Jika Anda Pernah Meninggalkan Solat Sejak Aqil Baligh Perkara Ini Wajib Anda Lakukan Sebelum Terlambat


Soalan : Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?
Jawapan:
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلصَّلَو‌ٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan.
Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan huukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhajimenyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.
Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat. Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihukum bunnuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Juga tidak harus dikebumikan di tanah prkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.
Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqada’kan solat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya. Jika masih ingkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihuukum bnuh mengikut hukuuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan makslat. Hal ini kerana hukuuman ke atas orang yang meninggalkan perkara fardhu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibnuh dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jen4zahnya, pengebumlan dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.
Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah al-Baqarah: 286)
Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.
Akhukum fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
CARA MENGQADA SOLAT Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan.
Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”.
Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.
Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.
Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)
Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah :
Solat Maghrib
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala” Solat Isyak
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala” Solat Subuh
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala” Solat Zuhur
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala” Solat Asar
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.
Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam. Kongsikan, Semoga bermanfaat.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Jika Anda Pernah Meninggalkan Solat Sejak Aqil Baligh, Perkara ini Wajib Anda Lakukan Sebelum Terlambat appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/jika-anda-pernah-meninggalkan-solat-sejak-aqil-baligh-perkara-ini-wajib-anda-lakukan-sebelum-terlambat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar

Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 577 hits
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak s...
Makan Nasi Sesenduk Tapi Kenyang Macam Sepinggan 10 Perkara Ini Anda Wajib Tahu Sebelum Nak Mula Diet

Makan Nasi Sesenduk Tapi Kenyang Macam Sepinggan 10 Perkara Ini Anda Wajib Tahu Sebelum Nak Mula Diet

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 881 hits
Nasi dan rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh dipisahkan Inilah yang menjadi masalah kepada mereka yang hendak kuruskan badan Kita semua tahu nasi merupakan pembekal tenaga kepada badan Namun jika diambil berlebihan ia akan menyumbang ke...
Selamatkan Malaysia Sebelum Terlambat

Selamatkan Malaysia Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 295 hits
KEBELAKANGAN ini sejak kerajaan Malaysia dipimpin oleh Pakatan Harapan membabitkan kumpulan ultra kiasu mereka seolah olah seperti kaduk naik junjung Keceluparan dan kebiadaban ultra kiasu semakin menjadi jadi Apakah ultra kiasu merasakan b...
Kaum Hawa Sila Ambil Tahu Perkara Inilah Yang Menyebabkan Solat Anda Tidak Sah Dan Terbatal Terus

Kaum Hawa Sila Ambil Tahu Perkara Inilah Yang Menyebabkan Solat Anda Tidak Sah Dan Terbatal Terus

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1191 hits
Apakah Itu Air Wadi Dan Kesannya Terhadap kaum Hawa yang menyebabkan Solat Tidak Sah Dan Terbatal Terus Hati Hati Wahai Kaum Hawa Hari ini admin akan kongsikan mengenai kebersihan terutama pada kaum2 hawa diluar sana Nampak mudah tapi kesan...
Ngaku Aja 10 Aib Ini Pasti Pernah Kamu Lakukan Dalam Hidup Yuk Belajar Jujur Di Sini

Ngaku Aja 10 Aib Ini Pasti Pernah Kamu Lakukan Dalam Hidup Yuk Belajar Jujur Di Sini

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 253 hits
Tenang bukan cuma kamu doang yang melakukan Coba jujur pasti banyak yang pernah begini
Pernah Gendut Demi 2 Cahaya Mata Fasha Kongsi Gambar Kurus Pesan Wajib Makan Pagi

Pernah Gendut Demi 2 Cahaya Mata Fasha Kongsi Gambar Kurus Pesan Wajib Makan Pagi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 355 hits
Fasha Sandha Pelakon cantik yang popular pernah mengalami berat badan yang berlebihan selepas melahirkan anak anaknya Putra Rayqal Ramli 6 dan Putri Raysha Jemaima 5 Selepas berpisah dengan bekas suami Rizal Ashram atau lebih mesra dipanggi...
Air Zam Zam Yang Dicedok Setiap Hari Sejak Zaman Nabi Tidak Pernah Kering Rileks Media

Air Zam Zam Yang Dicedok Setiap Hari Sejak Zaman Nabi Tidak Pernah Kering Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 313 hits
ak pelik ka mataair ni tak pernah keringsejak zaman Nabi Ismail dulu lagi dah beribu tahun dah Dari mana sumber airyang tak putus ni Ini penjelasan logik supaya anda FAHAM Salah satu keajaiban yang bisa disaksikan selama berabad abad adalah...
Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 448 hits
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk takde perubah...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari