Fakta Sebenar Doula Yang Perlu Para Ibu Ibu Mengandung Tahu



Kecoh baru - baru ini di media sosial apabila rancangan diskusi ilmiah, Analisis yang ditayangkan di TV AlHijrah membincangkan topik berkaitan khidmat doula di Malaysia. Diskusi yang berurasi 1 jam itu telah membuka mata para netizen tentang apa itu Doula dan peranan Doula mengikut tafsiran panel jemputan iaitu Doula Yatt. Namun, banyak komen - komen negatif daripada netizen beranggapan Doula Yatt langsung tidak menjawap soalan dan penerangan beliau kabur serta suka 'jumping all around'. Kami juga terpanggil untuk menonton siaran ulangan tersebut dan cuba mencari fakta yang sebenarnya berkaitan Doula supaya ibu - ibu yang ingin menggunakan khidmat doula mengetahui apakah khidmat yang diperolehi sepanjang menggunakan Doula.

Apa itu Doula?

Perkataan 'doula' adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'hamba wanita'. Golongan ini wujud berabad lamanya dan dikatakan mampu memberi pengalaman positif kepada para ibuan yang hamil dan bakal bersalin. Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi:

1. Emosi

2. Pendidikan (contohnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas)

3. Fizikal (secara sentuhan seperti urutan)

Sokongan ini diberikan kepada ibu yang hamil, akan bersalin, atau telah bersalin. Tugas utama doula adalah untuk membantu para ibu mempunyai pengalaman bersalin yang selamat, menenangkan dan diingati.

Jenis - jenis Doula di Malaysia

Menurut WebMD, secara asasnya, ada 3 jenis doula iaitu doula antepartum, doula labor, dan doula pospartum.

Doula Antepartum membantu memberi ilmu kehamilan dan mengajar cara-cara bersalin kepada ibu mengandung.

Doula Labor pula berada di sisi ibu ketika bersalin. Namun, seorang doktor ada berkongsi dengan kami tentang isu doula di Malaysia:

“Hospital kerajaan tidak membenarkan orang lain masuk ke bilik bersalin. Malah, sesetengah polisi hospital swasta di Malaysia juga tidak membenarkannya.”

Manakala, Doula Postpartum akan berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan. Malah, menurut WebMD, ada juga Doula Postpartum yang membantu dari segi penjagaan ibu dan pengurusan kerja rumah.

Adakah doula ganti suami untuk berada di sisi isteri ketika bersalin?

TIDAK! Doula bukan bertujuan untuk mengganti tugas suami untuk berada di sisi isteri ketika bersalin. Mereka lebih dianggap sebagai sokongan tambahan untuk si ibu. Suami masih perlu memainkan peranan aktif dalam hal penjagaan isteri dan proses bersalin.

Apa beza antara Doula dan Bidan?

Mungkin ramai para ibu di luar sana yang masih keliru tentang perbezaan antara doula dan bidan, atau turut dikenali sebagai midwife.

Berdasarkan penerangan Healthline.com, bidan adalah seorang ahli medikal terlatih dan profesional yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin.

Manakala, doula pula hanya berfungsi sebagai peneman yang membantu untuk memberi panduan secara lisan tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.

Fakta Sebenar Doula Yang Perlu Para Ibu - Ibu Mengandung Tahu

Selepas memahami tentang maksud doula dan tugasnya, mari ketahui beberapa fakta penting lain.

Kami merasakan, para ibu di luar sana perlu mengetahui tentang perkara ini supaya tiada lagi salah faham dan kes tragedi bersalin dapat dielakkan.

Doula tidak boleh memberikan sebarang nasihat atau penjagaan perubatan kepada ibu hamil, terutamanya tentang hal obstetrik.Doula sama sekali tidak menggantikan tugasan jururawat, doktor dan doktor pakar.Doula boleh berkongsi informasi tentang cara bersalin/penyusuan/penjagaan bayi tetapi tidak boleh menetapkan cara bersalin bagi pihak ibu.Doula boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan penasihat ibu (di samping doktor, jururawat dan bidan), tetapi bukanlah penasihat perubatan utama yang tunggal.Doula sepatutnya tidak menangani kes ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau menangani sebarang isu kecemasan ketika bersalin.

[sumber: The Asian Parent]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.encikhairan.com/2019/02/fakta-sebenar-doula-yang-perlu-para-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Fakta Di Balik Linea Nigra Garis Hitam Yang Di Perut Para Ibu Hamil Normal Nggak Ya

4 Fakta Di Balik Linea Nigra Garis Hitam Yang Di Perut Para Ibu Hamil Normal Nggak Ya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 469 hits
Garis hitam di perut saat hamil katanya bisa menentukan jenis kelamin anakmu lo Eh masa sih
Doula Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor

Doula Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 1018 hits
Rancangan Analisis TV Hijrah menjadi tular minggu lepas apabila stesen televisyen berkonsepkan Islam ini berani membawakan dua orang panel dengan latar belakang dan fahaman berbeza iaitu iaitu Dato Dr Musa Mohd Nordin dan Dr Nurul Huda Moha...
Vakum 5 Kali Bayi Tak Keluar Ibu Kongsi Detik Cemas Gentle Birth Dengan Doula

Vakum 5 Kali Bayi Tak Keluar Ibu Kongsi Detik Cemas Gentle Birth Dengan Doula

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 400 hits
Proses kelahiran yang lancar menjadi idaman semua wanita Keputusan yang tepat sebelum bersalin dengan mengambil kira nyawa ibu dan anak amat membantu mengelakkan kejadian tidak diingini Pengalaman ibu ini ketika bersalin menggunakan kaedah ...
Cara Sebenar Bersihkan Jeans Tanpa Perlu Cuci Ibu Mesti Senyum Bila Dah Tahu

Cara Sebenar Bersihkan Jeans Tanpa Perlu Cuci Ibu Mesti Senyum Bila Dah Tahu

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 655 hits
Sebelum ini sudah ada banyak perbincangan tentang bila sebenarnya kita kena basuh seluar jeans Selepas dua kali pakai atau 4 kali Ada yang kata lepas 90 kali baru basuh Jika sebelum ini kami ada berkongsi info tentang seberapa kerap harus k...
Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 747 hits
SEBELUM ini hangat isu doula bertikam lidah dengan netizen dan doktor berhubung kepercayaan kaedah perubatan yang kononnya bersalin di rumah lebih selamat berbanding di hospital Tidak habis perang mulut antara doula dan netizen kali ini seo...
Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

Terkedu Tengok Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi Ibu Meroyan Selepas Bersalin Guna Khidmat Doula

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 431 hits
Terkedu tengok uri dibiar kering di sebelah bayi ibu meroyan selepas bersalin guna khidmat doula
Sebagai Angkasawan Islam Saya Akan Menceritakan Fakta Sebenar Dr Sheikh Muszaphar Sahut Cabaran Suhaimi Saad

Sebagai Angkasawan Islam Saya Akan Menceritakan Fakta Sebenar Dr Sheikh Muszaphar Sahut Cabaran Suhaimi Saad

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 549 hits
Sebagai Angkasawan Islam Saya Akan Menceritakan Fakta Sebenar Dr Sheikh Muszaphar Sahut Cabaran Suhaimi Saad Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas ...
5 Fakta Tentang Vaksin Yang Patut Ibu Bapa Tahu

5 Fakta Tentang Vaksin Yang Patut Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 473 hits
Di Malaysia perkataan vaksin bukannya terma yang baru untuk ibu bapa Semestinya anak anda telahpun diberi vaksin sebaik sahaja dia berumur beberapa minggu dan juga di sekolah rendah Tetapi adakah pengetahuan anda mencukupi tentang vaksin Ka...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

From Startup To Unicorn Status

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vince Group Raih Dana Rm 150 Juta Dari Crewstone International Buka Era Baru Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi