembali Jadi Baik

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 252 hits
NOTA PAGIKATA Anwar Ibrahim isu peralihan kuasa apa yang penting ialah pendirian parti dan Pakatan Harapan Dua entiti inilah yang menjadi penentu bila dan kepada siapa peralihan itu berlaku Usah dengar caka cakap daripada mana mana pihak Pi...
Kes Adib Keadilan Yang Tertangguh Kini Kembali Ke Landasan Yang Benar

Kes Adib Keadilan Yang Tertangguh Kini Kembali Ke Landasan Yang Benar

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 209 hits
1 Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyokong penuh desakan yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sempena keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner berkaiitan kes kematian anggota bomba wira negara Muhammad Adib ...
Tidak Benar Ahli Parlimen Masjid Tanah Mahu Kembali Kepada Umno

Tidak Benar Ahli Parlimen Masjid Tanah Mahu Kembali Kepada Umno

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 731 hits
Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menyangkal kenyataan yang ditularkan individu tidak bertanggungjawab yang menyatakan kekesalannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia baru baru ini Menurut beliau kenyataan y...
Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke 19

Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke 19

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 404 hits
Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke 19 Assalamualaikum semua Walaupun sis tak pandai berbahasa Perancis tapi sis suka dengar loghat mereka bila bercakap Dulu dulu ada juga berhajat nak belajar sebab berangan nak ke sa...
Ben Affleck Tolak Kemungkinan Kembali Sebagai Batman

Ben Affleck Tolak Kemungkinan Kembali Sebagai Batman

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 249 hits
Ben Affleck telahpun berundur dari projek The Batman dan juga DC Extended Universe tetapi masih terdapat peminat yang berharap aktor tersebut kembali meneruskan watak sebagai Caped Crusade Terdapat khabar angin yang mengatakan Affleck mungk...
Bcl Kembali Manggung Dan Berurai Air Mata Ini Pesan Menyentuh Adik Ashraf Sinclair

Bcl Kembali Manggung Dan Berurai Air Mata Ini Pesan Menyentuh Adik Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 269 hits
Untuk pertama kalinya setelah kepergian Ashraf Sinclair untuk selamanya Bunga Citra Lestari menyanyi di atas panggung
Tun Kembali La Kepada Ph Rayu Khalid Samad

Tun Kembali La Kepada Ph Rayu Khalid Samad

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 294 hits
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sejak dari pagi tadi meneruskan usaha untuk memujuk semula PM Interim kembali ke pangkuan Pakatan Harapan Kalau anda baca tulisan di twitter Khalid beliau betul betul merintih dan merayu agar Perdana Men...
Selesai Umrah 2 698 Jemaah Asal Indonesia Kembali Ke Tanah Air

Selesai Umrah 2 698 Jemaah Asal Indonesia Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 232 hits
Jemaah asal Indonesia yang sudah menyelesaikan seluruh rangkaian ibadah umrahnya sejak kemarin Jumat secara bertahap kembali ke Tanah Air Konsul Haji KJRI Jeddah Endang Jumali mengatakan proses kepulangan sejauh ini berjalan lancar
Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free