Jika Ada Tanda Ini Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah
Jika Ada Tanda-Tanda Ini, Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah. Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih, suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perbalahan atau pergaduhan di antara mereka.
Baca: Ustaz Kazim Elias Kongsi 4 Sebab Perkahwinan Itu Tak Bahagia!
Cara rawatan
Benda atau tangkal yang dipercayai digunakan untuk membuat sihir pemisah hubungan pasangan suami isteri. Pada minggu ini ramai yang datang kerana terkena sihir pemisah. Yang menyedihkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin sejak 4 tahun langsung tidak dapat bersama. Apabila mereka ingin bersama tiba-tiba si suami tiada nafsu dan ianya berlarutan sehingga 4 tahun lamanya.
Sebelum ini mereka sangkakan hanya penyakit biasa serta pergi mengurut dan dapatkan rawatan hospital, namun tiada sebarang perubahan. Suami kerap kali menjadi seperti tiada nafsu apabila hendak bersama dan isteri pula menjadi cepat marah walaupun hanya perkara kecil berlakunya pergaduhan dan suamilah menjadi tempat isteri melepaskan kemarahan. walau bagaimanapun, apabila mereka berjauhan, isteri sangat-sangat merindui suaminya.
Teruskan rawatan
Tanpa berkata panjang saya teruskan rawatan membuang sihir ini, syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat keluarkan jin yang menumpang di badan wanita tersebut. Apabila si isteri sedar terus mereka berpelukan kesedihan. Suami isteri ini berpelukan sambil menitiskan air mata.
Mereka tidak menyangka mereka terkena sihir pemisah pembenci ini akibat perbuatan sihir yang ditujukan kepada mereka suami isteri. Tak putus-putus dari mulut si isteri memohon maaf pada suami kerana apabila beliau marah, ianya seolah-olah tidak dapat kawal perasaan.
Ada banyak jenis
Ada yang terkena sihir pemisah suami isteri, sihir pemisah pembenci kasih dan sayang dengan kekasih, cinta, tunang, sahabat, ibu dan anak, sihir pemisah dengan keluarga, sihir pelalau perkahwinan, perniagaan dan sebagainya.
Siapa yang terkena sihir memang tidak akan sedar mereka mempunyai simptom sihir. Untuk mengetahui sama ada terkena gejala sihir atau tidak, sila lihat ciri-ciri atau tanda terkena sihir buatan orang dan kesan sihir seperti di bawah.
Tanda-tanda Terkena
Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit. Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati. Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa. sebab terutama waktu asar ke atas. Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit. Kerap kembung perut, sendawa angin.
Terkena Sihir
Di atas adalah serba sedikit bagi orang yang terkena sihir pemisah. Sekiranya anda mempunyai banyak tanda seperti di atas, carilah langkah atau cara untuk menangani sihir atau dapatkan rawatan Islam berhampiran dengan anda untuk menghilangkan sihir ini, jangan sampai anda tidak lagi boleh mengatasi dan semuanya terlambat untuk diubati kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, hubungan dengan kawan, keluarga dan sebagainya.
Sumber: Media Maklumat
The post Jika Ada Tanda Ini, Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/jika-ada-tanda-ini-anda-mungkin-telah-terkena-sihir-pemisah/